label

Isnin, 29 Januari 2024

(Sekolah) Bantuan Awal Persekolahan 2024

Hari ini diadakan bantuan awal persekolahan RM150 kepada semua murid. 

Program bermula pada pukul 1.15 hingga 2.30 petang.

Alhamdulillah, banyak juga seorang murid dapat RM150.

Ahad, 28 Januari 2024

(Sekolah) Pengalaman pertama sehingga sakit ketiak

Hari ini pengalaman pertama saya berdepan dengan satu peristiwa tertentu.

Jujur, ketiak saya sakit selepas peristiwa itu. Hampir dua jam bertahan.

Maaf, peristiwa ini hanya rakan-rakan sekerja sahaja yang tahu. Saya tak boleh cerita lebih lanjut di sini.

Yang penting ini pengalaman pertama saya. Huhuhu...

Rabu, 24 Januari 2024

(Sekolah) Jamuan Akhir Tahun Kelas 2023/2024

Assalamualaikum. Hari ini hari jamuan kelas akhir tahun di sekolah.

Saya bersama murid kelas saya.

Sumbangan ibu bapa murid kelas saya.

Ini pun sumbangan ibu bapa murid.

Video jamuan akhir tahun pagi tadi.

Alhamdulillah, jamuan hari ini berjalan lancar.

Isnin, 22 Januari 2024

(Sekolah) Selesai isi markah dan PBD dalam IDME

Alhamdulillah, selesai isi markah UASA dan keputusan PBD dalam IDME.

Selepas selesai, saya makan burger tepi jalan.

Lepas ni boleh fikir kerja lain pulak...

Ahad, 21 Januari 2024

(Sekolah) Tempat keempat kelas terbersih dan terceria tahunan bagi sesi 2023/2024

Alhamdulillah. Tak sangka hari ini kelas saya diumumkan tempat keempat kelas terbersih dan terceria tahunan bagi sesi 2023/2024.

Dapat wang tunai RM50.

Wang tersebut saya akan gunakan untuk jamuan akhir tahun kelas saya.

Terima kasih semua!

(Makan) Sate Wak Kadok, Pasar Malam Parit Markom Pontian

Assalamualaikum. Petang tadi saya beli sate sampai ke Pontian. Saya beli Sate Wak Kadok di Pasar Malam Parit Markom, Pontian.

Sate di sini dijual secucuk 90 sen.

Vlog.

Selepas beli sate, kami balik ke JB semula. Macam kerja gila kan?

Jumaat, 19 Januari 2024

(Info) Pakaian Murid bagi Sesi Persekolahan 2024/2025

Assalamualaikum. Telah diumumkan pakaian murid bagi sesi persekolahan 2024/2025 bermula Mac nanti.

2 hari murid pakai seragam sekolah, 2 hari murid pakai pakaian sukan dan satu hari lagi murid pakai pakaian kokurikulum.

Bagus juga cara ini, ibu bapa boleh selang seli cuci pakaian murid.

(Cerita) Kronologi kes langgar lari

Assalamualaikum. Bayangkan bangun tidur, buka whatsapp dapat berita seperti ini...

Adik saya whatsapp, kereta saya dilanggar di tempat parkir pada pukul 3.00 pagi. Mujur jiran belum tidur dan nampak kejadian tersebut.

Depan kereta kemek dilanggar.

Pada petangnya saya pergi ke balai polis Johor Bahru Selatan untuk buat laporan supaya saya boleh gunakan insurans si pelaku untuk bayar ganti rugi kereta saya. Sayangnya tak boleh, sebab si pelaku dah 3 tahun tak hidupkan insurans.


Video saya di balai polis.

Pertama kali saya ke balai polis uruskan kes sebegini rupa. Kesudahannya, saya yang akan tanggung ganti rugi kereta saya yang rosak.

Saya terima dugaan dan takdir awal tahun 2024 dengan reda. Perancangan Allah itu lebih baik.

Selasa, 16 Januari 2024

(Sekolah) Antara team BM 2024


Guru-guru BM yang ada sekarang.



Kawan-kawan yang lama ada yang pindah dan ada juga yang redeployment.

Throwback, guru BM Tahun 6 2019.

Walaupun berbeza cikgunya, kerja tetap diteruskan.

(Sekolah) Menguruskan sijil berhenti Tahun 6

Dari minggu lepas sebenarnya saya dah mula uruskan sijil berhenti tahun 6 untuk kelas saya.

Hari ini sijil sudah dicetak dan saya sudah menekan cop mohor pada sijil.

Semoga dipermudahkan segala urusan saya & rakan-rakan guru kelas Tahun 6.

Isnin, 15 Januari 2024

(Makan) Pertama kali makan punten

Hari ini di sekolah ada rakan belanja saya punten. Punten ini makanan orang Jawa yang popular di Selangor.

Punten.

Vlog saya makan punten.

Rasa punten ni macam nasi lemak. Hari ini baru tahu rasa punten bagaimana.

Khamis, 11 Januari 2024

(Sekolah) Dah sampai rumah, patah balik ke sekolah ambil beg tertinggal

Ya Allah, buat pertama kalinya saya tertinggal beg di sekolah. Tak perasan saya tak bawa beg ini balik ke rumah.

Beg ini saya bawa ke sekolah. Penting beg ni bagi saya... Jadi, saya pergi ke sekolah semula untuk ambil beg ini. Saya perasan bila sampai rumah nak ambil barang dari beg ini, beg ini tiada.

Pengajaran untuk saya, jangan cuai. 15 hingga 20 minit juga perjalanan dari rumah ke sekolah.

Rabu, 10 Januari 2024

(Mi Estudio) Mula beli rak Ikea

Hari ini rak besi Ikea ada jualan murah sehari, harganya 50% murah daripada harga asal.

Saya beli dua untuk mi estudio.

Beli sikit-sikit dahulu untuk mi estudio.

Selasa, 9 Januari 2024

(Cerita) Rumah dinaiki air banjir

Pagi tadi hujan lebat sehingga menyebabkan kawasan rumah saya banjir.

Saya balik sekolah, air masih belum surut.

Disebabkan hujan lebat telah menyebabkan banjir dan air memasuki rumah saya.

Video.

Alhamdulillah, saya balik kerja, air dalam rumah sudah surut. Kali kedua rumah saya dinaiki air banjir.

Ahad, 7 Januari 2024

(Sekolah) Mula menanda UASA

Hari ini bermula UASA (Ujian Akhir Sesi Akademik) bagi sesi 2023/2024.

Alhamdulillah, selesai menanda kertas Moral. Sikit je kertasnya.

Guru besar hari ini beritahu saya, mungkin saya dah tak ajar Moral lagi untuk sesi baru nanti.

Sabtu, 6 Januari 2024

(Cerita) Esok akan lain

Sekejap je esok dah Ahad. Esok akan lain.

Cikgu-cikgu senior di belakang saya akan bertugas di sekolah baharu.

Rakan sebelah meja saya pun akan bertugas di sekolah baharu.

Selamat bertugas di sekolah baharu kawan-kawan.

Jumaat, 5 Januari 2024

(Info) Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan

Kalau rasa stres berat dan nak cari tempat untuk luahkan? Boleh dail di talian 15555.


Ingat, talian HEAL 15555.

Khamis, 4 Januari 2024

(Sekolah) Majlis perpisahan 10 orang cikgu

Assalamualaikum. Hari ini 10 orang cikgu di sekolah saya akan berpindah pada minggu hadapan. Jadi, hari ini ialah hari terakhir mereka di sekolah.



10 orang guru yang akan berpindah.

Video perpisahan.

Video potong kek.

Selamat bertugas di sekolah baharu kawan-kawan.

(Sekolah) Hujan seharian

Hari ini hujan seharian.


Langit seakan memahami suasana majlis perpisahan 10 orang cikgu di sekolah.

Rabu, 3 Januari 2024

(Sekolah) Murid beri puff buah

Alhamdulillah, hari ini ada murid beri saya puff buah.

Puff buah.

Saya letak nombor telefonnya di sini.

Sedap! Terima kasih.

(Sekolah) Masak bihun putih untuk potluck

Assalamualaikum. Pagi tadi saya bangun pukul 4:00 sebab nak masak bihun putih. Ada potluck di sekolah.

Macam biasa, paling senang dan muai, saya masak bihun putih.

Macam biasa, saya selalu bawa makanan dalam tabung hijau ni.

Alhamdulillah, selesai potluck sempena cikgu pindah dan redeployment. Huhuhu...

Selasa, 2 Januari 2024

(Sekolah) Murid beri keropok ikan

Hari pertama sekolah pada tahun 2024, ada murid tahun 4 bagi saya ini...

Sebungkus keropok ikan dari Kelantan.

Alhamdulillah. Terima kasih.

(Sekolah) Hari pertama sekolah 2024

Hari ini hari pertama sekolah pada tahun 2024. Sebenarnya belum habis sesi. Bulan Mac nanti baru mula sesi baharu.

Hari ini macam-macam kisah murid yang berlaku. Yang penting, esok ada ayah murid nak jumpa saya.

Kek pandan gula melaka. Kek tersedap yang rakan saya buat. Serius, sedap! Saya beli dengannya.

Sambung balik, jadi guru ni kadang-kadang hidupnya serba-salah. Kalau ada murid ada masalah, ada yang ibu bapa boleh terima. Ada juga yang tidak.

Sambung esok. 

Isnin, 1 Januari 2024

(Cerita) Cuci kereta di kedai cuci kereta

Assalamualaikum. 1/1/2024 saya kembali hantar cuci kereta di kedai cuci kereta.

Dah lama saya tak cuci kereta, jadi saya hantar la ke sini.

Kereta dah cuci, dah bersih dan dah kemas walaupun sekarang musim hujan.

(Cuti Sekolah) Trip kereta api ke Kelantan 2023

Assalamualaikum. Saya nak kongsi kisah percutian saya pada 19 hingga 22 Disember 2023 yang lalu. Cuti akhir tahun yang lalu, saya pergi ke Kelantan dengan menaiki kereta api dari Stesen Kempas Baru.

Saya bertolak pukul 8:40 malam dari Stesen Kempas Baru. Pertama kali saya menaiki kereta api.

Stesen Kempas Baru. Pertama kali saya menunggu kereta api di sini.

Pantai Irama Bachok. Banyak lagi tempat yang saya pergi. Boleh tengok video-video di bawah ini nanti.

Pantai Irama Bachok.

Kampung Laut, Tumpat.

Laman Warisan Seni Kampung Laut.

Sambal mangga ikan ni sedap!

Telur dadar campur ikan pekasam. Sedap juga!

Pengalaman menaiki kereta api, solat dalam kereta api, guna tandas dalam kereta api dan tidur di dalam kereta api.

Video-video saya menerusi vlog di YouTube di bawah ini:

Episod 1.

Episod 2.

Episod 3.

Episod 4.

Episod 5.

Episod 6.

Episod 7.

Episod 8.

Episod 9.

Episod 10.

Episod 11.

Episod akhir.

Alhamdulillah, saya selamat pergi dan balik. Inilah kisah percutian saya pada Disember 2023. Selamat kembali ke sekolah esok!

(Tutorial) Cara buat gambar AI Artificial Intelligence

Assalamualaikum. Selamat Tahun Baharu 2024. Hari ini saya nak ajar buat gambar AI (Artificial Intelligence) seperti di bawah ini.

Contoh gambar AI. Sekarang zaman AI. Mudah je cara nak buat dia.

1. Buka Google lalu taip Bing Image Creator seperti di bawah.

Tekan Bing Image Creator. Log in guna emel yang didaftarkan. Kalau belum daftar, daftar dahulu.

2. Lepas dah boleh buka taiplah gambar apa yang kita nak buat dalam bahasa Inggeris. Kalau tak mahir bahasa Inggeris, pergi Google Translate. Lepas tu, copy paste dalam ruang yang disediakan.

Contoh saya taip gambar yang nak saya buat. Lalu keluarlah gambar ini. Alhamdulillah, taip nama saya, keluar gambar orang alim ni :).

4. Selamat mencuba. Kalau gagal, cuba lagi.