label

Jumaat, 13 Ogos 2021

(Cerita) Hari ketiga selepas divaksin dos 1

Semalam hari ketiga selepas saya divaksin dos 1.


Hari kedua kelmarin, tangan kiri saya memang lenguh dan mata asyik mengantuk. Alhamdulillah, hari ketiga, semuanya kembali normal. Tangan masih ada lenguh sedikit tetapi kadang-kadang tidak terasa sangat.

Saja saya nak abadikan pengalaman divaksin ini di blog saya. Boleh dijadikan kenangan nanti.

Rabu, 11 Ogos 2021

(Cerita) Rasa selepas divaksin dos 1

Saya nak kongsi kesan selepas divaksin dos 1. Ini berdasarkan apa yang saya alami...


Malam tadi, dalam pukul 11.00 malam, saya mengalami rasa lapar dan tangan kiri saya (tangan yang disuntik) mula rasa lenguh. Apabila bangun Subuh tadi, tangan kiri saya rasa lenguhnya lebih kuat. Walau bagaimanapun, cuma lenguh sahaja dan tidak menyebabkan demam.

(Cerita) Vaksin dos 1

Semalam Awal Muharram, hari saya menerima vaksin dos 1. Saya menerima vaksin pada pukul 7.19 petang. Belum masuk waktu Maghrib lagi ye...

Saya semasa menunggu giliran untuk divaksin.

Saya menerima vaksin di Midvalley Southkey.

Selesai vaksin dos 1. 3 minggu lagi, vaksin dos 2 pulak.

Sabtu, 7 Ogos 2021

(Sekolah) Tugasan pertama hampir selesai

Alhamdulillah, tugasan pertama hampir selesai.

Proses penentuan pemenang.

Seterusnya, saya ada lagi satu tugasan pada bulan hadapan...

Selasa, 3 Ogos 2021

(Sekolah) Alhamdulillah, dapat kumpulan yang komited

Malam ini, saya dan kumpulan saya ada tugasan yang perlu diselesaikan.


Alhamdulillah, saya dapat kumpulan yang sangat sporting dan komited walaupun kami berbeza sekolah. Terima kasih kawan-kawan. Terharu...

Isnin, 2 Ogos 2021

(Sekolah) Tugasan baharu

Selesai sesi perbincangan.

Perbincangan tentang pertandingan esei dalam talian peringkat daerah.

Tugasan baharu, pertama kali pegang tugasan ini. Terima kasih rakan-rakan kerana memberikan kerjasama yang baik. Semoga dipermudahkan segala urusan.