label

Jumaat, 18 Jun 2021

(Makan) Kek Durian Secret Recipe

Ini kek durian Secret Recipe. 

Kek durian Secret Recipe.


Pertama kali saya makan kek durian daripada Secret Recipe. Rasa duriannya tidak terlalu kuat tetapi masih sedap.

(Resipi) Buat cili jeruk sendiri

Ini kali kedua saya buat cili jeruk sendiri. Ingatkan esok nak masak mi ladna, bolehlah dimakan dengan cili jeruk ni. Saya kongsikan resipinya.

Cili jeruk.

Resipi:
20 biji Cili hijau besar dibasuh bersih.
2 sudu garam.
3 sudu gula.
2 sudu cuka.

Semoga cili jeruk saya menjadi.

Selasa, 15 Jun 2021

(Cerita) Mula ambil gingko biloba

Vitamin gingko biloba yang saya beli di Shopee dah sampai. Saya rasa, saya perlukan gingko biloba ini sebab... (Teruskan membaca... )

Saya beli gingko biloba jenama Nature Wells, dapat percuma shaker. Padahal vitamin ni jenis kapsul.

Antara sebab saya nak ambil gingko biloba ni sebab nak meningkatkan perjalanan darah dalam badan. Kaki saya kerap kebas. Bagusnya gingko biloba ini ialah untuk menguatkan memori dan membantu mengurangkan stres. Sesuai untuk cikgu.

Semoga dengan izin Allah, saya sentiasa sihat sejahtera.

Isnin, 7 Jun 2021

(Cerita) Apa nak buat jika cashier salah bungkus pesanan kita di KFC?

Saya nak kongsi cerita semalam, mana tahu bermanfaat untuk anda. Semalam, saya pesan set ayam KFC yang ini melalui aplikasi KFC.

Set 9 ketul ayam dan 9 ketul naget. Saya pesan guna aplikasi KFC dan ambil sendiri di KFC.

Selepas selesai ambil set ayam yang dah siap dibungkus, saya balik ke rumah. Setibanya di rumah, saya cuma dapat 6 ketul ayam goreng dan 6 ketul naget. Tak cukup 3 ketul ayam goreng dan naget saya. Cashier tersalah bungkus pesanan saya.

Jangan risau, adik saya terus telefon balik KFC tadi dan beritahu apa yang berlaku. Selepas itu, pengurus KFC meminta maaf dan menyuruh pekerja mereka hantar pesanan saya yang kurang tadi terus ke rumah. Dalam lebih kurang sejam, pekerja KFC datang ke rumah saya dan menghantar pesanan yang kurang tadi. Mereka bagi tambahan coleslaw yang besar lagi secara percuma.

Alhamdulillah, selesai masalah. Yang penting, jangan marah-marah jika cashier tersalah bungkus pesanan KFC. Biasalah, kita manusia biasa. Tak lepas daripada kesilapan. Bye!