label

Sabtu, 9 Disember 2017

(Makan) Pasir Putih Seafood Restaurant

Malam semalam, saya sekeluarga makan malam di sini...

Pasir Putih Seafood Restaurant

Pasir Putih ni di Pasir Gudang. Ini jalan nak masuk ke restorannya.

Depan restoran ada buai ni..

Inilah panorama suasana tempat makan di sini... Konsepnya, restoran atas air.

Tempat makannya selesa.

Oke, ini antara menu yg kami makan di sini semalam.

Sotong goreng tepung.

Kailan ikan masin.

Siakap 3 rasa.

Tomyam campur.

Ketam masak butter telur masin.

Siakap bakar sambal, nasi putih & air tembikai. Alhamdulillah, semua makanan ini sedap & berbaloi dgn harganya.

Cantik pemandangan di luar restoran ni. Yang berlampu di seberang sana ialah Singapura.

Bergambar kenangan 1 keluarga.

Terima kasih kpd adik saya yg belanja semalam.

Alhamdulillah.

Jumaat, 8 Disember 2017

(Cerita) Komen murid lain tentang Teacher Amy

Baca komen2 di facebook tentang Teacher Amy Mistika yg tular ni, terjumpa komen drpd murid yg dia ajar. So inspiring!

Teacher Amy Mistika bersama antara murid kesayangannya yg tular.

My teacherrr💙 cikgu ni cg praktikal tapi dia kesahkan lebih anak murid dia tak macam cg lain sorry to say. Macam cg ni dia selalu ajar kitaorang. Almost everyday mintak dia ajar and kadang kat kfc,food court,burger king, kelas kosong and kat masjid sekolah dia buat ikhlas tak mintak reward pon. Kalau kita tak faham satu soalan math dia akan ajar satu chapter Yang soalan yang kita tak faham tu terus. She's the best among the best💙 TY teacher Amy💕

Sumber: fb usui misaki

Teringat balik, dulu cikgu Matematik Tingkatan 5 saya pun baik sanggup balik lewat sebab nak ajar tuisyen kampung percuma untuk kami. Semua cikgu baik, cuma saya cerita tentang cikgu Matematik saya je.

(Info) Soalan interview semasa hantar borang nikah

Soalan yang ditanya semasa interview untuk hantar borang nikah :

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.

2. Baca Surah Al-Fatihah.

3. Baca doa Qunut.
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? 

5. Sebutkan rukun nikah?

6. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?

7. Tanggungjawab suami/Isteri.

1. Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua; hadas besar dan hadas kecil.

3. Sebelum lakukan ibadah wajib :
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis,
- Najis Muhaffafah 
- Najis Mutawassitah 
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.

7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul

Sila SHARE, tag pasangan korang.

Penting untuk rujukan korang nak kawin akan datang.

Semoga membantu korang yang nak temuduga nak kawin nanti.

Moga Allah permudahkan urusan kalian 💜

Sumber: facebook

Khamis, 7 Disember 2017

(Info) Kenapa komen UP di facebook?

Saya baru tahu jika ada ramai orang komen UP di facebook.


UP tu untuk pastikan posting tu sentiasa berlegar di news feeds. Dengan adanya komen UP, posting akan up sentiasa.

Oh, begitu...

(Cerita) Rezeki dapat beli murah Biogrow Oat BG22 di Shopee

Alhamdulillah, sempat beli Biogrow Oat BG22 di Shocking Sale Shopee. Shocking Sale ni biasanya terhad bergantung had masa & stok. Saya orang terakhir dapat beli produk offer ni.

Biogrow Oat BG22. Biasanya, tak dapat harga macam ni. Kebetulan, oat saya pun dah nak habis. Rezeki kan?

Lepas saya beli tadi, terus habis stok.

Saya minum oat ini untuk turunkan kolesterol dalam badan. Kawan saya yg kerja di farmasi kata, produk ini berkesan (insyaAllah).

Rabu, 6 Disember 2017

(Cerita) Metrojaya Carnival di Ecoworld Business Centre

Hai, hari ini saya pergi ke Metrojaya Carnival di Ecoworld Business Centre, Kota Masai. First time datang ke sini, lalu depannya pernahlah.

Dah sampai.

Ecoworld Business Centre. Cantik persekitarannya.

Dari parking, saya dibawa dengan menggunakan pengangkutan khas ini secara percuma.

Syok wo...

Dah sampai di pintu masuknya.

Antara yg murah di sini ialah peralatan tandas seperti ini.

Pengalaman berbeza datang ke sini.

Esok last Metrojaya Carnival di sini. Jadi, apa tunggu lagi?

Selasa, 5 Disember 2017

(Info) Mulai 2018, PPSR ganti UPSR

APA ITU PELAPORAN PENTAKSIRAN SEKOLAH RENDAH (PPSR)?

PPSR adalah pelaporan untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah. PPSR mempunyai 4 komponen iaitu:

1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR


Mulai 2018, PPSR akan digunakan bagi menggantikan UPSR.