Semalam saya datang ke Mi Casa untuk mengemas rumah. Sebenarnya, saya sewa tong roro untuk buang pokok yang tumbuh di belakang rumah, rak tv dan sofa. Rak tv & sofa saya terpaksa dibuang kerana musnah dimakan anai-anai.
Tong roro. Saya baru tahu namanya tong roro. Duduk rumah taman, tak boleh buang barang sesuka hati.
Tong roro ni saya sewa seminggu. Kosnya RM150. Rumah saya diserang anai-anai sebab dah 3 bulan saya tak datang ke sana. Yang pertama sebab PKP & kedua, saya jaga arwah mak yang sakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan