label

Ahad, 8 Februari 2026

(Masak) Pertama kali masak pulut kuning guna rice cooker

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ini saya cuba masak pulut kuning guna rice cooker buat pertama kali.

Alhamdulillah, jadi.

Pulut kuning guna rice cooker.

Resipi:
8 cawan pulut susu
8 cawan air santan (2 kotak santan saya campur dengan 6 kotak air guna kotak santan tadi)
Garam secukup rasa
Minyak secukup rasa untuk kilatkan pulut

Video

Nisbah pulut dan air santan ialah 1:1. Pulut susu ni adik saya beli dari Thailand. Pagi ni nak sarapan pulut kuning dengan serunding daging.

Alhamdulillah.

Sabtu, 7 Februari 2026

(Cerita) Tahun lepas, selalu beli makanan di sini

Assalamualaikum. Pagi tadi saya makan di sini.

Teringat tahun lepas semasa saya mengajar pada sesi petang, saya selalu bungkus makanan di sini sebelum pergi ke sekolah.

Lauk kegemaran saya, ayam goreng, sambal tempe dan sambal belacan dia.

Kalau makan di sini, mesti saya akan teringat kenangan tahun lepas.

(Cerita) Terhantuk

Assalamualaikum. Kisah pagi tadi...

Dahi saya luka terhantuk sesuatu.

Selamat luka calar sikit sahaja. 

Rabu, 4 Februari 2026

(Cerita) Oleh-oleh dari Batam

Alhamdulillah, saya dapat oleh-oleh dari Batam daripada rakan sekerja.

Oleh-oleh dari Batam. Ada sambal Uleg dan minyak angin Fresh Care.

Minggu lepas, rakan-rakan sekerja saya bercuti di Batam. Terima kasih semua.

(Cerita) Probiotik Lacto-5 bagus

Assalamualaikum. Probiotik saya dah sampai.

Probiotik Lacto-5, saya beli di Tik Tok (Watsons) sebab lebih murah.

Waktu saya kerja farmasi dulu, probiotik ini yang saya cadangkan jika pelanggan mahu melancarkan buang air besar, membantu menyelesaikan masalah penghadaman dan melegakan perut. 

Insya-Allah usus pun terasa segar selepas makan probiotik ini. Sebenarnya saya dah pernah makan probiotik ini dua bulan lepas. Alhamdulillah, saya dapat rasa kesannya.

Saya beli stok probiotik ini untuk persediaan bulan Ramadan nanti.

Selasa, 3 Februari 2026

(Sekolah) Perjumpaan kedua Dodgeball

1M1S pagi tadi...

Perjumpaan kedua permainan Dodgeball.

Pengenalan dodgeball.

Saya pun baru dalam permainan dodgeball ni. Kena belanja daripada kawan dan juga YouTube.

(Cerita) Niat nak minum ABC Kampung Melayu sahaja...

Assalamualaikum. Ini cerita petang tadi...

Cuaca panas, ingatkan nak minum ABC sahaja di Medan Selera Azmi Wawa Kampung Melayu...

Tetapi akhirnya order makanan juga, murtabak daging special dan...

Sate daging secucuk RM1.00.

Saja lepak petang di Kampung Melayu.