label

Khamis, 4 Januari 2024

(Sekolah) Majlis perpisahan 10 orang cikgu

Assalamualaikum. Hari ini 10 orang cikgu di sekolah saya akan berpindah pada minggu hadapan. Jadi, hari ini ialah hari terakhir mereka di sekolah.



10 orang guru yang akan berpindah.

Video perpisahan.

Video potong kek.

Selamat bertugas di sekolah baharu kawan-kawan.

(Sekolah) Hujan seharian

Hari ini hujan seharian.


Langit seakan memahami suasana majlis perpisahan 10 orang cikgu di sekolah.

Rabu, 3 Januari 2024

(Sekolah) Murid beri puff buah

Alhamdulillah, hari ini ada murid beri saya puff buah.

Puff buah.

Saya letak nombor telefonnya di sini.

Sedap! Terima kasih.

(Sekolah) Masak bihun putih untuk potluck

Assalamualaikum. Pagi tadi saya bangun pukul 4:00 sebab nak masak bihun putih. Ada potluck di sekolah.

Macam biasa, paling senang dan muai, saya masak bihun putih.

Macam biasa, saya selalu bawa makanan dalam tabung hijau ni.

Alhamdulillah, selesai potluck sempena cikgu pindah dan redeployment. Huhuhu...

Selasa, 2 Januari 2024

(Sekolah) Murid beri keropok ikan

Hari pertama sekolah pada tahun 2024, ada murid tahun 4 bagi saya ini...

Sebungkus keropok ikan dari Kelantan.

Alhamdulillah. Terima kasih.

(Sekolah) Hari pertama sekolah 2024

Hari ini hari pertama sekolah pada tahun 2024. Sebenarnya belum habis sesi. Bulan Mac nanti baru mula sesi baharu.

Hari ini macam-macam kisah murid yang berlaku. Yang penting, esok ada ayah murid nak jumpa saya.

Kek pandan gula melaka. Kek tersedap yang rakan saya buat. Serius, sedap! Saya beli dengannya.

Sambung balik, jadi guru ni kadang-kadang hidupnya serba-salah. Kalau ada murid ada masalah, ada yang ibu bapa boleh terima. Ada juga yang tidak.

Sambung esok. 

Isnin, 1 Januari 2024

(Cerita) Cuci kereta di kedai cuci kereta

Assalamualaikum. 1/1/2024 saya kembali hantar cuci kereta di kedai cuci kereta.

Dah lama saya tak cuci kereta, jadi saya hantar la ke sini.

Kereta dah cuci, dah bersih dan dah kemas walaupun sekarang musim hujan.