label

Selasa, 9 Januari 2018

(Sekolah) Latihan sukan 2018 bermula

Hari ini latihan sukan bagi sesi 2018 bermula.

Nampak cuaca cerah kan?

Tetapi sebenarnya padang berlecak. Semalam hujan. Terpaksa buka kasut tadi.

Jom tengok aksi lompat jauh rumah Merah pagi tadi. Disebabkan tempat lompat jauh basah, saya minta murid berlatih melompat di atas rumput sahaja.

Saya guna galah & daun kelapa untuk buat garisan.


Murid sekadar berlatih melompat sahaja. Bukan lompat jauh betul2 pun. 

Isnin, 8 Januari 2018

(Sekolah) Di kantin ada jual bubur kacang durian

Dah 2 hari, saya takde selera nak makan nasi. Saya kurang sihat. 

Hari ini pihak kantin ada jual bubur kacang durian, terus bangkit selera makan saya.

Bubur kacang durian panas2. Sesuai makan ketika badan kurang sihat ni...

Alhamdulillah.

Sabtu, 6 Januari 2018

(Info) 7 pekeliling bermula 1 Januari 2018

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan tujuh Pekeliling Perkhidmatan dan satu Surat Pekeliling Perkhidmatan yang baharu berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018 untuk makluman dan rujukan. Pekeliling-pekeliling yang berkaitan ialah seperti berikut :
 
i.              Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Umrah
-       Maksimum 7 hari Cuti Tanpa Rekod sekali sepanjang tempoh perkhidmatan
 
ii.            Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2017
Penambahbaikan Waktu Bekerja Berperingkat (WBB) di Agensi Kerajaan Persekutuan
-       WP4 : 9.00 pagi hingga 6.00 petang, pulang 30 minit lebih awal pada bulan Ramadan
 
iii.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2017
Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam
-       Kelayakan Cuti Bersalin Bergaji Penuh ditambah daripada 300 hari kepada 360 hari
 
iv.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2017
Bayaran Khas Tahun 2017
-       Bayaran RM1000.00 pada 8 Januari 2018
 
v.            Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2017
Bayaran Khas Aidilfitri Tahun 2018
-       Bayaran RM500.00 pada 7 Jun 2018
 
vi.           Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10 Tahun 2017
Kenaikan Pangkat Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan Bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana
-       Pegawai yang berada 13 tahun atau lebih di lapisan pertama gred kenaikan pangkat boleh dinaikkan pangkat secara KUP ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan TBBK
 
vii.          Pekeliling Perkhidmatan Bil. 11 Tahun 2017
Pelaksanaan Kebenaran Pulang Awal Satu Jam Kepada Pegawai Wanita Mengandung
-       Pegawai wanita mengandung 5 bulan dan ke atas & pasangan (penjawat awam), tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing
 
viii.        Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2017
Kebenaran Gantian Cuti Rehat (GCR) Melebihi 150 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan
-       Hanya GCR yang melebihi 150 hari boleh digunakan sebagai cuti rehat dan boleh digunakan secara sekaligus ataupun berperingkat dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh bersara tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan

-Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

(Cerita) Bawa bekalan chia seed ke sekolah

Selesai isi chia seed ke dalam bekas.

Bekalan chia seed saya di sekolah.

Nak tahu khasiat chia seed, boleh google.

(Sekolah) Whiteboard Marker Pilot

Awal tahun ni, mesti ramai cikgu yg beli alat tulis baharu kan? Begitulah suasananya. Tahun ni, saya cuma beli whiteboard marker baharu sahaja.

Saya nak cuba whiteboard marker jenama Pilot pulak. Beli sekali, lepas tu dakwatnya boleh ganti dengan botol dakwat yang baharu di belakangnya. Macam lebih mudah.

Harga whiteboard marker ni di Mydin.

Refill dakwat ni pun ada jual di Mydin.

Sebelum ni saya guna whiteboard marker Artline. Tahun ni nak guna jenama Pilot pulak.

(Sekolah) Kit gunting saya

Tahun ini, saya cuba sediakan gam & gunting untuk murid dalam kelas Bahasa Melayu saya. Biasanya dalam Penulisan A & B, murid kena gunting gambar & tampal dalam buku.

Ini dia kit gunting saya.

Ada beberapa bilah gunting & gam untuk memudahkan kerja murid gunting & gam.

Saya beli gunting ni sedozen & gam di Mydin. Bekas plastik ni saya beli di kedai Eco RM2.

Semoga bermanfaat untuk murid2. 

(Mi Casa) Jiran saya baik

Jiran saya yg tolong tebas pokok nangka & pokok pisang depan rumah saya.

Dah kemas.

Saya dah buat keputusan, saya akan tebang pokok-pokok ini nanti. Risau ada ular.