label

Isnin, 28 September 2020

(Sekolah) Botol air kecil

Cerita di dalam kelas hari ini:

Murid: Cikgu, boleh saya tanya satu soalan?

Saya: Boleh. Apa dia?

Murid: Kenapa botol air cikgu kecil sangat?

Saya: Oh, saya ada 2 botol air. Botol air kecil ni untuk saya bawa ke dalam kelas. Kenapa awak tanya?

Murid: Saja. Cantik cikgu.

Saya: :)

Botol air 310ml untuk saya bawa ke dalam kelas.

Tak sangka pulak, botol air ni menjadi perhatian murid.

Khamis, 24 September 2020

(Aktiviti) Menunggang ATV di UTM

Hari ini cuti Hari Hol di Johor. Aktiviti saya dengan rakan-rakan hari ini ialah menunggang ATV di Hutan Rekreasi UTM. Saya rasa biarlah gambar-gambar di bawah ini yang bercerita.







Video saya.

Pengalaman pertama kali saya menunggang ATV. Tiga kali juga saya terbabas masa mula-mula menunggang sebab tak biasa. Lama-kelamaan ok, rasa macam menunggang motosikal. Okelah, saya kongsi bayaran harga menunggang ATV ini. Bayarannya RM100 untuk sejam. Berbaloi!

Isnin, 21 September 2020

(Cerita) Gara-gara nak free gift shaker Omega...

Gara-gara saya nakkan free gift shaker Omega ni...

Shaker Omega.

Terpaksalah saya beli 2 paket susu Omega ni di Shopee. Takpe, saya buat stok sebab saya memang minum susu ini. 

Alhamdulillah, saya dapat beli susu ini dengan harga yang sangat murah. Jimat dalam RM30. Murah kan?

(Cerita) Powerbank Kuulaa

Powerbank yang saya beli di Lazada dah sampai hari ini. 

Saya cuba powerbank jenama terbaharu, Kuulaa.

Keistimewaan powerbank ini, ada paparan peratus bateri dan yang saya suka, kalau kita cas guna powerbank ini, jika bateri dah penuh, automatik aliran tenaga akan terputus. Tak perlu risau phone over charged. Satu lagi, powerbank ini mesra suhu. Jika waktu persekitaran panas, powerbank ini tetap selamat digunakan (katanya).

Powerbank ini juga menggunakan teknologi pengecasan pantas. Rupanya juga lain daripada yang lain.

Saya beli di Lazada pada harga RM56.00 untuk spefikasi 20 000mAh (flash sale). Powerbank ini saya guna pada waktu terdesak sahaja. Semoga bermanfaat.

Rabu, 16 September 2020

(Minum) Air Oolong Jelly Matcha Frappucino Starbucks promosi Hari Malaysia

Hari ini Hari Malaysia. Starbucks buat promosi 2 gelas air tertentu berharga RM16.

Saya pilih air ni... Oolong Jelly Matcha Frappucino. Sebenarnya, tinggal 3 je pilihan air promosi, jadi saya pilih air teh hijau susu ni.. Di atas air ini ada jelly.

Saya pergi ke Starbucks Seri Austin.

Rasa air yang saya beli, teh hijaunya tidak terlalu manis dan pekat. Rasa manisnya sederhana. Jelly di dalam air ini macam rasa teh tanpa gula. 

Jemput minum...

Keseluruhannya, saya boleh kata sedap air ini. 

Okelah, dah tiba waktu balik. Selamat Hari Malaysia!




(Masak) Resipi ayam pencen masak sambal cara emak saya

Selamat Hari Malaysia!

Saya masak ini untuk lauk makan tengah hari.

Ayam pencen masak sambal. First time saya masak ayam pencen. Selalu, emak yang masak.

Resipi ini resipi emak saya. Saya share untuk anda semua.

Resipi ayam pencen masak sambal.

Bahan-bahan:
2 ekor ayam pencen
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
30 biji lada kering, saya rendam sejam supaya lembut (jadi tak payah rebus lagi)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 batang serai
1 mangkuk air asam jawa
Air mengikut citarasa
Minyak masak
1 kiub ayam
Garam

Cara-cara:
1. Saya lembutkan ayam guna periuk Noxxa. Tekan HP 25 minit. Tujuannya supaya sambal tidak banyak minyak. Lepas ayam empuk, toskan.
2. Panaskan minyak.
3. Masukkan bahan kisar. Lupa, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan serai dikisar halus.
4. Masukkan kiub ayam.
5. Masukkan air asam jawa.
6. Saya masukkan garam sesudu supaya isi ayam ada rasa.
7. Masukkan air mengikut citarasa.
8. Masukkan ayam yang telah ditos.
9. Tutup periuk supaya ayam meresap dengan sambal.
10. Masukkan garam dan kalau nak lebih kuah, boleh adjust garam & air.
11. Saya suka kering, dah nampak sambal pekat, barulah saya tutup api.
12. Siap untuk dihidangkan.

Sedap makan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

Selasa, 15 September 2020

(Sekolah) Panorama SK Kota Masai 3

Inilah pemandangan SK Kota Masai 3 yang sempat saya rakam.

Pemandangan dari hadapan.

Cantik mural pada dinding surau sekolah ini.

Sekolah ini baru dibuka tiga tahun lepas..

Memang cantik sekolah ini. Ala-ala kolej.

(Sekolah) Hari ketiga bengkel di SK Kota Masai 3

Hari ini hari ketiga saya berbengkel di SK Kota Masai 3.

Cantik sekolahnya...

Bengkel saya belum habis lagi. Bersambung pada minggu depan.

Ahad, 13 September 2020

(Cerita) Hari ini yang sangat sibuk

Hari ini akan jadi kenangan buat saya.

7.25-9.50 pagi: Kelas berderet.
9.55 pagi: Saya dipanggil Guru Besar untuk pergi ke bengkel BM di SK Kota Masai 3. Bengkel ini mengejut dan saya baru dapat tahu hari ini.
10.00 pagi: Perut lapar, saya makan dulu.
10.20 pagi: Saya bergerak ke SK Kota Masai 3.

SK Kota Masai 3. Pertama kali saya datang ke sini.

Selesai bengkel, saya singgah ke sekolah saya untuk ambil barang. Memang kelam-kabut dibuatnya sebab kena pergi bengkel mengejut.

Selepas itu, saya balik ke rumah. Abang saya ajak teman beli barang sedikit di Eco Johor Jaya.

Saya pergi ke Eco sebab ada barang yang nak dibeli juga. Contohnya, bateri remote. Waktu ni dah nak dekat pukul 7.00 malam.

Selepas Isyak...

Saya ke dapur untuk masak ayam ungkep. Saya dah janji nak masak hari ini. Sepatutnya saya nak masak waktu balik sekolah tetapi tertunda sebab bengkel saya habis petang.

Sekarang pukul 9.50 malam, saya nak mengadap laptop buat RPH dan ada kerja bengkel sikit nak buat. Bye!

Sabtu, 12 September 2020

(Cerita) Klinik Pergigian Ukasyah dekat dengan Tesco Plentong

Saya nak kongsi pengalaman saya di Klinik Pergigian Ukasyah dekat dengan Tesco Plentong.

Saya suka klinik gigi ini sebab tak ramai orang menunggu giliran malah tiadapun. Sebabnya, kita kena buat janji temu dahulu. Apabila dah buat janji temu, memang tarikh dan masa itu untuk kita sahaja.

Kedua, doktor giginya baik. Doktor gigi selalu menenangkan saya sebab saya selalu gementar apabila duduk di atas kerusi baring tu. Saya susah nak bernafas apabila terpaksa menganga terlalu lama.

Ketiga, saya berpuas hati dengan perkhidmatan klinik gigi ini setakat ini. Alhamdulillah.

(Cerita) Tampal gigi yang pertama

Hari ini saya ada janji temu di Klinik Pergigian Ukasyah.

Saya nak tampal lubang besar pada gigi geraham saya.

Kos tampal lubang besar pada gigi saya hari ini RM90.00. Tak sakitpun dan tak nampak macam tampal sebab tampalannya sama warna dengan gigi saya.

Bulan depan, insya-Allah saya datang sini lagi untuk tampal gigi lagi.

Jumaat, 11 September 2020

(Cerita) Kinohimitsu Phytox

Dah lama saya tak detox badan. Semalam, saya pergi ke Watsons dan saya beli produk ini untuk detox atau nyahtoksin badan.

Kinohimitsu Phytox. Semalam saya beli sebab ada offer 50% dan dapat free gift botol air lagi.

Tanda-tanda orang yang kena detox badan.

Produk ini bukan ubat, cuma minuman sayur & buah sahaja.

Kadangkala, detox dapat menurunkan berat badan. Selepas habis 14 sachet ini, saya akan review produk ini untuk berkongsi cerita.

Badan kita kena detox setahun sekali untuk buang toksin. Itu yang saya belajar dari farmasi (tempat kerja saya dulu).

Khamis, 10 September 2020

(Cerita) Beli radio Sony Hi-Fi System with Bluetooth di Shopee Sale 9.9

Alhamdulillah, radio saya dah sampai hari ini.

Saya beli radio Sony Hi-Fi System with Bluetooth di Shopee Sale 9.9 ini pada minggu lepas. Saya jimat RM100 daripada harga asal.

Barulah best dengar radio. Boleh dengar lagu melalui handphone di radio ini menggunakan Bluetooth. Speaker radio saya bagi 5 bintang.