label

Rabu, 19 Disember 2018

(Makan) Pancake vanila Adabi

Selamat pagi. Hari ini selepas membasuh baju di Mi Casa, saya baru masak untuk sarapan pagi.

Breakfast saya, pancake vanila Adabi.

Dicurahkan dgn susu coklat yg saya beli dari Padang Besar ni..

Cantik kejadiannya.

Alhamdulillah.

(Cerita) Peristiwa beg tertukar

Ini cerita saya ketika dalam perjalanan dari Langkawi ke JB minggu lepas... 

Ketika sampai di Dengkil pukul 1.00 pagi kot, saya dapat panggilan daripada seorang mak cik bahawa dia terambil beg saya ketika turun di Kuala Selangor. Suaranya kerisauan. Ya Allah....

Mujur itu hanya beg pakaian saya sahaja. Saya cakap takpe sebab driver bas ni akan ke Langkawi lagi esoknya. Driver tu akan tolong saya ambil balik beg saya.

Malam semalam, saya dapat balik beg saya. Alhamdulillah.

Pengalaman pertama tertukar beg. Selamat beg pakaian je.. Saya anggap itu dugaan sata balik dari Langkawi.

Selasa, 18 Disember 2018

(Cerita) Minyak gamat akar seruntun

Aduh, betis saya luka tergesel bucu kerusi! 

Ha, saya ada beli minyak gamat akar seruntun di Langkawi minggu lepas.

Saat kecemasan macam ni boleh guna. Jika luka, sapu minyak pada sekeliling luka, bukan pada luka. Nanti kulit akan bertindakbalas untuk menutup luka tersebut. Kata peniaga tersebut :)

Ahad, 16 Disember 2018

(Cerita) Pertama kali ke JPO

Hari ini, pertama kali saya jejak kaki di Johor Premium Outlet (JPO).

JPO.

Saya nak beli sesuatu yg luar biasa murah di sini.

Dah sampai. Saya cari barang yg saya nak beli dulu..

Gila la sale dia.. Hari ini last day sale yg ada additional diskaun. 

Dah beli dah..

Saya jenis nak beli, terus beli. Tak pandai window shopping ni. Lepas beli, saya terus balik. Ramai orang hari ini.

Bye!

(Aktiviti) Pejabat Pos Bandar Dato Onn

Pagi tadi, saya ke sini...

Pejabat Pos Bandar Dato Onn. Pertama kali berurusan di sini.

Nah, saya share waktu operasi pejabat pos di sini.

Saya nak ambil barang poslaju saya. Saya masuk ke dalam dulu.

Cepat berurusan di sini sebab tak ramai orang. Baru pun baru pejabat pos ni..

Khamis, 13 Disember 2018

(Aktiviti) Sampai JB

13/12/18 - Hari kelima.

1.58 pagi, saya sampai di Dengkil.

6.10 pagi, tiba di JB.

Bergerak balik ke rumah. Alhamdulillah.

Selesai percutian saya di Langkawi.

Rabu, 12 Disember 2018

(Makan) Char Koay Teow Singgah Sat Food Court, Penang

12/12/18 - 7.40 petang.

Hari keempat.

Saya nak makan malam di Singgah Sat Food Court, dekat dengan kedai jeruk Pak Ali.

Ini tempatnya...

Semestinya, saya nak makan char koay teow Penang.

Sepinggan RM8.

Ya Allah, sedapnya char koay teow ni. Banyak udangnya.

Jemput makan!