Semalam saya ke Klinik Haiwan Dr Ain untuk cabut gigi kucing saya. Kucing saya sakit gigi, gigi dia dah goyang tetapi risau nak cabutkan.
Klinik Haiwan Dr Ain. Dekat dengan Ikea.
Menunggu kucing saya dicabut giginya.
Alhamdulillah, gigi kucing saya berjaya dicabut.
Video.
Macam mana tahu kucing sakit gigi? Kucing saya dah dua hari tak mampu nak makan. Tangannya asyik memegang gigi yang sakit. Air liuhnya selalu meleh dan apabila dipegang giginya yang dia selalu pegang tu, memang bergoyang.
Selepas giginya dicabut, kucing saya kembali normal. Dah boleh makan dan air liuhnya tidak meleleh lagi. Alhamdulillah.
Saya nak puji perkhidmatan di Klinik Haiwan Dr Ain sebab tempatnya bersih dan para pekerjanya baik-baik belaka. Terbaik!
Hari kedua kelmarin, tangan kiri saya memang lenguh dan mata asyik mengantuk. Alhamdulillah, hari ketiga, semuanya kembali normal. Tangan masih ada lenguh sedikit tetapi kadang-kadang tidak terasa sangat.
Saja saya nak abadikan pengalaman divaksin ini di blog saya. Boleh dijadikan kenangan nanti.
Saya nak kongsi kesan selepas divaksin dos 1. Ini berdasarkan apa yang saya alami...
Malam tadi, dalam pukul 11.00 malam, saya mengalami rasa lapar dan tangan kiri saya (tangan yang disuntik) mula rasa lenguh. Apabila bangun Subuh tadi, tangan kiri saya rasa lenguhnya lebih kuat. Walau bagaimanapun, cuma lenguh sahaja dan tidak menyebabkan demam.