label

Sabtu, 7 Disember 2019

(Mi Casa) Misteri - Part 3

Jam sudah menunjukkan pukul 3.30 pagi & mata saya pun semakin layu. Akhirnya, saya dapat lelapkan mata sambil bacaan ayat Quran dipasang.

Apabila saya tersedar, jam menunjukkan pukul 4.20 pagi. Tak sampai sejam pun saya tidur. Kali ini saya memang dah tak boleh tidur sebab fikir macam2. Saya pun tunggulah sampai azan Subuh berkumandang. Kiranya pada hari itu, saya tidur tak sampai sejam.

Apakah yg saya fikirkan sampai tak boleh nak tidur?

Bersambung...

(Cerita) Blog saya berwajah baharu

Assalammualaikum. Bismillahirrahmanirrahim. Inilah wajah baharu blog saya hari ini.

Saya mengambil warna tema hijau daun untuk wajah baharu kali ini.

Perbezaan blog saya semalam dan hari ini.

Rasanya dah tiba masa tukar wajah blog saya sebab dah 2 tahun tak tukar. Nampak lebih segar kan? Bye!

Jumaat, 6 Disember 2019

(Mi Casa) Misteri - Part 2

Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam, saya rasa tak mengantuk lagi.


Saya tak dapat nikmat tidur pada malam tu. Sampai pukul 3 pagi saya tak boleh lelapkan mata. Saya rasakan sesuatu yang aneh. Saya asyik fikir yang bukan2. Saya tak pernah rasa sebegitu sebelum ini walaupun tidur seorang diri di mi casa.

Saya buka radio bacaan ayat Quran (radio guna memori kad). Jam menunjukkan sudah pukul 3.30 pagi. Apakah yang terjadi?

Bersambung...

Khamis, 5 Disember 2019

(Mi Casa) Misteri - part 1

Assalamualaikum. 
Semalam saya bercadang nak stay di rumah saya selama 2 hari. Jumaat baru balik ke rumah mak. Tetapi hari ini saya ubah fikiran. Saya terus balik ke rumah mak petang tadi. Ni yang saya nak kongsi cerita dengan korang ni...
Saya datang ke mi casa saya seorang diri. Habis drama ni, jam menunjukkan pukul 11.30 malam.

Apabila jam menunjukkan pukul 12 malam...

Bersambung...

Isnin, 2 Disember 2019

(Aktiviti) Konsert Pujaan 10 Nasional FM

 Semalam, selain Iskarnival, ada juga Konsert Pujaan 10 Nasional FM di Iskandar Puteri. Saya berkesempatan menonton konsert tersebut.

Saya di Konsert Pujaan 10 Nasional FM.

Saya dapat melihat cara siaran langsung konsert itu dilakukan.

Syafiq Farhain

Wany Hasrita

Harry Khalifah

DJ Sonic & Shiha Zikir

Fieya Julia

Siti Nordiana


Terbaik pengurusan RTM.

Saya terhibur.

Selesai konsert, ada pertunjukan bunga api.

Video2 semalam.


Part 1


Part 2


Part 3

Bye!

(Aktiviti) Iskarnival Eko 2019

Malam semalam saya ke Iskandar Puteri untuk menyaksikan Iskarnival Eko 2019. Karnival yang biasanya diadakan setahun sekali pada hujung tahun.

Iskarnival Eko pada tahun ini dinamakan kerana karnival ini bertemakan kitar semula barang2 yg boleh dikitar semula. Tengok pintu gerbang di belakang saya, penuh dengan basikal.

Waktu ni cuaca masih hujan.



Saya suka lihat air pancut berirama di sini.

Air pancut berirama.


Video.


Saya suka melihat keunikan karnival ini. Tahun depan, kalian pun boleh pergi juga ke sini.

Selasa, 26 November 2019

(Cerita) Daftar Digi Prepaid Live

Saya daftar lagi nombor prepaid terbaharu atau nombor telefon kedua saya.

Saya guna Digi Prepaid Live.

Saya rasa, saya perlu nombor kedua ni sebab nombor unifi yg saya guna sekarang terhad. Ada nombor tertentu yang tidak boleh menggunakan nombor unifi, kena guna nombor biasa juga.