label

Isnin, 27 Januari 2020

(Cerita) Tips jimat ke Universal Studios Singapura

Hai, saya nak share tips jimat ke Universal Studios Singapore.

1. Tiket.
Adik saya yang uruskan tentang pembelian tiket. Adik saya beli tiket online di Shopee. Kos seorang hanya RM193.00 termasuk bas dari imigresen Singapura ke USS. Nanti saya share link di bawah. Dari CIQ JB ke imigeresen Singapura saya naik bas Starmart Coach. Tiket RM7.00, adik saya beli online juga di Redbus.com.

Saya beli tiket di Shopee...
Check out Universal Studios Singapore Ticket for RM203.00. Get it on Shopee now! https://shopee.com.my/product/99535624/1989859092?v=caa.&smtt=0.0.3

Balik sendiri. Tak termasuk dalam pakej.

2. Makanan.
Saya tidak membeli apa2 di USS. Saya bawa bekal roti, kerepek kentang & air Revive dari JB. Kalau nak jimat, bawalah makanan siap2 dari JB. Bawa banyak2 pun takpe. Kawan saya cadangkan bawa Nasi Pek Kembara. Bernas juga cadangannya.

3. Pergi secara berkumpulan, 4 orang ke atas.
Kalau nak jimat lagi, pergilah secara berkumpulan. Saya cadangkan 4 orang atau lebih. Kalau nak main roller coaster, tak perlu sewa locker. Main secara bergilir2. 2 orang main dulu, 2 orang lagi jaga beg. Kan jimat tu...

4. Pergi waktu cuti Tahun Baharu Cina.
Waktu ini, tak ramai orang sebab rasanya orang Cina yang paling banyak datang ke USS. Jadi, tak perlu beratur lama kalau nak main sesuatu. Apabila datang ke USS & dapat main banyak permainan, barulah berbaloi beli tiket ratus2.

5. Sentiasa ingat.
Kalau datang merantau ke negara orang, pastikan sentiasa ingat nilai tukaran duit mereka. Rancang perjalanan & perbelanjaan. Tak perlu ikut orang lain & ukurlah baju di badan sendiri. Insya-Allah kita boleh berjimat.

6. Doa.
Yang ni paling penting, sentiasa berdoa dipermudahkan segala urusan.

Saya di USS Khamis lepas.

Setakat itu sahaja daripada saya. Semoga bermanfaat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan