label

Jumaat, 30 Januari 2026

(Sekolah) Hikmah besar redeployment

Assalamualaikum. Saya nak kongsi bahawa percaturan Allah itu sangat indah. Ada hikmah besar redeployment saya ke sekolah baharu. Hikmah itu biarlah saya sahaja yang tahu.

Gambar sebelum saya redep ke sekolah baharu.



Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kejadian hari ini. Betul seperti lagu Ukays, pahit akan manis juga akhirnya. Maaf, sekali lagi. Biarlah saya sahaja yang tahu tentang apa yang berlaku pada hari ini.

(Masak) Mi goreng malam

Assalamualaikum. Malam ini saya masak mi goreng. Jarang-jarang saya masak mi goreng pada waktu malam. Malam ni lain atas sebab-sebab tertentu.

Saya namakan mi goreng malam.



Video.

Masak sendiri lebih puas hati. Boleh letak rencah banyak-banyak.



Selasa, 27 Januari 2026

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2026

Assalamualaikum. Hari ini diadakan Larian Merentas Desa 2026 di sekolah saya.










Video.

Alhamdulillah, cuaca baik. Proses berjalan lancar.

Isnin, 26 Januari 2026

(Sekolah) Program Mentor Mentee

Assalamualaikum. Perhimpunan pagi tadi ada pelancaran program Mentor Mentee anjuran Unit B&K.

Setiap guru kelas automatik akan jadi mentor.

Program ini akan berjalan pada hari Jumaat.

Ahad, 25 Januari 2026

(Kenangan) Zaman praktikal

Assalamualaikum. Naik balik gambar ni di Facebook saya.

Gambar zaman praktikal. Waktu ni saya terlibat program alam sekitar di Pengerang.

Buat pengetahuan semua, saya praktikal di SK Bandar Penawar.

(Kenangan) Dulu mengajar guna kapur dan papan hijau

Assalamualaikum. Tengah kemas barang, terjumpa sebatang kapur ni...

Terus teringat mengajar zaman dulu, cikgu-cikgu mengajar guna kapur dan papan hijau.

Dulu kalau masuk kelas, tengok di papan hijau tiada kapur, saya akan minta tolong murid ambil kapur di pejabat.

Rindu kenangan zaman dulu...

Sabtu, 24 Januari 2026

(Masak) Jemput-jemput ikan bilis

Assalamualaikum, pagi tadi tengah saya membilas baju, terhidu bau jemput-jemput ikan bilas dari rumah jiran. Waktu malam, saya pun buat juga jemput-jemput ikan bilis.

Jemput-jemput ikan bilis.

Sedapnya makan jemput-jemput ikan bilis panas-panas cicah dengan sambal kicap. Alhamdulillah.