label

Ahad, 16 Januari 2022

(Cerita) Datang ke pembukaan Farmasi Alpro Taman Gaya

Hari ini, waktu balik dari sekolah, saya singgah di Farmasi Alpro Taman Gaya. Hari ini hari kedua pembukaan farmasi tersebut.

Farmasi Alpro Taman Gaya. Waktu saya datang, tak ramai orang.

Saya beli oat bg22 ni dapat free sanitizer & face mask holder. Tolak baucar rm5 lagi. Bagi saya murah oat ni sebab tak sampai rm50 (harga biasa).

Saya buat kad ahli rm10 tetapi dapat baucar rm30. Kira kad ni percuma. Kad ahli ni seumur hidup. Saya juga dapat pelitup muka Neutrovis percuma.

Selain itu, saya juga dapat buat pemeriksaan tekanan darah & gula dalam darah secara percuma. Bacaan gula dalam darah saya normal cuma tekanan darah agak tinggi. Mereka suruh saya banyakkan berehat. Huhuhu...

Saya kena kawal makan selepas ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan