label

Selasa, 21 November 2017

(Sekolah) Esok Jamuan Pengawas

Esok jamuan pengawas pula.

Kad jemputan untuk saya.

Hari ini sempat sediakan beberapa hadiah untuk pengawas terpilih.

Semoga esok berjalan lancar.

(Sekolah) Jamuan Akhir Tahun Darjah 6 2017

Hari ini berlangsungnya jamuan akhir tahun darjah 6 2017.

Swafoto dulu..

Banyak hadiah disediakan untuk aktiviti pasca UPSR sebelum ini..

Selamat menjamu selera murid2.

Bekas pink ni cenderamata untuk guru & botol biru ni hadiah daripada ketua panitia BM untuk guru BM tahun 6. Alhamdulillah.

Macam biasa, AJK fotografi.


Majlis berjalan dgn lancar. Alhamdulillah.

(Sekolah) Begini perasaan selesai masukkan data PAJSK

Sebelum balik kerja, saya nak selesaikan masukkan data PAJSK secara online.

Laju pula server hari ini. Semalam server lambat. Alhamdulillah, saya selesai key in PAJSK bahagian saya.

Lega rasanya dah selesai key in PAJSK. Muka nampak ada senyum. Hehehe...

Alhamdulillah.

(Sekolah) Baju kelas 6 Baiduri 2017

Rasa macam pelajar universiti hari ini...

Saya pakai baju kelas 6 Baiduri 2017 hari ini sempena jamuan Tahun 6.

Ada rakan yg cakap, hari ini saya nampak 10 tahun lebih muda. Hehehe (jangan marah).

Isnin, 20 November 2017

(BM) Istilah ICT terbaharu

Wah, istilah ICT ini dah ada dalam Bahasa Melayu..

Photobomb = tunafoto
Watermark = tera air

& seterusnya...

Sumber: astro awani

(BM) Maksud diva

Maksud diva ialah penyanyi wanita yg sangat masyhur atau terkenal (Kamus Dewan Keempat).


Oh, jadi diva digunakan untuk penyanyi perempuan sahaja.

Ahad, 19 November 2017

(Sekolah) Majlis Graduasi 2017

Program di sekolah hari ini, Majlis Graduasi Murid Tahun 6 2017.

Murid2 segak berjubah konvo.

Antara suasana majlis graduasi pagi tadi.

Jumpa bekas murid saya, dia dah tingkatan 3 dah.

Bergambar kenangan dgn guru2.

Saya sebagai AJK jurugambar.

Hari ini graduasi, Khamis ini keluar result UPSR. Berdebar juga ni...