label

Selasa, 23 Februari 2021

(Cerita) Tukar gambar profil whatsapp

Akhirnya, hari ini saya tukar gambar profil whatsapp saya.

Saya guna muka sendiri.

Banyak pengalaman lucu saya dengan gambar profil whatsapp saya yang lama. Ramai ibu bapa yang terkejut apabila whatsapp saya, tengok gambar profil, hantu pocong. Hahaha 

Ada yang saya tak boleh lupa, pukul 11.00 malam ada seorang ibu whatsapp saya, ketakutan dia tengok gambar profil whatsapp saya :)

Khamis, 18 Februari 2021

Isnin, 15 Februari 2021

(Masak) Sambal tempe, kacang tanah dan ikan bilis

Baru siap masak ni...

Sambal tempe, kacang tanah dan ikan bilis. Ambil masa yang banyak juga nak buat sambal ni...

Sesekali buat, takpe :)

Alhamdulillah, sedap tetapi pedas sedikit :)

(Masak) Mi hailam cara saya

Hari ini saya masak mi hailam untuk sarapan pagi.

Mi hailam cara saya. Ada cendawan.

Kalau masak sendiri, boleh letak rencah banyak-banyak.

Selamat bersarapan!

Alhamdulillah, sedap :)

(Cerita) Downy Premium Parfum, terbaik!

Selamat pagi! Saya baru lepas cuci pakaian. Saya nak kongsi cerita tentang pelembut dan pewangi pakaian terbaik yang saya guna. Ini dia...

Downy Premium Parfum. 

Best la guna Downy ni... Dah la wangi, tahan lama wanginya dan bila jemur baju dalam rumah, semerbak satu rumah baunya. Basuh baju rasa puas bila baju kita bau sangat-sangat wangi.

Saya memang suka guna pewangi pakaian ni...

Ahad, 14 Februari 2021

(Makan) Mi rebus Haji Wahid di Restoran NZ Taman Rinting

Pagi tadi, selepas berbelanja di Mydin Taman Rinting, saya singgah makan mi rebus Haji Wahid di Restoran NZ. Restorannya di sebelah bangunan Mydin Taman Rinting.

Semestinya saya order mi rebus Haji Wahid. Dah lama tak makan mi rebus. Saya order mi rebus yang RM5 sahaja. Ada saiz RM5, RM6 dan RM7.

Makan di sini, banyak pulak dapat keropoknya.

Minuman saya, saya order sirap ais.

Rasanya lebih berbaloi makan di restoran sebab dapat makan panas-panas dan keropoknya lebih banyak. Bye!

Khamis, 11 Februari 2021

(Mi Casa) Mr. DIY Food Processor

Mr. DIY Food Processor ada sale sekarang ni! Harganya RM33.00. Harga asal ialah RM39.00.

Mr. DIY Food Processor. Kalau ada perkataan premium pada cap Mr. DIY tu, barangnya berkualiti tinggi.

Rupa Food Processor Mr. DIY. Kecil dan senang guna.

Saya memang nak beli benda ni sebelum ini tetapi asyik tiada stok je...

Food processor ni membantu kita untuk mengisar bawang, halia, kunyit, lada & banyak lagi tanpa meletakkan air. Memasak jadi lebih cepat dan mudah.

Rabu, 10 Februari 2021

(Cerita) Beli samping instant Datuk Aaron Aziz

Saya nak kongsi dengan anda hari ini tentang samping instant atau samping segera. Saya rasa hanya dijual di Band of Braders Singapura. Tak silap pemiliknya Datuk Aaron Aziz. Samping instant ni bagus sebab terus sarung dan tak perlu ikat atau lipat.

Samping instant Datuk Aaron Aziz.

Video unboxing samping ini.

Disebabkan ada promosi samping ni, saya pun beli secara dalam talian. Selepas ini jika pakai baju melayu, tak perlu risau lagi nak bersamping. Tinggal sarung je...

Sabtu, 6 Februari 2021

(Kenangan) Dua kali dapat zakat ketika belajar di UKM

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita tentang bantuan zakat. Sewaktu saya belajar di UKM, saya terima bantuan zakat sebanyak dua kali. Alhamdulillah.


Kali pertama dapat, saya mohon sebab ada tawaran bantuan zakat. Yang ini, ada temuduga. Kali kedua, kawan saya mohonkan di Bank Pertanian. Hanya bagi butiran diri, terus dapat. Tidak ada temuduga. Alhamdulillah. Saya mohon zakat pada waktu semester akhir di UKM. Duit zakat tu untuk saya guna dalam projek tesis saya. Saya tak akan lupakan kenangan ini.

Jumaat, 5 Februari 2021

(Cerita) Headset Onikuma untuk rakaman suara dalam video

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita tentang barang yang saya baru saya beli di Shopee untuk buat video PDPR.

Saya beli headset jenama Onikuma model K19 untuk rakam suara dalam video supaya lebih jelas dan tiada bunyi-bunyi di sekeliling saya. Headset ni sesuai untuk gaming tetapi saya beli untuk buat video PDPR. Jadi lepas ni, takde la masuk suara-suara ayam berkokok di sekeliling rumah dalam video saya.

Rupa headset jenama Onikuma.

Dari pandangan tepi, tempat telinganya akan berlampu jika dipasang di laptop.

Mikrofon headset ini yang saya guna untuk rekod suara. Rasa macam dj radio pulak :)

Saya beli stand headset ni sekali. Yang ni kena beli asing, tak termasuk dalam harga headset.

Jadi kemas sikit headset kita jika kita letak atas meja.

Hasil video yang saya buat guna headset Onikuma.

Hasil video yang saya buat tanpa guna headset. Suara ayam pun masuk dalam video ni...

Setakat ini saya berpuas hati guna headset ini. Jika cikgu-cikgu nak rakam suara dalam video tanpa bunyi bising, boleh gunakan headset yang ada noise cancellation. Berdasarkan pemerhatian saya, jenama Onikuma ni paling banyak dapat review terbaik. Bye!

Khamis, 4 Februari 2021

(Sekolah) Pukul 1.00 pagi, baru selesai buat video untuk PDPR esok

Disebabkan idea mengajar untuk esok datang pukul 11.30 malam, jadi saya terus guna idea tersebut untuk buat video PDPR esok.

1.00 pagi baru siap masukkan suara dalam video. Part ni susah sikit bagi saya sebab suara tak sama dengan video.

Simpan di blog untuk kenangan saya.