label

Ahad, 19 Jun 2022

(Sekolah) Mesyuarat Agung PIBG 2022

Hari ini mesyuarat agung PIBG sudah boleh diadakan bersemuka.


Tugas saya pada tahun ini sebagai ajk montaj.

Jumaat, 17 Jun 2022

(Mi Casa) Ukur pintu

Hari ini tukang pintu datang ke mi casa untuk ukur pintu rumah saya.

Saya pilih pintu jenis pintu yang sama cuma jenis kayu je berbeza.

Lepas ukur, kena tunggu 2 minggu lagi untuk pemasangan pintu. Sebabnya, pintu rumah saya kena order customade sebab bukan saiz standard.

Sabtu, 11 Jun 2022

(Mi Casa) Saya pilih pintu kayu nyatoh

Akhirnya, saya pilih pintu kayu nyatoh untuk rumah saya. Saya ingat beli pintu, hari ini beli, esok terus dapat. Rupanya tidak, minggu depan baru nak ukur saiz pintu. Selepas itu kena tunggu dalam 2 minggu lagi sebab kilang akan buat pintu yang telah dipesan.

Saya pun baru tahu ilmu tentang pintu kayu ini. Pintu gred A, kayu nyatoh, greb B kayu kedondong dan gred C kayu meranti. Paling bagus dan tebal ialah kayu nyatoh.

Pintu rumah saya bukan saiz standard, jadi kena customade. Harga pun harga customade. Nasib badan...

Rabu, 8 Jun 2022

(Kenangan) Zaman kurus 2014

Keluar balik gambar ini di Facebook hari ini.

Kenangan 8/6/2014 di Desaru. Zaman kurus waktu ni sebab pakai braces.

Isnin, 6 Jun 2022

(Makan) Kuu Van Cha Taman Molek

Pada hari Sabtu lepas, saya sekeluarga makan malam di Kuu Van Cha Taman Molek.

Mula-mula kita tengok senarai menu dahulu lalu pesan menu yang kita nak makan.

Saya makan mi rebus, air soya ais dan taufufah.

Air soya di sini dibuat sendiri, home made.

Taufufah juga home made. Saya suka taufufah gula putih sahaja.

Mi rebus.

Rojak. Yang ni saya recommended sebab sedap!

Jemput makan!

Video.


Alhamdulillah, saya makan di sini guna baucar yang saya dapat selepas menjawab soalan survei.

Ahad, 5 Jun 2022

(Mi Casa) Pintu besi sekuriti

Antara misi cuti sekolah saya pada kali ini ialah mencari pintu rumah. Petang tadi saya ke kedai pintu untuk mencari pintu rumah. Saya nak tukar pintu rumah saya.

Pintu besi sekuriti. Saya suka sangat pintu ini tetapi...

Kalau nak pakai pintu besi sekuriti, saya kena upah kontraktor untuk pecahkan dinding pintu utama. Sayangnya.... Lagi satu, pintu grill saya nanti akan dibuka sebab dah tak perlu guna lagi.

Bye-bye pintu besi sekuriti. Walaupun awak cantik dan selamat tetapi saya tak boleh membeli awak. Saya sayang nak pecah rumah saya.

Misi seterusnya nak cari pintu kayu je la...

Sabtu, 4 Jun 2022

(Cerita) Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi di Pulai Springs Resort

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi di Pulai Springs Resort.

Saya merupakan anggota koperasi.

Gambar daripada jurugambar.

Tak ramai datang...

Sambil bermesyuarat, dapatlah saya makan dan masuk ke Pulai Springs Resort ini. Pertama kali ni..

Alhamdulillah, nombor saya naik dalam cabutan bertuah.

Saya datang seorang diri tanpa kawan-kawan.

Hadiah cabutan bertuah ialah duit raya sebanyak RM40.00. Alhamdulillah.

Alamak, pertama kali dalam sejarah. Mesyuarat agung tidak dapat dijalankan hari ini kerana tidak cukup korum ahli. Jadi, terpaksa ditangguhkan dan dibuat secara online.

11.30 majlis bersurai.