label

Jumaat, 24 November 2017

(Sekolah) Hari terakhir sekolahpun, dapat hadiah lagi...

Semalam, hari terakhir sesi persekolahan 2017. Ada dua orang murid tahun 6 kelas yg saya ajar beri saya ni...

Hadiah. Hadiah yg besar ni, kiriman emak murid ni kpd saya. Terima kasih banyak2.

Saya dah buka hadiahnya, sehelai tshirt & pengetip kuku.

Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolak kan?

(Sekolah) Majlis Persaraan Guru Besar

Khamis, 23 November 2017.

Inilah majlis ketiga di sekolah saya semalam.

Majlis persaraan guru besar saya.

Acara send off.

Guru besar diarak menaiki kereta mewah.

Suasana send off.

Gambar kenangan bersama guru besar.

Alhamdulillah, semalam selesai 3 majlis di sekolah saya.

(Sekolah) Penyerahan keputusan UPSR 2017

Khamis, 23 November 2017.

Semalam keputusan UPSR 2017 telah keluar. Slip keputusan UPSR telah diserahkan kepada murid.

Selepas mereka terima keputusan, saya ajak swafoto bersama.



Suasana penyerahan slip keputusan UPSR semalam. Semua murid naik ke atas pentas terima slip.

Saya sempat rakam gambar ketika guru2 tahun 6 memeriksa slip keputusan UPSR semalam.

Saya tak nak ulas hasil keputusan UPSR di sekolah saya semalam tetapi saya ingin bertahmid sahaja. Alhamdulillah.

Tahniah kpd semua calon UPSR 2017!

(Sekolah) Hari Kanak-Kanak 2017

Khamis, 23 November 2017.

Program pagi semalam dimulakan dgn sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah.


Antara suasana Hari Kanak-Kanak semalam. Ada Mickey Mouse!

Minnie Mouse pun ada.

Sempat bergambar dgn Mickey sahaja sebab selepas itu, saya busy rakam gambar program semalam.

Semalam, setiap murid dapat goodies bag yg berisi alat tulis & makanan ringan.

Secara keseluruhan, program tersebut berjalan dgn lancar semalam.

Khamis, 23 November 2017

(Sekolah) 3 majlis serentak

Hai! Ada nampak mummy happy? Hehehe... Tular pulak ayat tu kebelakangan ni. Jangan ambil serius, saya gurau je.

Hari ini, sekolah saya mengadakan 3 majlis serentak. Apa dia? Ni dia...

1. Hari Kanak-Kanak
2. Majlis Persaraan Guru Besar
3. Pengumuman keputusan UPSR 2017

Saya tak larat nak update cerita2 tu hari ini. Masih penat. InsyaAllah, esok lusa saya update ye.. Dalam gambar ni, wajah saya selepas selesai ketiga2 majlis tersebut.

Tahniah untuk calon UPSR & guru! Alhamdulillah, ada peningkatan keputusan UPSR di sekolah saya hari ini.

Rabu, 22 November 2017

(Sekolah) Jamuan Pengawas 2017

Hari ini berlangsungnya jamuan akhir tahun Pengawas 2017.

Jamuan ringkas.

Sedapnya mereka makan aiskrim.

Suasana jamuan.

Sesi fotografi.



Bab bergambar ni, memang saya suka. Hehehe..

Alhamdulillah, jamuan berjalan lancar.

(Sekolah) Photoshoot bersama 6 Baiduri 2017

Semalam saya bergambar dgn murid2 6 Baiduri. Sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah, ada la gambar kenangan ini.

Berikut hasil photoshoot semalam. 


Biarlah mereka seronok2 semalam. Esok keputusan UPSR keluar, cerita lain pula.

Good luck esok!