label

Jumaat, 8 September 2023

(Cuti Sekolah) Episod 14 - Pasembur Padang Kota Pulau Pinang

Assalamualaikum. Alang-alang dah berada di Padang Kota, kami singgah makan pasembur di medan selera berdekatan.

Hussain Pasembur.

Video.

Agak mahal harga pasembur di sini. Bolehlah buat rasa-rasa.

(Cuti Sekolah) Episod 13 - Padang Kota, Pulau Pinang lagi

Assalamualaikum. Selepas ke Jeti Lim, tempat seterusnya kami pergi ke Padang Kota Pulau Pinang. Saja nak ambil angin petang dan melihat senja di sana.

Saya berada di Padang Kota Pulau Pinang.


Video.

Meriah pergi Padang Kota petang-petang sebab ramai orang.


Video.

Selepas ini ke mana lagi? Bersambung...

(Cuti Sekolah) Episod 12 - Jeti Lim Pulau Pinang

Assalamualaikum. Selepas selesai makan nasi kandar, kami pergi ke Jeti Lim Pulau Pinang untuk melihat pemandangan petang di atas jeti lama.

Saya berada di atas Jeti Lim.


Video.

Daripada gambar dan video di atas, anda boleh saksikan keindahan di atas jeti pada waktu petang.

(Cuti Sekolah) Episod 11 - Nasi Kandar Salam

Assalamualaikum. Selepas menghilangkan dahaga dengan air soya gula merah, kami singgah makan tengah hari di restoran nasi kandar yang tak ramai orang dan tak payah beratur panjang.

Ini dia, Restoran Nasi Kandar Salam. Saya singgah makan nasi kandar di sini.

Video.

Sebab saya masih kenyang, saya ambil lauk ayam goreng sahaja.

(Cuti Sekolah) Episod 10 - Air soya gula merah Flat Kampung Melayu Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak sambung cerita kisah percutian saya di Pulau Pinang pada 2 minggu lepas. Selepas dari Bukit Bendera, kami singgah cari minuman di Flat Kampung Melayu Pulau Pinang. Ini dia...

Air soya gula merah Flat Kampung Melayu Pulau Pinang. Sedap dan harganya RM2 sebungkus.

Video.

Peniaga air soya ini menaiki motosikal dan berhenti di Flat Kampung Melayu Pulau Pinang. 

Jumaat, 1 September 2023

(Cuti Sekolah) Episod 8 dan 9 - Bukit Bendera Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kisah percutian saya di Bukit Bendera Pulau Pinang pada hari Isnin lepas.

Saya berada di atas Bukit Bendera.

Video nak masuk ke Bukit Bendera.

Video di Bukit Bendera.

Boleh nampak pemandangan di sekitar Pulau Pinang.

Cantik!

Masjid Bukit Bendera.


Meriam.


Saya tak explore semua tempat di Bukit Bendera sebab penat. Dapat naik funikular okey dah...


(Cuti Sekolah) Episod 7 - Bersarapan di Astaka Taman Tun Sardon Pulau Pinang

Assalamualaikum. Hari ketiga saya di Pulau Pinang, pagi-pagi lagi saya dah bersarapan di Gerai Nasi Lemak di Astaka Taman Tun Sardon Pulau Pinang.

Tempat dia sama macam medan selera.

Saya bersarapan nasi lemak sambal paru.


Video.

Selesai bersarapan, saya akan pergi ke destinasi yang seterusnya.