label

Khamis, 20 Februari 2020

(Makan) Ayam Goreng OK!

Tahukah anda? Mak saya boleh pulak teringin nak makan ayam KFC. Saya & adik saya cuba cari di KFC Taman Damansara Alif tetapi masih ramai orang. Kereta sampai tak muat nak parking.

Last2, balik kami singgah di Kampung Melayu untuk beli Ayam Goreng OK!

Gerai ayam goreng ini terkenal di Kampung Melayu sebab ayam gorengnya dijual panas2.

Rupa ayam goreng OK!

Tiba di rumah, kami pun cakap, ayam KFC takde, ayam OK je ada. Kami sekeluarga makan ayam goreng OK sambil ketawa. Ayam OK pun OK la...

(Cerita) Penangan KFC buat offer 20022020

Hari ini KFC ada buat offer. 2 set snack plate hanya RM20. Pukul 5.30 petang tadi, saya pun nak cuba nasib pergi ke KFC terdekat.

KFC Taman Molek. Pertama kali saya tengok orang beratur ssmpai ke luar kedai.

Saya tak jadi beli sebab tak sanggup beratur.

Inilah promosi KFC hari ini. Bagi saya, murah sangat harga waktu offer KFC ni...

Selepas balik dari KFC, saya singgah di pasar malam beli air limau asam boi ni. Segarrr!

Hari ini akan jadi kenangan...

Rabu, 19 Februari 2020

(Sekolah) Cerita teh ais ini...

Nak kongsi cerita saya di sekolah hari ini. Saya cerita macam ni ye supaya lebih feel bila korang baca. Hehehe....

8.50 pagi: waktu free, nak pergi rehat tapi takde selera. Tanda buku je la....

9.50 pagi: dah rehat, selera makan tu masih tak datang. Tak turun rehat la & saya dah sedia untuk lapar selepas naik rehat.

10.10 - 11.10 pagi: kelas BM darjah 5. Perut saya masih belum lapar.

11.10 - 12.10 tengah hari: kelas BM darjah 6. Hausnya tekak sebab 2 jam kelas direct. Lepas ni sambung koko pula...

Selepas bunyi loceng pada pukul 12.10 tengah hari, saya singgah ke bilik guru untuk letak buku. Penat & haus menjadi sebati dalam diri.

Sampai je di meja saya...

Ada orang belanja saya teh ais ini. Nak minum tak sempat sebab nak pergi koko. Sempat letak air ni dalam koleh sahaja supaya meja tidak basah.

1.10 tengah hari: habis koko, dapatlah saya minum teh ais ini dengan tenangnya. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada rakan yang belanja saya air ini. Terharu...

Selasa, 18 Februari 2020

(Kucing) Kembang hilang

Kucing saya Kembang dah 2 hari tak balik rumah. Kucing saya tak pernah tak balik rumah sebab dia sangat manja.

Kenangan bersama Kembang. Kembang kucing yang comel & manja. Namanya Kembang sebab ekornya kembang.

Mungkin Kembang sudah mati dan dia tak mahu keluarga saya sedih. Orang kata, kucing akan menjauhkan diri dengan tuannya bila nak mati sebab tak nak tuannya sedih. Huhuhu...