label

Isnin, 3 Mac 2025

(Resipi) Paru goreng berempah

Saya kongsikan resipi paru goreng berempah cara arwah emak saya.

Paru goreng berempah sebagai menu sahur pagi tadi.

Resipi:
1 setengah kilo paru

Bahan kisar:
3 biji bawang besar 
5 biji bawang putih 
3 batang serai
Sebesar ibu jari halia
Sebiji kecil kunyit
2 sudu ketumbar 
2 sudu jintan kasar
2 jintan halus
Garam secukup rasa 
Ajinomoto (pilihan)

Cara masak, mula-mula saya rebus paru guna pressure cooker. Saya guna Primada, jadi tekan butang daging/ayam selama 12 minit.

Selepas paru direbus, hiris paru mengikut citarasa.

Selepas paru dihiris, campurkan bahan kisar dengan paru. Perap paru semalaman untuk rasa rempah yang lebih sedap.

Ketika goreng paru, saya tutup kuali supaya paru masak sempurna. Sebelum angkat paru, saya biarkan kuali terbuka supaya paru rangup dan garing.

Paru goreng berempah ni sedap dicicah dengan sambal asam. Saya kongsikan resepinya.

30 lada kering
5 biji bawang putih 
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukupnya


Kisarkan semua bahan sambal asam, selepas itu saya masak sambal asam atas api supaya ladanya masak (takde la sakit perut). Insya-Allah sedap.

Selamat mencuba!

(Cerita) Pressure Cooker Primada 8 Liter

Saja nak share cerita dengan rakan-rakan, pressure cooker jenama Tefal saya dah rosak, jadi saya beli pressure cooker yang baharu di Lazada.

Saya beli pressure cooker jenama Primada pula sebab besar 8 liter.

Saya memang memerlukan pressure cooker untuk melembutkan daging, masak ketupat segera dan sebagainya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, pressure cooker amat membantu saya memasak.

Semalam saya rebus paru dalam pressure cooker Primada ini.

Hari ini saya rebus ketupat segera pula guna pressure cooker ini.

Pressure cooker Primada ini merupakan pressure cooker ketiga saya. Mula-mula, saya guna jenama Noxxa. Selepas Noxxa rosak, saya tukar jenama Tefal. Selepas Tefal rosak, saya guna jenama Primada pula.

Antara ketiga-tiga pressure cooker, saya rasa Primada paling mudah digunakan.