label

Ahad, 17 September 2017

(Cerita) Cara guna pewangi kereta berbentuk gel

Ya, saya mengaku! Saya baru tahu cara guna pewangi kereta berbentuk gel ni.

Kena buka bulatan atasnya. Caranya, buka dulu bekas bahagian atas lalu cucuk guna jari bulatan atas tu dari dalam.

Terima kasih kpd orang yg memberitahu info ini di facebook.

(Download) Laporan Kuarantin 2017




(Sekolah) Bancuh air sarsi pada pagi hari

Selamat pagi!

Pagi tadi selepas perhimpunan, saya tolong bancuh 1 tong air sarsi ais.

Air ni untuk murid2 yg penat mengemas kelas selepas tamat UPSR.

Selepas itu, saya bancuh pula air kopi ini.

Selesai tugas saya yg berkaitan dgn air minuman murid. Bye!

Sabtu, 16 September 2017

(Cerita) Cara De-Calc Iron Philips Perfect Care Aqua

Malam ni nak gosok baju, iron saya ada tanda merah ni pulak..

Ini tandanya, saya kena de-calc iron sy.

Cara De-Calc Iron Philips Perfect Care Aqua:

1. Tutup suis terus.

2. Buka tangki de-calc. Baringkan kejap tank iron utk masukkan air.

3. Isi air 500ml dalam tangki de-calc tu.

4. Hidupkan suis lalu hidupkan iron.

5. Sediakan tuala tebal atas papan iron.

6. Iron tuala. Waktu ni, air akan banyak keluar. Sebab tu kena guna tuala. 


Tengok air2 yg keluar dari lubang iron.

7. Iron sehingga tiada air keluar lagi dari lubang iron.

8. Tutup suis. Buang air dalam tangki de-calc. Hati2 air dalam tu panas. Tunggu 2 jam sampai iron sejuk untuk guna iron balik.


Tujuan de-calc ini adalah untuk buang keladak dalam iron kita.

Kena buat sebulan sekali de-calc ni. Dah guna iron ni, nak tak nak, kena buat juga.

(Cerita) Selamat tinggal Celcom!

Saya dah terminate nombor Celcom saya hari ini. Untuk pelan internet, saya cuma guna nombor Webe sahaja. 

Simkad celcom saya. Nak simpan untuk dijadikan kenangan.

Pengalaman guna Celcom pelan RM38, ok je, tiada masalah. Data Internet 3GB pun laju. Saya guna Webe sebab tiada had data internet, sms & panggilan. 

Sebenarnya saya sayang nombor Celcom saya tetapi, hidup mesti diteruskan.

Jumaat, 15 September 2017

(Cerita) Promosi air kotak Milo di Tesco

Di Tesco ada promosi Milo.

Saya beli 3 kotak air Milo besar, percuma sekotak air Milo yg kecil & bekas makanan Milo.

Harga sekotak air Milo yg besar tu RM4.89. Murah kan? Promosi sampai Ahad ini kot.. Peminat Milo, apa tunggu lagi?

(Makan) Keropok lekor digoreng guna Philips Air Fryer

Inilah hasil keropok lekor digoreng dgn menggunakan Philips Air Fryer.

Hasilnya sama seperti digoreng dgn minyak.

Sewaktu makan tadi, terfikir sekejap... Dulu, berapa banyak lemak minyak yg saya dah makan? Sebab ada cara yang boleh membuatkan makanan goreng itu masak tanpa guna minyak.

Keropok lekor tadi, walaupun digoreng tanpa minyak tetapi masih rasa berminyak. Jadi, bagi saya tak rugi beli air fryer ni. Kan?