label

Rabu, 12 Jun 2019

(Sekolah) PLC Sivik dalam BM di sekolah

Hari ini saya buat in house Sivik dalam BM dengan kawan2 saya..

Letak sini gambar ni utk kenangan.

Alhamdulillah. Selesai buat PLC ni...

(Cerita) Demam-demam, pergi ke pasar malam

Dekat sekolah pagi tadi okey, balik kerja demam saya datang balik. Demam saya belum sembuh sepenuhnya tetapi hari ini saya dah berselera makan nasi. Alhamdulillah.

Petang tadi, saya ke pasar malam nak beli ayam gunting. Nak makan seribu daya, saya pakai baju sejuk ni ke pasar malam. Baju sejuk ni dah 11 tahun saya beli waktu pergi ke Genting Highlands dulu2. Saya sayang baju ni.

Sampai rumah, saya makan bubur nasi dgn ayam gunting. Sedapnya...

Balik kerja tadi, saya masak bubur nasi sebab teringin. Bila ingat ada pasar malam hari ini, saya pun bercadang nak makan bubur nasi dgn ayam gunting.

Begitulah ceritanya. Bye!

Selasa, 11 Jun 2019

(Makan) Bihun sup Noxxa siap...

Akhirnya, bihun sup saya siap. Saya masak sup ayam guna Noxxa tekan hp 3 minit.

Walaupun tak sempurna bahannya, kira okelah untuk makan sendiri.

Alhamdulillah. Semoga diri ini cepat sembuh.

(Cerita) Dugaan membuat bihun sup

Hari ini saya demam tetapi saya tetap pergi ke sekolah. Di sekolah saya tak makan sebab takde selera makan nasi. Rasa nak makan bihun sup tetapi kantin tak jual pulak.

Balik sekolah, saya singgah di Econsave nak beli ubat batuk, panadol, Strepsils & bahan2 nak buat sup ayam. Hari ini nak buat sup ayam tidak mudah bagi saya... Ini ceritanya.

Semua bahan ada, tetapi daun sup pulak habis.

Ramai pulak yg beli ayam. Kena beratur lama. Dah la pening kepala...

Sebelum balik, saya makan Strepsils dulu. Selalu kalau demam, saya makan gula2 ni untuk kelegaan tekak.

Okelah, saya nak masak dulu guna periuk Noxxa. Nanti sambung lagi.

Isnin, 10 Jun 2019

(Cerita) Dapat hadiah satu set baju Melayu

Alhamdulillah, di sekolah hari ini saya terima hadiah hari raya. First time dapat hadiah harI raya ni...

Satu set baju Melayu.

Berserta samping sekali..

Terima kasih kpd si pemberi (Rahsia). Selamat Hari Raya.

Ahad, 9 Jun 2019

(Cerita) Poslaju barang Lazada yang tersilap beli

Selamat pagi. Aktiviti saya pagi ini ialah pergi ke Poslaju Larkin untuk pulang balik barang yang saya tersilap beli di Lazada.

Mudah je nak pulang balik barang di Lazada ni, cuma serah balik barang & 2 salinan notis pemulangan barang di laman web Lazada.

Selepas ini, tinggal tunggu pemulangan duit saya balik. Semoga semuanya berjalan lancar.

Khamis, 6 Jun 2019

(Aktiviti) Menghadiri Rumah Terbuka Sultan Johor 2019

Pagi tadi, saya menghadiri Rumah Terbuka Sultan Johor di perkarangan Istana Pasir Pelangi.

Datang awal, orang tak ramai lagi...

Saya ambil nasi beriani, ayam KFC, air batu campur & air oren.

Jemput makan.

Saya datang bersama adik beradik saya.

Selesai makan.

Nak balik, kereta kena block pulak. Selamat tak lama.

Video pagi tadi...



Saya minum air mineral dari Spain. Setiap pengunjung akan dapat air ini.

Alhamdulillah, kenyang. Terima kasih Sultan Johor. Daulat Tuanku.