label

Ahad, 5 Jun 2022

(Mi Casa) Pintu besi sekuriti

Antara misi cuti sekolah saya pada kali ini ialah mencari pintu rumah. Petang tadi saya ke kedai pintu untuk mencari pintu rumah. Saya nak tukar pintu rumah saya.

Pintu besi sekuriti. Saya suka sangat pintu ini tetapi...

Kalau nak pakai pintu besi sekuriti, saya kena upah kontraktor untuk pecahkan dinding pintu utama. Sayangnya.... Lagi satu, pintu grill saya nanti akan dibuka sebab dah tak perlu guna lagi.

Bye-bye pintu besi sekuriti. Walaupun awak cantik dan selamat tetapi saya tak boleh membeli awak. Saya sayang nak pecah rumah saya.

Misi seterusnya nak cari pintu kayu je la...

Sabtu, 4 Jun 2022

(Cerita) Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi di Pulai Springs Resort

Hari ini saya menghadiri Mesyuarat Agung Koperasi di Pulai Springs Resort.

Saya merupakan anggota koperasi.

Gambar daripada jurugambar.

Tak ramai datang...

Sambil bermesyuarat, dapatlah saya makan dan masuk ke Pulai Springs Resort ini. Pertama kali ni..

Alhamdulillah, nombor saya naik dalam cabutan bertuah.

Saya datang seorang diri tanpa kawan-kawan.

Hadiah cabutan bertuah ialah duit raya sebanyak RM40.00. Alhamdulillah.

Alamak, pertama kali dalam sejarah. Mesyuarat agung tidak dapat dijalankan hari ini kerana tidak cukup korum ahli. Jadi, terpaksa ditangguhkan dan dibuat secara online.

11.30 majlis bersurai.

Isnin, 30 Mei 2022

(Cerita) Servis kereta

Hari ini balik dari sekolah saya ke pusat servis.

Saya nak servis kereta.

Appointment pukul 2.45 petang, kereta siap servis sekitar pukul 4.45 petang.

Muka kepenatan. Maklum, sekarang ni sedang musim latihan rumah sukan.

Isnin, 23 Mei 2022

(Sekolah) Jamuan Hari Raya Kelas

Hari ini jamuan Hari Raya kelas di sekolah. Saya kongsi gambar-gambar hari ini.

Saya dengan murid-murid kelas saya.

Makanan dan minuman yang dibawa oleh murid.

Pasta karbonara.

Saya bawa pasta karbonara pada hari ini. Maaf, terpedas rasa sos karbonaranya.

Alhamdulillah, selesai jamuan Hari Raya kelas.

Ahad, 22 Mei 2022

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2022

Pada hari Khamis lepas, diadakan larian merentas desa di sekolah. Dah 2 tahun program ini tiada sebab PKP.



Tugas saya sebagai ajk fotografi. Saya tak berlaripun sebab nak simpan tenaga. Lepas rehat kena mengajar seperti biasa :)

(Sekolah) Perhimpunan pertama dan majlis pelantikan pemimpin kecil 2022

Di sekolah hari ini...

Majlis pelantikan pemimpin kecil sesi 2022/2023.

Dan perhimpunan rasmi buat kali pertama pada sesi ini.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar.

(Sekolah) Pertandingan Memasak Onde-onde sempena Hari Guru 2022

Pada Hari Guru minggu lepas, saya telah menyertai pertandingan memasak onde-onde di sekolah.

Kumpulan saya, kumpulan 5.

Hasil onde-onde kumpulan saya.

Alhamdulillah, kami mendapat tempat kedua. Keputusan yang mengejutkan.

Video.


Biar mata merah ini berbicara. Yang tahu je tahu...

Alhamdulillah, selesai Hari Guru pada minggu lepas.