label

Khamis, 19 Februari 2026

(Ramadan) Tarawih kedua

Assalamualaikum.


Cuaca hari ini sejuk sekali. Hujan gerimis. Semoga hujan yang turun membawa keberkatan kepada kita semua.

(Ramadan) Menu buka hari pertama

Assalamualaikum. Ini menu buka hari pertama puasa saya hari ini.

Bihun goreng putih.

Saya gunakan ayam lauk semalam dan lobak sahur pagi tadi sebagai rencah.

Bubur lambuk, jiran bagi.

Video.

Alhamdulillah.

 

(Ramadan) Menu sahur hari pertama

Assalamualaikum. Ini menu sahur saya pagi tadi 

Ayam panggang Bakers Cottage & sayur brokoli dan lobak saya masak.

Nasi tak sempat masak sebab saya terbangun 5:30 pagi. Saya kunci jam 4:30 pagi tapi tak sedar. Tak apa, makan je seadanya. Esok kita cuba bangun awal lagi.



Selamat berpuasa.

(Masak) Sambal tumbuk ikan bilis

Assalamualaikum. Persiapan sahur esok, saya nak buat sambal dulu.

Sambal tumbuk ikan bilis.





Video.

Ada sambal ni, makan dengan telur goreng pun dah sedap. Tapi, saya nak makan dengan yang lain. Tunggu esok ye... Insya-Allah.

Rabu, 18 Februari 2026

(Ramadan) Tarawih pertama

Assalamualaikum. Malam ini mula solat sunat tarawih sempena esok Ramadan 1447 Hijrah.




Esok dah puasa. Selamat berpuasa.

(Makan) Sarapan di PPR Sri Stulang

Assalamualaikum.

Pagi tadi saya sarapan di Medan Selera, PPR Sri Stulang.

Pertama kali makan di sini.

Selasa, 17 Februari 2026

(Masak) Mi goreng daging

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pagi ini saya masak mi goreng daging untuk sarapan.

Gambar mi goreng dari kuali.



2 hari lagi nak puasa.