label

Khamis, 18 Julai 2019

(Sekolah) Fire Drill 2019

Hari ini ada latihan kebakaran (fire drill) di sekolah saya. Pihak bomba diundang untuk menunjukkan demonstrasi cara memadamkan kebakaran dgn betul. Saya kongsi gambar2 fire drill pagi tadi.










Terima kasih kepada pihak bomba & guru2 yg terlibat.

Rabu, 17 Julai 2019

(Cerita) Beli GoPro Hero 7 Black di Lazada

Bismillah...

GoPro7 Hero Black saya dah sampai.

GoPro 7 Hero Black. Pada 12/7/19 ada jualan murah di Lazada. Jadi, dapatlah saya beli barang kehendak saya ini. Sebelum ni, ada la menabung sikit2.

Saya beli di Lazada. Selain murah, dapat banyak free gift juga.

Alhamdulillah.

(Cerita) Servis major kereta

Balik sekolah hari ini, saya terus ke pusat servis kereta. Saya dah buat janji temu servis kereta hari ini.

Hari ini kena buat servis major, kena tunggu dalam 1 jam.

Sedap pulak biskut Perodua ni. Biskut rasa buah apa entah... Sedap!

Minum petang di Perodua.

Alhamdulillah, sebelum pukul 4.00 dah siap. Sempat balik rumah tengok drama Turki TV3. Hehehe..

Selasa, 16 Julai 2019

(Cerita) Tak nak order Milo Ais gelas besar lagi...

Petang tadi, saya keluar makan di luar. Selalu saya nampak adik saya minum ni...

Milo Ais Gelas Besar. Saya pun hari ini cuba minum air Milo gelas besar ni...

Saya order chicken chop sekali.

Selepas habis makan & minum, saya rasa cukup sekali saya order air gelas besar ni. Saya tak mampu nak habiskan. Bukan tak sedap, tetapi perut saya tak mampu nak tampung air sebanyak itu.

Selepas ini, sehaus macam manapun, saya akan order air gelas biasa je. Serius, rasa buncit perut seketika minum air gelas besar. Huhuhu...

Isnin, 15 Julai 2019

(Teaser) Pengganti Huawei P9 saya...

Sebenarnya, saya dah beli pengganti telefon Huawei P9 saya cuma belum tukar telefon je... Rasa sayang pulak nak berpisah dgn Huawei P9.

Teaser... Sedikit rupa telefon pintar baharu saya.

Saya rahsiakan dulu jenama & model telefon pintar baharu saya. Pembayang, harganya bawah RM900.

Nak tahu jenama apa? Tunggu saya tukar telefon pintar secara rasmi ye... Nanti saya update di blog.

(Cerita) Huawei P9 saya semakin membimbangkan

Telefon pintar saya semakin lama semakin tidak tahan baterinya. Sekejap je boleh habis baterinya. Kadang2, tiba2 habis bateri di saat saya memerlukannya.

Huawei P9 saya. Saya sayang telefon pintar ni...

Sebelum ini saya pernah update tentang telefon saya. Mungkin sebab motherboard nya dah rosak, tu yang jadi macam sekarang 

Kena terima hakikat, peralatan elektronik, sampai masa akan rosak juga.

Sabtu, 13 Julai 2019

(Cerita) Buku Hijau Saya

Waktu saya belajar di UKM, saya ada buku catatan tentang assignment, program, apa yg perlu dibuat & catatan perkara2 penting. 

Selepas tamat belajar di UKM, saya tak guna lagi buku catatan. Mulai hari ini, saya nak buat balik buku catatan saya supaya saya dapat susun jadual saya dgn lebih sistematik. 

Buku Hijau Saya. Saya beli buku ni di kedai Eco.

Boleh je nak guna smartphone untuk buat catatan tetapi saya lebih suka buku.