label

Sabtu, 13 Januari 2018

(Makan) Sarapan susu HL campur oat

Assalamualaikum. Selamat pagi.

Saya minum air susu HL campur oat BG22 sebelum pergi ke sekolah sekejap lagi.

Ada kokurikulum hari ini.

Jumaat, 12 Januari 2018

(Cerita) Tiada beg plastik di Tesco kecuali untuk barang basah

"Mulai 1 Januari 2018, tiada beg plastik lagi akan diberikan kecuali untuk barang basah. Plastik pun tidak dijual lagi...", jelas cashier Tesco.

Begitulah nampaknya jika berbelanja di Tesco... Kita kena bawa beg plastik sendiri atau beg kitar semula sendiri.

Ingat, tiada beg plastik Tesco!

Pengalaman saya setakat ini, pergi Econsave & Hero dapat lagi plastik (kecuali Sabtu). Tesco je takde.

(Cerita) Penting tengok monitor cashier jika berbelanja di Hero Market

Petang tadi, saya berbelanja di Hero Market. Saya nak kongsi cerita saya tentang sistem cashier di Hero Market. 

Hero Market

Waktu nak bayar, saya perasan di monitor cashier, ada beberapa harga barang yg saya beli tak sama dengan harga barang yg dipromosikan di katalog, rak & facebook. Apa lagi, saya terus tanya kenapa harga tak sama? Mujur, manager datang periksa balik & betulkan harga.

Semua kesilapan harga dibetulkan segera oleh manager tersebut. Alhamdulillah, semuanya berjalan dgn tenang. Cuma terfikir, kalau ada pembeli yg jenis tak kisah & main bayar je... Kan dah rugi? Semoga pasar raya tersebut dapat meningkatkan lagi sistem supaya tidak berlaku isu yg lain pula.

Khamis, 11 Januari 2018

(Sekolah) Sejuk hati baca komen murid ni...

Buka emel, ada murid Cina tahun 4 kelas yg saya ajar komen di Google Plus saya. Sejuk hati baca komen dia..

Dalam kelas, murid ni pendiam. Tak sangka juga dia komen di google plus saya.

Selamat maju jaya kepada murid tersebut! Zaman dah berubah, murid mudah untuk berkomunikasi dgn guru melalui teknologi & internet.

(Sekolah) Mari berzikir

Live update!

Program awal pagi hari Khamis di sekolah.

Pagi ini murid2 berzikir.

Rabu, 10 Januari 2018

(Sekolah) Latihan sukan hari kedua

Latihan sukan hari kedua pagi tadi...

Rumah merah berlatih berlari pagi tadi.

Berikut gambar2 pagi tadi..


Minggu depan sambung lagi.

(Sekolah) Kantin jual pulut durian

Kantin saya ada jual pulut durian hari ini.

Balik kerja, singgah kantin bungkus pulut durian ni.

Hari pulak hujan, dapat makan pulut durian, selangit nikmatnya. Alhamdulillah.