label

Rabu, 30 Ogos 2023

(Cuti Sekolah) Episod 2 - Bersarapan di bawah jambatan, Kepala Batas Pulau Pinang

Assalamualaikum. Saya nak sambung kisah percutian saya. Saya naik flight pergi ke Pulau Pinang. Sampai di Pulau Pinang dalam pukul 10.30 malam. Selepas itu, saya makan malam dan check in ke tempat penginapan.

Ini kisah hari kedua saya di Pulau Pinang. Destinasi pertama saya adalah di Kepala Batas.

Saya bersarapan di bawah jambatan, Kepala Batas Pulau Pinang.

Saya suka makan di tempat yang tak ramai orang macam ni.

Saya makan kuetiau goreng dan minum teh o ais.

Video.

Nanti saya sambung cerita lagi ye dalam episod 3.

Selasa, 29 Ogos 2023

(Cuti Sekolah) Episod 1 - Bertolak

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kisah cuti sekolah saya. Pada hari Sabtu yang lalu, saya bertolak ke destinasi yang mahu dituju pada pukul 9.30 malam dengan menaiki kapal terbang tambang murah Air Asia.

Saya berada di lapangan terbang antarabangsa Senai.

Pertama kali bertolak malam dengan menaiki kapal terbang.

Video.

Alhamdulillah, saya sampai di destinasi yang mahu dituju.

Bersambung...

Ahad, 27 Ogos 2023

(Sekolah) Pegawai Teknikal Karnival BM 2023

Assalamualaikum. Tamat Majlis Penutup Karnival BM 2023 pada hari Selalu, maka berakhirlah tugas saya dan kawan-kawan saya sebagai pegawai teknikal.

Bergambar selepas selesai majlis.

Terima kasih kepada En. Yusri pihak KIP Mall Masai yang banyak membantu.


Video kenangan.

Selesai. Alhamdulillah. Terima kasih semua.

(Sekolah) Team Pertandingan Dendangan Syair 2023

Assalamualaikum. Inilah team saya, team pertandingan dendangan syair peringkat akhir 2023 di KIP Mall Masai.

Saya bersama barisan hakim yang pakar tentang irama syair.

Saya banyak belajar syair daripada mereka.

Video. Mula-mula mereka malu-malu sebab tak pernah rakam video macam ni. Hehehe....

Alhamdulillah, mereka sangat komited dan saya gembira dapat bekerjasama dengan mereka. Terima kasih hakim-hakim.

(Sekolah) Jumpa balik rakan-rakan di Majlis Penutup Karnival BM 2023

Assalamualaikum. Ini kisah di Majlis Penutup Karnival BM 2023.

Kami kalau berjumpa mesti macam ni... Bergambar bersama-sama.

Saya bersama rakan guru satu sekolah dan rakan guru yang pernah satu sekolah dengan saya. Kebersamaan memang telah sebati dan menjadi budaya di sekolah saya.

Video.

Masih ada lagi kisah di sini. Nanti saya update lagi.

(Sekolah) Majlis Penutup Karnival BM 2023

Assalamualaikum. Pada hari Selasa lepas, saya terlibat dalam Majlis Penutup Karnival Bahasa Melayu Peringkat Daerah 2023 di KIP Mall Masai. Sebelum majlis penutup diadakan pertandingan dendangan syair dan deklamasi sajak peringkat akhir.

Saya dan rakan-rakan pegawai teknikal.


Saya jumpa rakan sekelas maktab dahulu.

AJK hadiah.

Pengacara.


Video.

Alhamdulillah, selesai majlis penutup.

(Sekolah) My Mobile Planetarium

Assalamualaikum. Pada hari Isnin lepas, pihak My Mobile Planetarium datang ke sekolah untuk murid-murid masuk ke dalam My Mobile Planetarium. Bayaran masuk ialah RM16.00. Saya kongsikan gambar dan video saya semasa kedatangan pihak tersebut.





Video 1.

Video 2.

Murid-murid berpuas hati dapat masuk ke My Mobile Planetarium itu.