label

Isnin, 15 Januari 2024

(Makan) Pertama kali makan punten

Hari ini di sekolah ada rakan belanja saya punten. Punten ini makanan orang Jawa yang popular di Selangor.

Punten.

Vlog saya makan punten.

Rasa punten ni macam nasi lemak. Hari ini baru tahu rasa punten bagaimana.

Khamis, 11 Januari 2024

(Sekolah) Dah sampai rumah, patah balik ke sekolah ambil beg tertinggal

Ya Allah, buat pertama kalinya saya tertinggal beg di sekolah. Tak perasan saya tak bawa beg ini balik ke rumah.

Beg ini saya bawa ke sekolah. Penting beg ni bagi saya... Jadi, saya pergi ke sekolah semula untuk ambil beg ini. Saya perasan bila sampai rumah nak ambil barang dari beg ini, beg ini tiada.

Pengajaran untuk saya, jangan cuai. 15 hingga 20 minit juga perjalanan dari rumah ke sekolah.

Rabu, 10 Januari 2024

(Mi Estudio) Mula beli rak Ikea

Hari ini rak besi Ikea ada jualan murah sehari, harganya 50% murah daripada harga asal.

Saya beli dua untuk mi estudio.

Beli sikit-sikit dahulu untuk mi estudio.

Selasa, 9 Januari 2024

(Cerita) Rumah dinaiki air banjir

Pagi tadi hujan lebat sehingga menyebabkan kawasan rumah saya banjir.

Saya balik sekolah, air masih belum surut.

Disebabkan hujan lebat telah menyebabkan banjir dan air memasuki rumah saya.

Video.

Alhamdulillah, saya balik kerja, air dalam rumah sudah surut. Kali kedua rumah saya dinaiki air banjir.

Ahad, 7 Januari 2024

(Sekolah) Mula menanda UASA

Hari ini bermula UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) bagi sesi 2023/2024.

Alhamdulillah, selesai menanda kertas Moral. Sikit je kertasnya.

Guru besar hari ini beritahu saya, mungkin saya dah tak ajar Moral lagi untuk sesi baru nanti.

Sabtu, 6 Januari 2024

(Cerita) Esok akan lain

Sekejap je esok dah Ahad. Esok akan lain.

Cikgu-cikgu senior di belakang saya akan bertugas di sekolah baharu.

Rakan sebelah meja saya pun akan bertugas di sekolah baharu.

Selamat bertugas di sekolah baharu kawan-kawan.

Jumaat, 5 Januari 2024

(Info) Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan

Kalau rasa stres berat dan nak cari tempat untuk luahkan? Boleh dail di talian 15555.


Ingat, talian HEAL 15555.