label

Isnin, 1 Januari 2024

(Cuti Sekolah) Trip kereta api ke Kelantan 2023

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kisah percutian saya pada 19 hingga 22 Disember 2023 yang lalu. Cuti akhir tahun yang lalu, saya pergi ke Kelantan dengan menaiki kereta api dari Stesen Kempas Baru.

Saya bertolak pukul 8:40 malam dari Stesen Kempas Baru. Pertama kali saya menaiki kereta api.

Stesen Kempas Baru. Pertama kali saya menunggu kereta api di sini.

Pantai Irama Bachok. Banyak lagi tempat yang saya pergi. Boleh tengok video-video di bawah ini nanti.

Pantai Irama Bachok.

Kampung Laut, Tumpat.

Laman Warisan Seni Kampung Laut.

Sambal mangga ikan ni sedap!

Telur dadar campur ikan pekasam. Sedap juga!

Pengalaman menaiki kereta api, solat dalam kereta api, guna tandas dalam kereta api dan tidur di dalam kereta api.

Video-video saya menerusi vlog di YouTube di bawah ini:

Episod 1.

Episod 2.

Episod 3.

Episod 4.

Episod 5.

Episod 6.

Episod 7.

Episod 8.

Episod 9.

Episod 10.

Episod 11.

Episod akhir.

Alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik. Inilah kisah percutian saya pada Disember 2023. Selamat kembali ke sekolah esok!

(Tutorial) Cara buat gambar AI Artificial Intelligence

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baharu 2024. Hari ini saya nak ajar buat gambar AI (Artificial Intelligence) seperti di bawah ini.

Contoh gambar AI. Sekarang zaman AI. Mudah je cara nak buat dia.

1. Buka Google lalu taip Bing Image Creator seperti di bawah.

Tekan Bing Image Creator. Log in guna emel yang didaftarkan. Kalau belum daftar, daftar dahulu.

2. Lepas dah boleh buka taiplah gambar apa yang kita nak buat dalam bahasa Inggeris. Kalau tak mahir bahasa Inggeris, pergi Google Translate. Lepas tu, copy paste dalam ruang yang disediakan.

Contoh saya taip gambar yang nak saya buat. Lalu keluarlah gambar ini. Alhamdulillah, taip nama saya, keluar gambar orang alim ni :).

4. Selamat mencuba. Kalau gagal, cuba lagi.

Sabtu, 4 November 2023

(Aktiviti) Hakim pertandingan sajak Alam Ria PASTI 2023

Assalamualaikum. Pagi tadi saya terlibat menjadi hakim pertandingan sajak murid lelaki sempena Alam Ria PASTI 2023.

Pertandingan diadakan di UniKL Mitec Pasir Gudang.

Pengalaman pertama bertugas sebagai hakim pertandingan sajak murid prasekolah.

Bersama rakan hakim.

Terima kasih kepada pihak PASTI kerana menjemput saya menjadi hakim bagi pertandingan sajak ini.

Vlog.

Alhamdulillah, selesai bertugas pada hari ini.

Isnin, 9 Oktober 2023

(Sekolah) Majlis Persaraan Ustazah Halidah di sekolah

Pada 1 Oktober yang lalu, diadakan majlis persaraan rakan saya, Ustazah Halidah di sekolah.

Saya dan Ustazah Halidah. Dari saya mula posting sehingga beliau bersara, tempat duduk saya dekat dengan beliau. Selalulah kami bersembang di bilik guru.



Video sent off.

Video thumb print terakhir.

Ya, terasa kehilangan beliau. Berbelas tahun kerja bersama. Selamat bersara Ustazah Halidah.

Ahad, 8 Oktober 2023

(Video) Perpisahan Ustazah Halidah

Pada 27 September yang lalu, saya buat sesi rakaman video perpisahan suka-suka bersama Ustazah Halidah yang akan bersara pada 1 Oktober 2023.

Saya bersama rakan-rakan guru agama sesi pagi.


Hasi video perpisahan Ustazah Halidah.

Ada makan-makan lagi di bilik guru pada hari tersebut.


Video ini akan jadi kenangan kami.

(Sekolah) Potluck Nasi Jagung 2023

Pada 25 September yang lalu, kami buat potluck nasi jagung sempena minggu akhir rakan kami Ustazah Halidah berada di sekolah sebelum beliau bersara.

Bergambar kenangan.


Ada cikgu sponsor kek.

Saya bawa ayam masak merah dari rumah.

Vlog masak nasi jagung.


Alhamdulillah, potluck berjalan seperti yang dirancang.

Ahad, 17 September 2023

(Sekolah) Pekeliling Media Sosial Guru

Assalamualaikum. Baru-baru ini tular, guru tak boleh gunakan murid sebagai content di media sosial. Ini ialah pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru.



Download pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru: Pekeliling etika penggunaan media sosial oleh guru

Selagi saya tak langgar etika ini, saya akan post macam biasa aktiviti saya dengan murid di sekolah. Sebabnya itu bukan content tapi gambar kenangan.