label

Isnin, 8 Mac 2021

(Sekolah) Hari ini sekolah bermula bagi sesi 2021

Selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2021.

Ini je gambar yang saya sempat rakam hari ini. Menu makan pagi saya, nasi, ikan keli & sayur lemak kubis.

Bye-bye PDPR :)

(Sekolah) Persiapan sehari sebelum sekolah

Kisah semalam, kami semua dah mula bertugas untuk persiapan pembukaan sekolah sesi 2021 pada hari ini.

Sambutan murid di sekolah hari ini dengan belon-belon ini. Saya sempat bergambar dengan puluhan biji belon semalam.




Ada gang sekepala yang sudi jadi fotografer, saya on je. Hehehe... Kenangan tu...

(Cerita) Kasut beli di Shopee sampai sebelum buka sekolah

Disebabkan kasut saya terkopak pada minggu lepas, saya beli lagi kasut di Shopee pada sale 3/3.

Alhamdulillah, saya terima kasut pada hari kelmarin. Pantas!

Jadi, hari ini saya pakai kasut baharu di sekolah. Mujur sampai sebelum buka sekolah.

Sabtu, 6 Mac 2021

(Sekolah) Jadual Tugas Murid 2021

Jadual tugas kelas saya dah siap!

Saya guna tema ikan tahun ini. Tahun lepas, tema itik.

Saya masih guna jadual lama ini sebab kertas warna saya ada lagi. Bagi saya kalau buat jadual tugas sendiri, ada nilai seninya. 

Proses saya siapkan jadual ini.

Dari sekolah menengah, saya memang suka buat jadual tugas ni :)

Selasa, 2 Mac 2021

(Cerita) Surau Southkey Mid Valley yang selesa

Lihatlah surau di Southkey Mid Valley, besar dan luas. Selesa solat di surau ini. Saya solat Maghrib di sini petang tadi.

Inilah suraunya.

Luas sangat.

Cantik.

Tempat ambil air wuduk.

Petang tadi, saya pergi Southkey Mid Valley untuk lepak dan minum-minum.

Setakat ini, surau di pusat beli-belah yang selesa adalah di AEON Tebrau, Plaza Angsana dan di sini.

(Sekolah) Kisah kasut

Hari ini saya mula bertugas di sekolah. 

Saya pakai kasut yang saya beli pada pertengahan tahun lepas. Tahun lepas kan banyak cuti PKP, jadi saya cadang nak pakai pada hari pertama sesi persekolahan 2021.

Setibanya di sekolah, saya pelik kenapa bunyi tapak kasut ni kuat sangat. Waktu nak buka kasut di sekolah, barulah saya sedar yang tapak kasut saya sebelah dah terkopak. Gamnya dah tak kuat. Mujurlah separuh je terkopak.

Dan... Saya bernasib baik sebab murid-murid sesi pagi belum datang lagi. Jadi, takde la malu sangat :) Pengajaran untuk saya, selepas ini kalau beli kasut, terus pakai. Jangan simpan-simpan. Nanti kasut terkopak.

Isnin, 1 Mac 2021

(Cerita) Dah daftar vaksin Covid-19

Assalamualaikum. Hari ini saya baru daftar vaksin di aplikasi My Sejahtera.

Caranya:

Buka My Sejahtera, pilih Covid-19 Vaccination.

Selepas itu, pilih vaccine for nama kita. Sahkan butiran diri kita.

Dah siap daftar.

Makluman, vaksin fasa 1 untuk petugas barisan hadapan dahulu.

Sebenarnya saya tak takut vaksin tetapi saya takut disuntik. Demi kebaikan, saya akan vaksinkan diri juga.