label

Ahad, 25 Februari 2024

(Cuti Sekolah) Tahun Melawat Melaka 2024

Assalamualaikum. Pada 20 Februari yang lalu, terpergilah saya ke Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024. Banyak tempat yang masuknya adalah percuma.

Contohnya di Malaysia Heritage Studios. Waktu ni saya tengah beratur panjang.

Di blog ni saya akan beritahu, berapa jam saya beratur nak masuk ke Malaysia Heritage Studios.

Setelah 2 jam setengah beratur, saya dapat juga masuk ke dalam Malaysia Heritage Studios. Hari ini sahaja masuk percuma. Hari lain nak masuk tiketnya RM45 bagi dewasa.

Di dalam Rumah Kedah yang cantik sangat.

Di dalam Rumah Kedah.

Di dalam Rumah Selangor yang cantik juga dengan lampu-lampu.

Di dalam Rumah Selangor juga ada bunga-bunga raya yang besar ini.

Okey sekarang saya sertakan video vlog saya pada hari Selasa yang lalu.


Episod 1.

Episod 2.

Episod 3.

Episod 4.

Episod 5.

Episod akhir.

Alhamdulillah, selesai kisah saya di Melaka. Saya ke Melaka balik hari. Tak menginap di sana pun.

Jumaat, 9 Februari 2024

(Sekolah) Terima kasih 6 Jed

Semalam hari terakhir sesi persekolahan 2023/2024, saya masih diberikan hadiah oleh murid.

Terima kasih 6 Jed.

Waktu balik terakhir 6 Jed.

Signing off guru kelas 6 Jed.

6 Jed akan menjadi kenangan saya yang tersendiri. Bye!

Khamis, 8 Februari 2024

(Sekolah) Hari terakhir sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024


Hari ini hari terakhir sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Bergambar bersama rakan-rakan.


Video bersalaman pada hari terakhir sesi persekolahan.

Video kenangan saya bersama kelas yang saya ajar.

Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana hari ini doa telah Allah makbulkan. Allah permudahkan urusan saya yang satu itu.

Rabu, 7 Februari 2024

(Cerita) Esok hari terakhir persekolahan sesi 2023/2024

Esok hari terakhir sesi persekolahan bagi sesi 2023/2024.

Ini hadiah untuk aktiviti berkumpulan kelas yang saya ajar.

Semoga dipermudahkan segala urusan saya esok.

(Sekolah) Program Pembangunan Guru Baharu

Assalamualaikum. Hari ini saya menghadiri program pembangunan guru baharu di SK Taman Megah Ria.


Isnin, 5 Februari 2024

(Sekolah) Majlis Persaraan Cikgu Chang

Hari ini diadakan Majlis Persaraan Cikgu Chang, rakan sekerja di sekolah.



Sentiasa senyum. Tengok beliau, macam tiada masalah dalam hidup.

Video sekitar majlis persaraan.

Video check out terakhir.

Selamat bersara Cikgu Chang.

Ahad, 4 Februari 2024

(Sekolah) Hari Temu Mesra 2023/2024

Assalamualaikum. Hari ini Hari Temu Mesra di sekolah. Hari perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas.


Saya sebagai guru kelas Tahun 6. Alhamdulillah, hari ini berjalan lancar. Ibu bapa semua supportive.

Kawan saya bagi whatsapp ni. Simpan sini buat kenangan. Alhamdulillah.

Video.

Terima kasih atas kerjasama ibu bapa yang diberikan sepanjang saya menjadi guru kelas anak mereka.

Sabtu, 3 Februari 2024

(Masak) Sebab hari ini masak nasi ayam

Assalamualaikum. Hari ini saya masak nasi ayam bukan sebab ada majlis atau sambutan hari tertentu. Ini ceritanya.

Nasi ayam cara saya.

Ceritanya semalam saya berbelanja barang dapur di Lotus, selain beli ayam mentah, saya nampak lada merah sebungkus besar RM3.50 dan salad pun murah dalam RM1.30 sebungkus. Daun ketumbar pun murah, tu yang saya campurkan daun ketumbar dalam sos nasi ayam saya.

Video.

Alhamdulillah, bolehlah berjimat.

(Mi Estudio) Ambil kunci

Semalam.



Alhamdulillah.

Jumaat, 2 Februari 2024

(Sekolah) Majlis Apresiasi Prasekolah 2023/2024

Semalam diadakan Majlis Apresiasi Prasekolah 2023/2024 di sekolah. Saya terlibat sebagai jurugambar.

Bersama rakan AJK.

Bersama guru-guru prasekolah yang baharu.

Bersama team prasekolah.


Video.

Alhamdulillah, selesai majlis semalam.

Khamis, 1 Februari 2024

(Sekolah) Potluck Nasi Lemak 2024

Assalamualaikum. Hari ini kami buat potluck bertemakan nasi lemak. Cikgu-cikgu bawa bahagian-bahagian dalam nasi lemak.

Nasi lemak siap daun pisang.


Video.


Selalu kalau ada potluck, adalah sebabnya. Kali ini potluck untuk meraikan persaraan rakan sejawat.