label

Selasa, 24 Disember 2024

(Aktiviti) Menonton Teater Tradisional Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan

Assalamualaikum. Pada Sabtu lepas, 21/12/2024 saya berpeluang menonton teater secara percuma di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House. Teater tersebut ialah Teater Tradisional Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan.

Pempengaruh Nizam Rahman dan Otam juga datang menonton teater ini. Mereka datang dari Melaka.




Persembahan teater yang berwarna-warni.


Sedutan teater part 1.

Sedutan teater part 2.

Secara keseluruhannya, teater ini menarik dan saya terhibur. Dapat rasa masuk Opera House secara percuma pun ya juga...

Isnin, 23 Disember 2024

(Masak) Asam pedas ayam

Sebab teringin, saya pun masak ini...

Asam pedas ayam

Saya makan dengan ulam timun dan tomato sahaja. Pun dah sedap!

Video

Alhamdulillah.

Ahad, 22 Disember 2024

(Aktiviti) Berjalan-jalan pagi

Assalamualaikum. Pagi ini saya berjalan-jalan pagi di Taman Rekreasi Adda Heights. Datang awal pagi, tak ramai orang.





Video.

Berjalan-jalan pagi pun okay juga. Yang penting bergerak.

 

(Aktiviti) Mengambil serai hasil tanam sendiri

Assalamualaikum. Pagi semalam saya ambil serai yang saya tanam sendiri di halaman rumah.

Alhamdulillah, banyak juga serainya.


Tinggalkan sikit je pokok serai sebab nanti pokok serai akan tumbuh serumpun lagi.

Alhamdulillah.

Sabtu, 21 Disember 2024

(Video) Selamat bercuti sekolah Disember 2024

Assalamualaikum. Semalam bermulanya cuti sekolah Disember 2024.


Selamat bercuti!

Video di sebalik tabir.

Kepada yang balik ke kampung, pandu berhati-hati. Semoga selamat sampai ke destinasi.

(Sekolah) Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah 2024

Assalamualaikum. Khamis, 19/12/24, saya terlibat bertugas sebagai AJK fotografi dalam Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah 2024. Saya kongsikan gambar-gambar dan video.

Kesukaan saya bergambar seperti ini. Nampak lebih akrab.












Video kami.

Video persembahan 1.

Video persembahan 2.

Video persembahan 3.

Video persembahan 4.

Walaupun saya tidak mengajar prasekolah tetapi saya rapat juga dengan guru-guru prasekolah dan rakan2 PPM. Alhamdulillah, program berjalan seperti yang dirancang.

(Sekolah) Sambutan Hari Kanak-kanak 2024

Assalamualaikum. Pada hari Selasa, 17/12/24 telah diadakan penutup Sambutan Hari Kanak-kanak di sekolah. Tema pada tahun ini ialah retro. Rasanya banyak sekolah yang menggunakan tema retro pada tahun ini. Saya kongsikan gambar-gambar dan video.









Video kami.

Video persembahan 1

Video persembahan 2.

Video persembahan 3.

Program berjalan seperti yang dirancang.