label

Selasa, 28 November 2017

(Cerita) Jamuan guru tidak pernah guna duit PIBG

Baru-baru ini tular status seorang penjaga murid bahawa kononnya jamuan guru di hotel guna duit PIBG (bukan di sekolah saya). Saya terpanggil ingin berkongsi cerita pengalaman saya sepanjang menjadi guru tentang jamuan guru di hotel.

Sepanjang berkhidmat sebagai guru, segala jamuan guru sama ada di hotel atau di mana sahaja adalah daripada yuran atau bayaran saya kepada Kelab Guru dan Kakitangan. Di mana2 sekolah, memang ada kelab tersebut. Tidak pernah sesekali kami guna duit PIBG untuk majlis makan2 kami.

Tahun ini, kami bayar RM300 setahun termasuk jamuan makan malam & majlis persaraan guru besar. Bukan nak berlagak tetapi ingin memberitahu situasi di sekolah saya. Nampak tak, dari duit itulah akan digunakan untuk majlis2 guru & kakitangan.

Majlis makan malam yang baru saja berlalu.

Jadi, saya menafikan sekeras2nya bahawa dakwaan guru guna duit PIBG untuk majlis makan2. Lagi satu, semua guru maklum bahawa duit sumbangan PIBG untuk program kecemerlangan MURID, bukan untuk GURU.

Kepada ibu bapa atau penjaga, anda boleh tahu aliran duit PIBG pada mesyuarat agung PIBG di sekolah anak masing2. Ada dibentangkan penyata kewangan PIBG pada waktu tu. Kalau musykil, boleh tanya pada pengerusi PIBG pada waktu tersebut.

Sekian, itu sahaja. Terima kasih. Alhamdulillah, PIBG sekolah saya baik.

(Sekolah) Taklimat insurans Zurich

Selepas pembentangan laporan tahunan panitia, ada taklimat insurans Zurich di sekolah.

Taklimat oleh wakil insurans

Esok ada sehari lagi taklimat di sekolah.

Isnin, 27 November 2017

(Sekolah) Majlis Makan Malam Persaraan Guru Besar

Hai, ini cerita malam tadi..

Malam tadi, kelab guru sekolah saya mengadakan Majlis Makan Malam Persaraan Guru Besar di Ballroom KSL Hotel.

Ini cerita saya...

Sampai di hotel dgn banyak beg doorgift di tangan. Lif pulak lambat...

Sebelum majlis bermula, sempat bergambar dgn guru besar & rakan lama.

Ucapan guru besar

Suasana di ballroom hotel

Saya sebagai AJK fotografi

Ni nama penuh majlis malam tadi

Selesai majlis, bergambar ramai2...

Sebelum balik, saya sempat berswafoto dgn guru besar


Alhamdulillah, walaupun penat tetapi kami gembira (macam ayat karangan pulak). Hehehe..

Ahad, 26 November 2017

(Sekolah) Perbincangan akhir tahun 2017

Selamat pagi. Saya & guru2 lain masih bertugas lagi di sekolah minggu ini.

Cak! Swafoto sikit..

Minggu ini ada perbincangan, bengkel, mesyuarat & lain2 lagi.

Sabtu, 25 November 2017

(Info) Prosedur dan tips kahwin bagi Negeri Johor

Yang Merancang Nak Kahwin, Boleh Semak Prosedur & Tips Di Bawah πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

PROSEDUR & TIPS KAHWIN BAGI NEGERI JOHOR

1. DAH DECIDE TARIKH BILA NAK NIKAH 😍😍
- Atleast 6 bulan sebelum, dah kena buat persediaan untuk siapkan semua borang. Tarikh nikah, boleh dibuat pada hari sama dengan majlis, atau nikah jumaat, majlis sabtu. 

2. HADIR KURSUS KAHWIN,πŸ‘¨‍πŸ«πŸ‘¨‍🏫
- Hadir kursus kahwin dengan bayaran RM120 untuk dua hari. Syarat hadir kursus kahwin, mesti dah siapkan gambar bersongkok (lelaki), Berbaju kurung menutup aurat (Wanita). Selesai kursus dapat sijil. Guna untuk permohonan nanti. Kalau dah hadir lama, kena buat ulangkaji semula tatacara permohonan untuk daftar nikah.
(Boleh hubungi kami untuk hadir ke kursus kahwin)

3. LENGKAPKAN PERMOHONAN BARU DI PAUTAN ONLINEπŸ’»πŸ’»
- Buat permohonan di http://encr.johor.gov.my/ Untuk negeri Johor sahaja. Negeri Lain ada juga pakai online, ada juga borang kena ambil di pejabat. Kedua pasangan perlu kemukakan permohonan baru.

4. PRINT BORANG BERKAITAN YANG ADA DALAM PAUTAN ENCR.πŸ“„πŸ“„
- Selepas anda lengkapkan permohonan baru di pautan ENCR tu. Anda boleh muat turun slip permohonan kebenaran nikah, Borang laporan kesihatan (HIV), Senarai semak dokumen, dan borang pengesahan saksi untuk bernikah. Anda dah boleh muat turun atau terus cetak borang borang tu dari pautan web Encr Johor tu. 

5. BUAT PEMERIKSAAN HIV DI POLIKLINIK TERDEKAT.πŸ’‰πŸ’‰
- Borang yang dah dah di muat turun tu, sila cetak, siap dengan borang HIV Check. Boleh buat 1-3 bulan sebelum nikah. Hanya sah klinik/poli klinik kerajaan tau. Kalau Swasta tak terima.

6. JUMPA KETUA KAMPUNG MUKIM TEMPAT KITA TINGGALπŸ“ƒπŸ“ƒ
- Bagitahu jer, kita nak nikah, nak surat akuan diri, ketua kampung akan keluarkan borang khas daripada ketua kampung sendiri. siap tandatangan n cop. Maaf, borang ni tiada dalam pautan Encr tau. Kena jumpa ketua kampung/penghulu/pengurus felda. Boleh juga ke Pejabat Daerah mukim tempat tinggal untuk dapatkan akuan bujang.
.
7. TENTUKAN SIAPA SAKSI BORANG KITA.πŸ“‹πŸ“‹
- Saksi borang tak semestinya daripada saksi Akad ya.. Saksi borang mesti LELAKI selain adik beradik. Saya guna kawan lelaki. Dapatkan tandatangan dan salinan IC kedua saksi borang tersebut.

8. SEDIAKAN SEMUA DOKUMEN SOKONGANπŸ“•πŸ“•
- Dokumen sokongan ini termasuk, kad pengenalan, kad pengenalan ayah, ibu, saksi borang (salinan shj), surat akuan status diri (dapat dari ketua kampung/penghulu), surat bermustautin (jika alamat johor, nikah kat KL sbb dduk KL), Sijil kursus Pra-perkahwinan, Sijil nikah Ayah & Ibu (untuk pasangan perempuan), dan banyak lagi. Anda perlu rujuk sendiri di Borang Senarai Semak Dokumen di Pautan ENCR yang anda dah print tadi.

9. BERSEDIA UNTUK DITEMUDUGAπŸ“πŸ“
- Borang dan segala dokumen sokongan itu perlu Submit & buat pembayaran di pejabat Kadi, dan selepas itu anda akan di temuduga.
10. PAKAIAN SEMASA TEMUDUGA
- Yang lelaki mesti pakai kemeja/baju melayu/ tshirt berkolar dan BERSONGKOK, untuk perempuan mestilah BERBAJU KURUNG dan menutup aurat. Kalau tak kena marah nanti. hehe

11. JAWAB SOALAN TEMUDUGAπŸ“šπŸ“š
- Saya ada share soalan temuduga sebelum ni. Tapi pastikan lah, tahu kalimah syahadah beserta maksudnya. Tahu bacaan Al-fatihah sebab memang baca dalam solat, Tahu bacaan Qunut, sebab bacaan dalam solat subuh. Lain-lain kalau tak ingat tu, tak apa. Yang disebutkan tadi kalau tak lepas, kena balik bertalaqi lutut ke lutut dengan imam kawasan. Mana boleh nak nikah mengucap pun tak reti. Sebab perkahwinan bukan sekadar berkahwin jerr, tapi adalah membina zuriat beragama islam tau.

12. SELEPAS LULUS TEMUDUGA, PEJABAT KADI AKAN SERAH FAIL KHAS.πŸ“‚πŸ“‚πŸ“‚
- Pejabat kadi akan serahkan fail untuk di serahkan pada imam tempatan lantikan, tempat anda bernikah nanti. Nanti pejabat akan sebut siapa nama imam nanti. Tugas kita, serahkan semua fail tu kepada tok imam. Tok imam yang nikahkan kita tau. Jangan tersalah tok imam. Sebab nama imam ada tertera di fail.

13. BAYARAN UPAH IMAM DAN SAKSI AKAD NIKAHπŸ’΅πŸ’΅πŸ’΅
- Kita siapkan siap siap dalam sampul. Ada tiga sampul tak silap saya. Biasa bayaran upah ini pejabat kadi akan maklumkan berapa. Kalau tak tahu, tanya imam. 1 sampul untuk imam, dua sampul untuk saksi.

14. PRAKTIS LAFAZ AKADπŸ’–πŸ’–πŸ’–
- Kena ulang ulang, takut nervous kan. Praktik sebulan sebelum. Hari hari sebut. Dan doa agar dipermudahkan Allah. Lafaz Akad, "..Aku terima Nikah.........(Nama Penuh Pasangan Perempuan).. Dengan mas kahwin RM22.50 Tunai.."
SELAMAT BERNIKAH.. 

Semoga bermanfaat. Silakan SHARE, tag pasangan yang akan bernikah... Aminn.😊😊😊

Sumber : Kursus Kerja Kahwin

(Cerita) Clean and Clear Acne Gel, ubat jerawat saya

Dari zaman saya belajar di UKM sehingga sekarang, inilah cara saya mengubati jerawat di muka.

Saya guna ni, Clean & Clear Acne Gel.

Saya beli lagi semalam di Mydin (lebih murah). Setakat ini, saya puas hati guna produk ini.

(Makan) Bihun goreng sotong kering

Selamat pagi!

Pagi ini saya masak bihun goreng sotong kering.

Ada cerita di sebalik bihun goreng ini, sebenarnya sotong kering ini saya recycle balik. Sebelum ini, mak saya dah masak sotong kering sambal tetapi rasanya terlalu masin.

Jadi, saya cuci balik sotong kering itu & didihkan balik. Lepas tu, saya simpan balik dalam peti ais. Pagi ini, teringat ada sotong kering tu, tu yg saya campur dalam bihun goreng. Mood masak pun tengah ada, jadi terjadilah bihun goreng sotong kering.

Alhamdulillah, rasa sotong kering tadi dah tak masin lagi & rasa bihun goreng saya sedap. Hehehe...