label

Isnin, 30 Disember 2024

(Sekolah) Bengkel Pasca Nilai Tahun 2024

Bengkel Pasca Nilai Tahun 2024 dan Pembugaran Pelan Rancangan Aktiviti Koakademik Daerah PG Tahun 2025 di SK Taman Johor Jaya 3 hari ini.





Video 

Alhamdulillah, dapat jumpa balik kawan-kawan dalam kumpulan ini.

Ahad, 29 Disember 2024

(Sekolah) Hari pertama bertugas di sekolah baharu

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama saya bertugas di sekolah baharu.

Swafoto pertama di bilik guru sekolah baharu.

Vlog.

Saya berpindah kerana redeployment atau penempatan semula.


 

(Makan) Mi Racun di Qasreena Cafe Melaka

Assalamualaikum, pada 24/12/2024 yang lalu, semasa dalam perjalanan balik ke JB, kami singgah di Melaka.

Kami nak menikmati Mi Racun di Qasreena Cafe Melaka.

Vlog saya menikmati mi racun di sini.

Alhamdulillah.

Jumaat, 27 Disember 2024

(Kenangan) Gambar-gambar masakan arwah emak

Ini gambar-gambar masakan arwah emak pada tahun 2016. Saya nak simpan di sini...

Nasi lemak


Bihun goreng

Rendang daging

Lepat pisang

Air tangan arwah emak kita yang paling sedap kan?

(Cerita) Gastrik teruk pada bulan Ramadan

Sebenarnya dah lama juga saya tak update blog. Sebelum 2025, saya akan cerita balik kenangan peristiwa yang berlaku kepada saya pada tahun 2024.

Pada 21 Mac 2024, saya pergi ke klinik untuk dapatkan rawatan dan ubat. Pada waktu ini, saya gastrik teruk pada bulan Ramadan.

Pertama kali saya ambil mc sepanjang saya bertugas sebagai guru. Doktor beri mc 2 hari. Sakitnya pada waktu ini, hanya Allah yang tahu. 

Saya dapatkan rawatan di Klinik Dr. Suria.

Alhamdulillah, ini akan menjadi kenangan buat saya pada tahun ini. Hikmah sakit, berat badan saya turun banyak. Ingat lagi, apabila saya kembali ke sekolah, ramai tegur saya semakin susut.

Saya selepas kembali ke sekolah selepas cuti sakit.

(Makan) Suki-Ya Pavilion Bukit Jalil

Assalamualaikum. Pada 23 Disember yang lalu, saya telah pergi ke Suki-Ya Pavilion Bukit Jalil di Kuala Lumpur. Dah lama teringin nak makan Suki-Ya, jadi waktu cuti sekolah, saya datang ke sini. Berikut perkongsian gambar dan video.





Video

Saya berharap di Johor Bahru ada Suki-Ya juga. Ada satu restoran ala-ala Suki-Ya di Toppen tetapi saya belum pernah cuba lagi. Ada yang kata tak boleh lawan Suki-Ya. Entahlah...

(Aktiviti) Jajan Viral Food Fair Komtar JBCC

Assalamualaikum. Masih lagi cerita pada 21 Disember 2024, selepas menonton teater Putera Cahaya Bulan, saya singgah di Komtar JBCC untuk Jajan Viral Food Fair.

Pertama kali saya pergi fair ini. Nak tengok harga coklat di sini betul-betul murah ke?

Video

Maaf, selepas pergi ke sini, saya dapati ada harga coklat yang murah dan ada juga coklat yang di pasar raya harganya lagi murah. Kena pandai pilih dan banding harga.

Saya beli beberapa barang sahaja di sini. Tiada istilah memborong.

Rabu, 25 Disember 2024

(Aktiviti) Merakam video di R&F Princess Cove

Pada hari Sabtu lepas, selepas selesai menonton teater, saya tidak melepaskan peluang menikmati pemandangan yang cantik di R&F Princess Cove. 

Boleh nampak Tambak Johor dari sini.

Sayang tak rakam video yang cantik di sini. Ini hasil videonya...

Di sekitar R&F Princess Cove.

Tengah trend, rakam video di atas eskalator R&F Mall.

Saya akui memang cantik pemandangan di sini.

Selasa, 24 Disember 2024

(Resipi) Ayam goreng berempah dan asam pedas ayam

Ada yang tanya saya resipi ayam goreng berempah dan asam pedas ayam. Okay, ini resipinya.

Ayam goreng berempah dan asam pedas ayam.

Resipi Ayam Goreng Berempah:
Seekor ayam

Bahan kisar:
Sebiji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
Seinci halia
Sebatang serai
Sesudu ketumbar
Sesudu jintan kasar
Sesudu jintan halus
Garam secukup rasa 
Ajinomoto secukup rasa

Minyak untuk menggoreng.

Cara masak:
Gaulkan ayam bersama bahan kisar. Perap dalam setengah jam, lagi lama lagi berasa rempahnya. Goreng dengan minyak yang panas.


Resipi asam pedas ayam:
Seekor ayam 

Bahan kisar:
2 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih 
30 biji lada kering (direbus dahulu)
2 batang serai
Seinci halia 

Ajinomoto 
Garam
Lada hitam (ikut rasa)

Daun kesum
Tomato

Minyak untuk menumis.

Cara masak:
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Letak lada hitam, garam, Ajinomoto dan daun kesum. Masukkan ayam. Tambah air secukup rasa. Tunggu hingga ayam masak dan kuah pekat. Kacau sesekali. Akhir sekali masukkan tomato. Siap.

Ini cara saya. Selamat mencuba.

(Aktiviti) Menonton Teater Tradisional Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan

Assalamualaikum. Pada Sabtu lepas, 21/12/2024 saya berpeluang menonton teater secara percuma di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House. Teater tersebut ialah Teater Tradisional Mek Mulung, Putera Cahaya Bulan.

Pempengaruh Nizam Rahman dan Otam juga datang menonton teater ini. Mereka datang dari Melaka.




Persembahan teater yang berwarna-warni.


Sedutan teater part 1.

Sedutan teater part 2.

Secara keseluruhannya, teater ini menarik dan saya terhibur. Dapat rasa masuk Opera House secara percuma pun ya juga...

Isnin, 23 Disember 2024

(Masak) Asam pedas ayam

Sebab teringin, saya pun masak ini...

Asam pedas ayam

Saya makan dengan ulam timun dan tomato sahaja. Pun dah sedap!

Video

Alhamdulillah.

Ahad, 22 Disember 2024

(Aktiviti) Berjalan-jalan pagi

Assalamualaikum. Pagi ini saya berjalan-jalan pagi di Taman Rekreasi Adda Heights. Datang awal pagi, tak ramai orang.





Video.

Berjalan-jalan pagi pun okay juga. Yang penting bergerak.

 

(Aktiviti) Mengambil serai hasil tanam sendiri

Assalamualaikum. Pagi semalam saya ambil serai yang saya tanam sendiri di halaman rumah.

Alhamdulillah, banyak juga serainya.


Tinggalkan sikit je pokok serai sebab nanti pokok serai akan tumbuh serumpun lagi.

Alhamdulillah.

Sabtu, 21 Disember 2024

(Video) Selamat bercuti sekolah Disember 2024

Assalamualaikum. Semalam bermulanya cuti sekolah Disember 2024.


Selamat bercuti!

Video di sebalik tabir.

Kepada yang balik ke kampung, pandu berhati-hati. Semoga selamat sampai ke destinasi.

(Sekolah) Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah 2024

Assalamualaikum. Khamis, 19/12/24, saya terlibat bertugas sebagai AJK fotografi dalam Majlis Penyampaian Sijil Tamat Prasekolah 2024. Saya kongsikan gambar-gambar dan video.

Kesukaan saya bergambar seperti ini. Nampak lebih akrab.












Video kami.

Video persembahan 1.

Video persembahan 2.

Video persembahan 3.

Video persembahan 4.

Walaupun saya tidak mengajar prasekolah tetapi saya rapat juga dengan guru-guru prasekolah dan rakan2 PPM. Alhamdulillah, program berjalan seperti yang dirancang.