label

Khamis, 6 Februari 2020

(Sekolah) Acara Sebelum Sukan 2020

Hari ini acara sebelum sukan di sekolah.

Tahun ni, saya bukan ketua rumah sukan. Jadi, ini pengalaman baharu saya sebagai hakim lontar peluru.

Macam lama juga saya dah jadi ketua rumah sukan di sekolah. Tahun ini, ketua rumah sukan semuanya cikgu perempuan. Best juga tak jadi ketua rumah sukan. Hehehe...

Selasa, 4 Februari 2020

(Cerita) Vitamin C Watsons

Saya mula ambil vitamin balik. Dah lama rasanya tak makan vitamin ni...

Saya ambil vitamin C jenama Watsons. 1000mg vitamin C & ada Zinc.

Rasanya sedap. Bancuh dengan air sejuk. Nyamannya....

Fungsi vitamin C untuk menjaga daya tahan tubuh & zinc untuk kuku & rambut yang kuat. Insya-Allah. Ni pun saya rasa macam nak demam dah...

Semoga Allah permudahkan urusan saya.

Isnin, 3 Februari 2020

(Cerita) Dapat novel Dua Masa

Alhamdulillah. Saya dapat novel ini...

Novel Dua Masa.

Daripada penulis novel Awan Azali.

Saya belum sempat baca lagi. Nanti saya akan baca ye...

Sabtu, 1 Februari 2020

(Makan) Cakoi pengantin

Saya berada di majlis perkahwinan sepupu saya. Selain makan nasi beriani, ada ini...

Uniknya ada gerai cakoi. Tetamu boleh layan diri ambil cakoi. 

Sedap cakoinya. Lembut dan secukup rasa. Ada 2 sos disediakan, sos kaya pandan & sos cili. Padu rasanya.

Alhamdulillah.

Jumaat, 31 Januari 2020

(Cerita) Majlis pernikahan sepupu

Menghadiri majlis pernikahan sepupu malam ini.

Masjid Seri Alam.

Selamat bernikah.

(Cerita) Bayar insurans kereta sendiri

Selesai bayar insurans kereta untuk tahun 2020. Bayar awal elak lupa.

Saya bayar sendiri di Kurnia Insurans BBU. Dapat diskaun 10% sebab pemilik kereta bayar sendiri.

Seterusnya, kena bayar road tax pula.

Khamis, 30 Januari 2020

(Sekolah) Solat Hajat Mohon Elak Coronavirus

Pagi tadi...

Solat Hajat Mohon Elak Coronavirus.

Semoga kita terhindar daripada virus & penyakit berjangkit.