label

Rabu, 20 November 2019

(Sekolah) Potluck Kemuncak 2019

Sempena minggu ini ialah minggu akhir sesi persekolahan, kami mengadakan potluck kemuncak 2019.

Tema menu untuk potluck kali ini ialah lauk-pauk kampung.



Saya bawa sagu gula melaka hari ini.

Video.

Alhamdulillah. Terima kasih atas sumbangan kawan2. Esok hari terakhir sekolah bagi sesi 2019. Bye!

Sabtu, 16 November 2019

(Sekolah) Karnival Jualan Ria 2019

Hari ini berlangsungnya Karnival Jualan Ria 2019 di sekolah. Saya meniaga minuman di bawah Persatuan Bahasa Melayu.

Sebab terlalu sibuk melayan pelanggan yang ramai, saya sempat rakam gambar ini sahaja.













Alhamdulillah, minuman gerai kami laris dijual. Keuntungan untuk membaiki prasarana sekolah.

Saya nak sambung rehat, esok pagi kerja. Bye!

Jumaat, 15 November 2019

(Sekolah) Persiapan Karnival Jualan Ria 2019

Aktiviti saya hari ini..

9.00 pagi - Saya ke NSK untuk membeli kordial minuman.

Selepas membeli kordial, saya singgah di gerai air kelapa.

Sedapnya air kelapa..

10.00 pagi - Saya pergi ke Smart untuk membeli gelas plastik, plastik & straw.

Penuh troli dengan gelas plastik.

2.30 petang - Saya pergi ke sekolah untuk menjerang air.

Buat simpanan air masak untuk esok.

Rehat jap..


Persiapan untuk Karnival Jualan Ria esok.


Esok saya membantu berniaga minuman dalam Karnival Jualan Ria 2019.

Keuntungan esok untuk pembangunan prasarana sekolah.

(Sekolah) Jamuan Tahun 6 2019

Rabu, 13 November 2019.

Sekolah saya telah mengadakan Jamuan Tahun 6 2019. Suasana jamuan kali ini berbeza & lebih meriah. Berikut gambar2 & videonya.

Persiapan awal, mereka membantu saya meniup belon.

Bersama murid2 Tahun 6.

Video jamuan. Beginilah suasananya.

Berikut gambar2 saya bersama kawan2...

















Berikut video2 yg sempat saya rakam.







Walaupun letih tetapi kami gembira. Macam ayat karangan kan? Hehehe...

Ahad, 3 November 2019

(Cerita) Cuti sekolah sebab Pasukan JDT menang Piala Malaysia 2019

Alhamdulillah, hari ini dapat cuti khas sebab Pasukan JDT menang Piala Malaysia 2019.

JDT menang 3-0.

Simpan surat ni buat kenangan.

Tahniah pasukan JDT ataa kemenangan semalam. Cayalah!

(Sekolah) Potluck Fiesta Ekstravaganza

Ini cerita Khamis lepas, kami mengadakan potluck di bilik guru. Nama potluck kali ini Fiesta Ekstravaganza sebab ada program sembelihan ayam murid tahun 6. Selepas program itu, guru2 bergotong-royong memasak sup.

Ini je gambar yg sempat saya rakam sebab hari Khamis jadual mengajar saya padat.

Ada 2 video untuk tatapan anda.

Video Potluck Fiesta Ekstravaganza.


Menu istimewa, kuih koci.

Pada hari itu, saya bangun awal pagi untuk menyediakan kari ayam.

Alhamdulillah. Setakat ini dahulu.


Isnin, 28 Oktober 2019

(Review) Cadar dan sarung bantal Flew di Lazada

Saya nak kongsi cadar & sarung bantal yang sedap digunakan. Serius, kainnya sejuk & sangat selesa. Inilah dia...

Cadar & sarung bantal jenama Flew. Saya beli di Lazada. Saya pernah beli sekali cadar jenama ini & sebab sangat selesa, saya repeat order lagi. Kali ini saya beli cadar & sarung bantal.

Harganya berpatutan. Yang penting selesa.

Selepas ini, saya akan beli cadar & sarung bantal jenama Flew sahaja. Cubalah!