label

Sabtu, 29 Disember 2018

(Video) Bucida Garden Steamboat

Ini video saya di Bucida Garden Steamboat semalam...


Berbaloi!

(Makan) Bucida Garden Steamboat

Malam semalam saya makan steamboat di sini...

Bucida Garden Steamboat, Seri Alam.

Kita makan dulu. Harga RM24 per kepala dewasa.

Daging lembu dgn kambing dia sedap!

Keju mozarela ada tau! Ambillah nak banyak mana pun...

Antara pencicah, sambal kacang, kicap cili & sambal lada merah.

Favourite saya, makan aiskrim letak buah kabung.

Saya makan dengan keluarga saya.

Sesekali berkumpul makan di luar.

Okelah, bye!

(Review) Pau mini Tesco

Selamat pagi. Saya nak cuba ni...

Pau mini Tesco. First time cuba ni.

Kita letak di pengukus.

Kukuskan.

Siap!

Betul2 lembut & sedap. Paling sedap perisa kacang merah yg warna merah tu. Putih dgn hijau tu inti kaya.

Serius, lembut & sedap. Patutlah saya pernah tengok, ada orang beli banyak pau ni di hari raya. Mungkin dia jamu tetamu dgn pau ni.

Boleh beli lagi nanti. Saya beli semalam waktu offer harganya RM5.99 (18 biji) semestinya di Tesco.

Jumaat, 28 Disember 2018

(Info) Hantar murid dengan kereta jenis sedan, bukan jenis MPV

Semalam ada LDP tentang undang-undang di sekolah.

Pegawai PPD yg beri taklimat.

Dalam banyak2 point yg disampaikan, saya tertarik dgn 1 info yg baru saya tahu semalam.

Jika guru menghantar murid ke pertandingan tertentu dgn menggunakan kereta sendiri, mengikut SOP mestilah:

1. Mendapat persetujuan ketua jabatan.
2. Kereta cikgu mestilah mempunyai bonet belakang (jenis sedan), bukan MPV macam kereta Alza.
3. Kereta cikgu mestilah mempunyai dokumen yg lengkap.

Jadi, guru2 yg menggunakan MPV tak boleh hantar murid dengan kenderaan mereka. Mungkin bahaya jika berlaku apa2.

Khamis, 27 Disember 2018

(Sekolah) KP BM

Saya masih belum move on lagi dengan tugas lama saya. Hari ini saya sebagai KP BM baharu bantu sampaikan hadiah kpd mantan GPK Koko sekolah saya yg bertugas di sekolah baharu.


Masih kekok lagi dengan tugas baharu ini.

(Sekolah) Kembali semula ke bilik guru

Alhamdulillah, tahun 2019 saya ditempatkan di bilik guru semula sebab saya bukan guru data lagi.

Tempat saya di bilik guru.

Seronok dapat duduk di bilik guru balik.

4.30 petang saya balik hari ini sebab tolong kemas bilik guru.

Rabu, 26 Disember 2018

(Sekolah) Tugas 2019

Hari ini saya mula bermesyuarat di sekolah untuk sesi 2019.

Berikut tugas saya tahun depan..

1. Setiausaha Buku Pengurusan (baharu)
2. Ketua Panitia BM (baharu)
3. AJK Pembangunan Keselamatan Sekolah (baharu)
4. Ketua Rumah Sukan Merah
5. AJK Kelab Badminton
6. AJK Persatuan BM
7. AJK Pengakap

Saya dah tak jadi guru data lagi.

Saya kurang sihat & selesema hari ini. Inipun waktu balik baru ambil gambar. Tak terfikir nak ambil gambar waktu mesyuarat.

Semoga dipermudahkan urusan.