label

Selasa, 16 Jun 2020

(Cerita) Rambut PKP 90 hari

Selama PKP, hari ini baru saya gunting rambut. 90 hari tak gunting rambut, inilah rupa rambut saya...

Teaser...

Taraa...

Saja nak simpan gambar sendiri di blog ini.

Sebenarnya, rimas bela rambut ni... Sebab PKP, cuba juga la.. Hehehe..

Gambar selepas potong rambut, esok saya share di blog ini. insya-Allah.

Isnin, 15 Jun 2020

(Sekolah) Mesyuarat Pembukaan Semula Sekolah menggunakan Google Meet

Assalamualaikum.

Hari ini saya kembali bermesyuarat tetapi dari rumah. Kami menggunakan Google Meet.

Mesyuarat Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah selepas cuti PKP.

24/6/2020 kami akan bekerja seperti biasa.

Sabtu, 13 Jun 2020

(Kenangan) APC 2014

Pada 13 Jun 2015, saya telah menerima APC bagi tahun 2014.

Saya bersama rakan sekolah menengah saya dahulu.

Pada waktu ini, saya masih lagi memakai braces. Gambar ini keluar di facebook saya, jadi saya masukkan di blog ini sebagai kenangan.

Sabtu, 6 Jun 2020

(Cerita) Beg sandang Coach

Beg sandang Coach yang ini jika tiada diskaun harganya RM2100.00. Gila la...

Selepas diskaun jadi RM893.00.

Percuma ukiran nama pada tag kulitnya.

Sale di Coach sampai esok sahaja.

(Cerita) Dompet Coach

Coach di JPO buat sales hari ini. Setiap barang ada diskaun 50% + 15%. 

Harga dompet ini sebelum diskaun RM1050.

Selepas diskaun RM446.00.

Murah kan?

Selasa, 2 Jun 2020

(Review) Walls Mochi Strawberi Keju

Assalamualaikum.

Hari ini pertama kali saya rasa mochi daripada Walls. Saya rasa Mochi Strawberi Keju.

Saya beli di Econsave, harganya RM10.40. Isinya ada 4 biji mochi sahaja.

Rasa mochi ini sama seperti makan kek strawberi keju sejuk. Yang warna putih tu aiskrim keju. Inti di tengah-tengah tu ialah puri strawberi asli. Sedap.

Kalau nak cuba bolehlah. Saya beri 7/10 bintang :)

Rabu, 27 Mei 2020

(Cerita) Menang Hadiah Harian Peraduan Beli dan Menang Fresh and White

Pada bulan puasa yang lalu, saya telah menyertai Peraduan Beli dan Menang Fresh and White di Econsave.

Caranya sangat mudah. Kelebihan untuk saya, saya sekeluarga memang guna ubat gigi ini.

Dapat whatsapp petang tadi daripada pihak penganjur. Alhamdulillah.

Saya beli 5 kotak ubat gigi berharga hampir RM50.00. Jadi, apabila saya menang RM50.00, saya anggap ubat gigi tu saya dapat percuma.

Alhamdulillah. Terima kasih Fresh and White dan Econsave.