label

Selasa, 31 Disember 2019

(Sekolah) Dapat ini pun sudah menggembirakan...

Sempena pembukaan sesi persekolahan 2020, kami diberikan satu bekas berisi 5 batang marker papan putih & pemadam papan putih.

Ini dia.

Bagi saya, ini sudah cukup menggembirakan. Tidak perlu jambangan alat tulis atau jambangan bunga untuk guru2 sempena sesi persekolahan tahun 2020.

Alhamdulillah.

Isnin, 30 Disember 2019

(Sekolah) Mesyuarat dan Jamuan Akhir Tahun 2019 di Savanna Hill

Hari ini mesyuarat sekolah diadakan di Savanna Hill digabungkan dengan Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru 2019.

Cantik dewan mesyuaratnya.

Selfie satu kali...

Air mineral Savanna Hill.

Mesyuarat berlangsung...

Ada slot motivasi juga..

Selepas itu, ada majlis bersama YB.

Rakan semeja.

Menu jamuan akhir tahun tadi.


Video saya...

Setakat itu sahaja. Esok mesyuarat lagi...


Ahad, 29 Disember 2019

(Sekolah) Apabila bekas murid merakam gambar saya senyap-senyap

Semasa hari pendaftaran pagi tadi, seorang bekas murid saya (baru habis SPM) datang jumpa saya & lama juga dia berbual dengan saya. Selepas dia beredar, dia hantar gambar ini & mention saya di peti mesej Instagram saya.

 Apabila bekas murid merakam gambar saya senyap-senyap. Pantas dia buat kerja. Saya memang tak perasan dia rakam gambar saya.

Antara isi perbualan saya dengan dia pagi tadi, dia masih ingat saya cubit dia 6 tahun yang lalu :) 

(Sekolah) Hari Pendaftaran Murid 2020

 Pagi tadi diadakan hari pendaftaran murid bagi sesi 2020.

Saya bertugas sebagai guru kelas Tahun 6.

Ada macam2 cerita hari pendaftaran hari ini, biarlah saya simpan di dalam hati.

Sekolah akan bermula pada hari Rabu ini.

Sabtu, 28 Disember 2019

(Sekolah) Senarai tugas saya 2020

Tugas saya untuk sesi persekolahan 2020 telah diketahui. Ini dia...

Buku pengurusan sekolah 2020

Tugas 2020:
1. Setiausaha Buku Pengurusan
2. Ketua Panitia Bahasa Melayu
3. Setiausaha Pembangunan Fizikal & Keselamatan Sekolah.
4. Pengerusi Kelab Fotografi & Media (Kelab Baharu)
5. AJK Pengakap.
6. AJK Badminton.
7. AJK Rumah Bentara.
8. Guru Kelas Tahun 6. Saya jadi guru kelas semula setelah 5 tahun tidak pegang kelas kerana tugas saya sebagai guru data sebelum ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan. 

(Sekolah) Mesyuarat Guru Pertama Sesi 2020

Hari ini bermulalah mesyuarat guru kali yang pertama sesi 2020.

Mungkin ramai yang tak tahu, saya sebenarnya kurang sihat hari ini. Gambar ini saya ambil dalam kereta sebelum balik ke rumah (selesai mesyuarat).

Gambar saya semasa mesyuarat takde sebab saya yang ambil gambar2 semasa mesyuarat tadi. Biasanya begitu, gambar jurugambar tiada dalam gambar 🙂

Jumaat, 27 Disember 2019

(Sekolah) Apabila hari pertama bertugas sesi 2020...

Apabila sampai ke bilik guru semalam...

Kawan saya dah letakkan barang2 yg saya beli secara online atas meja saya. Penuh plastik Ikea yang besar.

Semalam saya plan, saya yang nak cari dan sembunyikan siap2 barang2 saya. Sekali je, orang lain dah tolong letak atas meja saya. Bersedia sahajalah apabila ramai yang bertanya, barang apa yg saya beli banyak2 macam tu... Hehehe..

Apa2 pun terima kasih kepada kawan saya yg membantu meletakkan barang2 saya di atas meja saya. Untuk pengetahuan semua, saya tidak menggunakan alamat rumah kerana di tempat saya menggunakan konsep serahan setempat (leceh).

Khamis, 26 Disember 2019

(Cerita) Pertama kali ke Sogo Mid Valley JB

 Pertama kali saya ke Sogo Mid Valley JB petang tadi.

Saja jalan-jalan.

Mid Valley di sini besar & hiasannya juga megah.

Video saya.

Saya sekejap je datang sini. Tak explore semua tempat pun. Boleh la nak rasa pengalaman datang ke sini.

(Cerita) Gerhana matahari cincin di sekolah

Saya sempat merasakan pengalaman gerhana matahari cincin tengah hari tadi...

Rupa matahari ketika gerhana. Tidak jelas.

Suasana seakan waktu senja seketika...

Selfie untuk kenangan...

Gerhana cincin ini akan berlaku setiap 20 tahun sekali...

Video saya...

Gerhana matahari tanda kekuasaan Allah SWT. Mari kita ambil hikmahnya.

Rabu, 25 Disember 2019

(Cerita) Esok kerja

Esok dah kerja...

Kena balik rumah sebelum pukul 11.00 malam sebab belum kemas barang lagi.

Selamat kembali bertugas kawan2.

(Cerita) Ramainya orang di Bath & Body Works JPO

Petang tadi saya ke JPO. Katanya di Bath & Body Works ada sale.

Ramainya orang. Kena beratur ikut giliran untuk masuk ke dalam.

Hand sanitizer dia murah. Sebotol RM4.00 (harga asal RM11.00). Esok last day offer. Pesanan saya, sebelum beli pastikan lihat tanda harga dahulu sebab bukan semua barang offer.

Selasa, 24 Disember 2019

(Cerita) Tips masak Maggi Pedas Giler tetapi tak nak pedas sangat

Minggu lepas, saya beli Maggi Pedas Giler sebab ada promosi 4 RM10.00. Mula2, saya tak nak beli sebab saya tak tahan pedas. Selepas promoter tu ajar saya masak Maggi ni supaya tak pedas, saya pun belilah.

Beginilah caranya supaya Maggi Pedas Giler ni tak rasa pedas.

Maggi Pedas Giler perisa Seafood pedas.

Sebenarnya, yang menyebabkan pedas mi segera ini ialah minyaknya yang warna merah tu. Kalau tak nak pedas, tak perlu letak minyak itu. Kalau tak nak pedas sangat, letak sedikit sahaja mengikut kemampuan kamu.

Jadi, saya dah boleh menikmati Maggi Pedas Giler yang tak pedas. Saya dah cuba masak Maggi ini tanpa letak minyak cili itu. Hasilnya, memang tak pedas. 

Isnin, 23 Disember 2019

(Makan) Restoran Mandella, Pontian

Malam semalam, saya makan di Restoran Mandella di Penerok, Pontian. Jalan nak ke Kukup. Saya datang ke sini dengan keluarga saya.

Di sini menawarkan masakan makanan laut yang segar.

Inilah menu yang kami pesan semalam.


Siakap 3 rasa.

Tom yam campur.

Kailan ikan masin.

Ada lagi makanan yang saya order...

Sotong goreng tepung.

Udang masak paprik.

Lala masak sambal.

Jemput makan...

Video semalam...

Berapakah harga makanan yang saya makan semalam?

Harga makanan di atas untuk 5 orang makan ialah RM188.00. Harganya boleh dikatakan murah kerana banyak juga portion lauknya. Rasanya? Saya beri 3/5 bintang. Bolehlah...

Setakat ini dahulu. Bye!

Sabtu, 21 Disember 2019

(Cerita) Starbucks Grande Vanila Fig Frappucino

Petang tadi saya ke Starbucks Taman Molek untuk mencuba Starbucks Grande Vanila Fig Frappucino.

Starbucks Grande Vanila Fig Frappucino

Fig ialah buah tin. Ini ialah minuman rasa aiskrim vanila dengan buah tin. Tergigit biji2 buah tin.

Ini video vlog saya...

Jemput tengok.

Saya masih bayar menggunakan Touch n Go e wallet kerana harga Starbucks Grande Vanila Fig Frappucino hanya RM10.

2 minuman Starbucks saya dah cuba iaitu Coconut Vanila Chip & Vanila Fig.  Dua2 sedap. Sekian dahulu, bye!

Jumaat, 20 Disember 2019

Khamis, 19 Disember 2019

(Makan) Nasi lemak Marrybrown

Ini pun cerita petang tadi. Pertama kali saya makan nasi lemak Marrybrown.

Nasi lemak Marrybrown. Harga RM8.90 untuk single (tiada air). Saya order yang single sebab saya ada air mineral.

Bagaimanakah rasa nasi lemak Marrybrown ini? Rasanya sedap, nasinya lembut, sambalnya secukup rasa, ada papadom & ayam gorengnya terasa rempahnya. Bagi saya berbaloi & boleh beli lagi.

Harganya pun lebih murah berbanding francais yang lain. Puas hati! 

(Review) Starbucks Grande Coconut Vanila Cream Chip Frappucino

Petang tadi, saya cuba minuman Starbucks yang ni..

Starbucks Grande Coconut Vanila Cream Chip Frappucino.

Pertama kali saya order & minum Starbucks ni...

Sedap sangat ke air Starbucks ni? Di bawah ini ulasan saya.

Ya, air Starbucks ni sedap. Air Starbucks Grande Coconut Vanila Cream Chip Frappucino ni rasanya seperti gabungan rasa coconut shake dengan cip coklat. Pada pendapat saya, air Starbucks ni mahal kerana kualitinya. Walaupun dah sampai sedutan terakhir, manisnya tetap sama. Tekstur air ni juga lembut. Sedap je lalu di tekak.

Saya beli air di atas dengan harga RM10 je dengan Touch n Go e wallet. Jimat banyak!

Sesekali minum, takpe :)

Rabu, 18 Disember 2019

(Mi Casa) Beli lesung batu di Shopee

Lesung batu saya dah sampai...

Saya beli lesung batu ini di Shopee. Murah sikit sebab waktu tu lesung batu ini ada dalam shocking sale.

Dihantar kemas siap berbubble wrap lagi.

Alhamdulillah, lesung batu saya sampai dalam keadaan baik. Saya akan letak lesung batu ini di Mi Casa.

Selasa, 17 Disember 2019

(Mi Casa) Beli tong biru sebagai tempat tadahan air hujan

Beberapa minggu lepas, saya beli tong biru terpakai ni untuk diletakkan di Mi Casa.

Tong biru 40 liter ini bekas tong lada kering. Saya jumpa ada orang jual tong ni di facebook. Saya beli la 3 tong biru ini. Kegunaannya, apabila hujan seperti petang tadi, saya akan tadah air hujan menggunakan tong biru ini.

Apabila air dah penuh, saya buat cuci halaman rumah guna air hujan ini. Jimat air bukan?

Air hujan ni juga boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Akhir kata, kucing jiran saya masih berak bersepah-sepah di halaman rumah saya. Huhuhu....