label

Jumaat, 26 Julai 2019

(Cerita) Telefon pintar Redmi Note 7 sesuai untuk cikgu

Inilah telefon pintar baharu saya pengganti Huawei P9.

Saya memilih telefon pintar Redmi Note 7.

Antara sebab saya memilih Redmi Note 7:

1. Harganya bawah RM800 tetapi ciri2nya memuaskan.
2. Bateri 4000mAh sesuai untuk orang yg aktif online. Bateri lambat habis.
3. Lancar sebab saya pilih RAM 4gb / 128gb memori.
4. Kamera pun oke. 
5. Sesuai untuk cikgu yg selalu menggunakan kamera, emel, whatsapp atau telegram & pelbagai lagi aplikasi dalam urusan kerja.

Saya beli telefon pintar ini di Lazada sebab lebih murah, ada baucar waktu saya beli pada 7/7/19. Saya dah guna hari ini, Alhamdulillah okey!

Khamis, 25 Julai 2019

(Cerita) Ada lori Milo di pejabat pos

Hari ini balik sekolah, saya singgah ke pejabat pos untuk pos surat kepada KPM.

Tak sangka, ada lori Milo di depan pejabat pos. Dapat minum Milo free...

Saya sempat beli 2 bungkus Milo ni dengan harga murah. Dapat free buku catatan lagi 

Alhamdulillah.

Rabu, 24 Julai 2019

(Cerita) Gambar daripada fotografer Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019

Berikut gambar2 daripada fotografer Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019.




Saya kelihatan berisi dalam gambar ini. Hehehe...

Ahad, 21 Julai 2019

(Cerita) Kalau nak beli produk Tesco, tengok ini dulu...

Kawan saya bekerja di Tesco. Katanya, kalau nak beli produk Tesco, tengok ini dulu...

Tengok Jenama Tesco dulu. Jenama Tesco ada 2, satu Tesco sahaja. Satu lagi Tesco Everyday Value. Biasanya jenama Tesco sahaja produknya berkualiti seperti jenama popular di pasaran. Kalau jenama Tesco Everyday Value, kualitinya rendah sama seperti harganya yg rendah.

Bagi saya jenama Tesco pun takde la mahal sangat tetapi berkualiti. Berikut saya senaraikan produk Tesco yang saya dah pernah cuba & berkualiti:

1. Naget tempura
2. Bebola ikan stick
3. Pau kukus
4. Minuman malt

Cubalah! Selamat berjimat.

(Video) Video penuh Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019

Video Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019 saya dah ada di youtube. Nak tengok di sini pun boleh...

Larian semalam

Ini videonya...

Video saya di kaunter air..


Video tersebut saya rakam menggunakan Go Pro Hero 7 Black. Bye!

Sabtu, 20 Julai 2019

(Aktiviti) Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019

Setelah lama tidak berlari, hari ini saya kembali berlari dalam acara Kulim Kota Tinggi Trail Run 2019.

Saya bergambar di Kulim Eco-Trail Kota Tinggi. Pertama kali saya sampai di sini.

Bib larian ini ada nama sekali..

Saya kongsikan gambar2 & video teaser larian pagi tadi...















Gambar2 ini diambil menggunakan GoPro Hero 7 Black.

Video teaser larian di bawah ini...


Video Kulim Eco-Trail Kota Tinggi di bawah ini...


Selesai lari 7km di ladang kelapa sawit. Bagusnya larian di ladang kelapa sawit ni, tak panas. Okelah, bye!

Jumaat, 19 Julai 2019

(Cerita) Kisah di KFC Tesco Plentong hari ini

Saya nak share kisah di KFC Tesco Plentong hari ini.

Saya singgah di KFC nak makan set yg ada 1 ketul ayam sebab balik rumah nanti, saya nak makan nasi lagi. Saya datang berdua dgn adik saya. Saya pun cari la set yg ada 1 ketul ayam pada poster atas kaunter cashier.

Tiba2, cashier tu mencadangkan saya beli 1 set dinner plate yg ada 3 ketul ayam & dia cadangkan sy kongsi set tu dgn kawan saya (dia tak tahu tu adik saya). Saya cakap balik, kalau beli dinner plate, nanti air dapat 1. Cashier tu cakap balik, takpe, nanti saya beri extra gelas & pinggan untuk kongsi berdua. Saya pun bersetuju ikut cadangannya.

Tak  habis lagi, cashier tu bagi saya 3 ketul ayam yg bahagian besar. Rasa macam dia bersimpati dengan saya, sebab mungkin pakaian saya. Tapi takpe yg penting dia baik. Apa yg saya nak cerita di sini, cashier KFC tadi memang baik.

Saya pakai baju Langkawi je...

Gelas kecil yg dia beri untuk saya kongsi air ini berdua.

Ayam KFC.

Semoga murah rezeki cashier tersebut.