label

Rabu, 11 September 2019

(Sekolah) Hari terakhir UPSR 2019

 Hari ini hari terakhir UPSR 2019. Tak sah, kalau saya & kawan2 tak bergambar. Inilah hasil gambar kami pada hari ini.












Keletihan bergambar hari ini. Selain guru2, saya juga membantu merakam gambar kelas murid Tahun 6 hari ini.

Setiap gambar adalah kenangan. Selesai UPSR 2019.

Isnin, 9 September 2019

(Cerita) Cara buka sekatan nombor TAC Cimb Clicks

Semalam nombor TAC Cimb Clicks saya kena sekat sebab salah masuk nombor sebanyak 3 kali. Talian internet saya semalam ada masalah, jadi saya tekan berkali-kali nombor TAC. Selepas itu, ada banyak mesej nombor TAC masuk tetapi saya tak tahu yg mana satu. Jadi saya masukkan semua sehinggalah kena block.

Guna nombor telefon CIMB yg ni...

Saya nak share, cara nak selesaikan masalah jika nombor TAC kita kena sekat pada Cimb Clicks. Caranya mudah, call sahaja nombor di atas. Nanti ada beberapa soalan keselamatan. Selepas itu, pihak Cimb akan buka sekatan itu. Mudah je caranya.

Hari ini ada sale Lazada & Shopee. Jadi, ada barang murah yg saya nak beli. Alhamdulillah, dah boleh guna Cimb Clicks saya lagi.

Jumaat, 6 September 2019

(Aktiviti) Unicorn Run 2019 di Iskandar Puteri

 Selamat pagi. Ini cerita Ahad lepas, saya menyertai Unicorn Run 2019 di Iskandar Puteri.

Muka macam saya sedang berlari tetapi tidak.

Ini kisahnya...

Saya sampai lambat di tempat larian. Lihat selautan manusia yg join larian ni. Mungkin sebab bayarannya murah, RM28 atau jatuh pada cuti umum Awal Muharram.


8000 orang yg join larian ni.

Tempat parkir dgn tempat larian jauh tau. Kira2 20 minit jalan kaki.

Mula bergerak.

Berikut gambar2 ketika di trek larian...








Gambar ini diambil menggunakan Go Pro Hero 7 Black.


Saya jalan kaki sebab tak boleh nak lari. Ramai sangat orang.

Lihat video ni...




Selepas tiba di garisan penamat...


Dapat medal Unicorn.

Sekali lagi bergambar dgn medal.

Minum jap...

Air mineral ditaja oleh Moma.


Bergambar dgn rakan2...

Nampak dalam gambar saya senyum tetapi dalam hati tidak. Ada peristiwa pahit yg saya lalui hari itu. Biarlah saya & Allah yg tahu. Sebab itu, saya tak bersemangat nak update awal tentang larian ni.

Selepas larian...




Singgah di Sunway Mall.

Okelah, setakat ini dahulu.

Khamis, 5 September 2019

(Sekolah) Hari Kedua UPSR 2019

 Hari ini hari kedua UPSR 2019. Bermacam2 kerenah murid ada hari ini. Apa2 pun, saya nak kongsi gambar hari ini. Tema warna hari ini, biru & hijau.















Semua gambar ini akan jadi kenangan. Bye!

Rabu, 4 September 2019

(Sekolah) Hari pertama UPSR 2019

Hari ini bermulalah UPSR 2019 bagi subjek Bahasa Melayu. Berikut corat-coret saya pada hari ini...

Bersedia untuk bertugas pada hari ini...

Menjadi pengacara pada pagi tadi.

Berkongsi sedikit maklumat sebelum murid2 menjawab soalan.

Selepas murid2 masuk ke bilik peperiksaan, ada program solat hajat & bacaan yasin untuk guru & ibu bapa.

Part yang paling saya suka...

Bergambar!

Guru besar pun join jugak.

Selesai dah UPSR BM. Harap2 semua murid dapat menjawab soalan dgn baik.

Isnin, 2 September 2019

(Sekolah) Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2019

Pagi tadi diadakan Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2019 sempena UPSR yang akan bermula pada Rabu ini.

Tema perhimpunan di PPD sekolah saya, kemeja putih & bertali leher merah.

Majlis Restu Ilmu ni, murid2 bersalam & memohon maaf kepada semua guru sebelum UPSR. Beginilah suasananya.

Sekejap je dah nak UPSR.