label

Jumaat, 23 Januari 2026

(Makan) Mi goreng mamak, Al Safa Kota Masai

Salam Jumaat. Minggu ini ialah minggu yang menguji bagi saya. Petang hari ini, saya makan di Restoran Al Safa, Taman Kota Masai.

Petang² makan dekat dengan jalan raya, memang saya suka vibes ni...

Saya makan mi goreng mamak. Sedap!

Makan mi goreng mamak ni, saya teringat kerja di Metrojaya Plaza Pelangi dulu. Rehat pukul 5:00 petang, selalu makan mi goreng mamak di kedai mamak. Rasa mi goreng mamak dulu dengan sekarang masih sama.

Alhamdulillah.

Khamis, 22 Januari 2026

(Sekolah) Bantuan Awal Persekolahan 2026

Assalamualaikum. Hari ini diadakan Bantuan Awal Persekolahan 2026.

Alhamdulillah, walaupun tunggu duit sampai hampir 2 jam. Ibu bapa sanggup tunggu dengan sabar. Pertama kali BAP diberikan di dalam kelas.

Kira duit cukup dulu sebelum agih kepada ibu bapa.

Alhamdulillah, semua ibu bapa menuntut wang BAP RM150 mereka. 

Semoga tahun depan sistem BAP ini akan lebih baik lagi daripada hari ini.

(Sekolah) Hantar dokumen dan borang permohonan naik gred

 Alhamdulillah.


Akhirnya hari ini saya sempat hantar semua borang dan dokumen untuk permohonan naik gred.

Harap-harap semua dokumen dan borang saya lengkap.

Penat sediakan dokumen untuk naik gred, saya beli air coklat ais di kantin.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Rabu, 21 Januari 2026

(Cerita) Tak tahu digigit apa?

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita Subuh hari ini. Waktu saya solat subuh, betis saya perit seperti digigit sesuatu. 

Ada bekas seperti gigitan serangga. Saya tak tahu binatang apa yang gigit sebab saya cari binatang di atas sejadah, tak jumpa .

Selepas beberapa minit, kesan gigitan itu kelihatan seperti bintat.

Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang penting, kesan gigitan itu seperti tak memudaratkan.

(Sekolah) Sempat mohon kenaikan gred online

Alhamdulillah, saya sempat mohon kenaikan gred secara online pada waktu pagi. Hari ini ialah hari terakhir permohonan.

Terima kasih kerani yang membantu saya. Katanya pihak PPD pun banyak bantu saya pada saat akhir semalam. Terima kasih pihak pentadbir yang membantu saya.

Allah banyak beri kemudahan walaupun pada saat-saat akhir. Alhamdulillah.

Selasa, 20 Januari 2026

(Cerita) Permohonan naik gred

Assalamualaikum. Tahun ini saya dah boleh buat permohonan naik gred. Jadikan kisah saya pengajaran.

Saya tahu tarikh boleh mohon bila & saya tak sangka dan tak tahu tarikh tutup permohonan esok. Ditakdirkan hari ini saya jumpa kerani di luar tandas, saya pun tanya pasal permohonan itu.

Muka kerani itu terkejut lalu dia berkata esok tarikh tutup. Dia cuba buat sedaya upaya untuk saya mohon. Jika saya terlepas mohon, saya akan jadi calon cicir. Kalau boleh tak nak. Huhuhu...

Petang semalam saya balik kerja, sampai rumah terus saya buat dokumentari yang diperlukan.

Sampai ke malam saya uruskan borang-borang permohonan. Makan malam, saya makan tauhu bakar ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan saya.

Isnin, 19 Januari 2026

(Sekolah) Perhimpunan Kokurikulum KRS

Assalamualaikum. Pagi tadi perhimpunan-perhimpunan kokurikulum yang dikendalikan oleh KRS.

Adapun gambar saya :)

Rasa nak beli uniform baharu la...