label

Isnin, 28 Oktober 2019

(Review) Cadar dan sarung bantal Flew di Lazada

Saya nak kongsi cadar & sarung bantal yang sedap digunakan. Serius, kainnya sejuk & sangat selesa. Inilah dia...

Cadar & sarung bantal jenama Flew. Saya beli di Lazada. Saya pernah beli sekali cadar jenama ini & sebab sangat selesa, saya repeat order lagi. Kali ini saya beli cadar & sarung bantal.

Harganya berpatutan. Yang penting selesa.

Selepas ini, saya akan beli cadar & sarung bantal jenama Flew sahaja. Cubalah!

Khamis, 24 Oktober 2019

(Sekolah) Kejutan sambutan hari lahir

Ini cerita pagi tadi.

Saya bangun lambat pagi tadi. Jadi, agak kelam-kabut datang ke sekolah. Setibanya di bilik guru, kawan2 beri ini...

Brownies sempena hari lahir saya.

Terima kasih kawan2 beri saya kejutan ini.

Paling istimewa, ada rakan guru yg masak mi bandung di bilik guru pada pagi2 buta. Huhuhu.... Terharu. Sedap mi bandung ini.

Video pagi tadi...


Terima kasih kawan2 atas hadiah sambutan hari lahir ini. Saya amat menghargainya.

Selasa, 22 Oktober 2019

(Makan) Beli Air Tealive Buy 1 Free 1 lagi...

Petang tadi, saya beli air Tealive promosi buy 1 free 1 lagi.

Saya beli air milktea pearl. Katanya air paling laris di sini. Air free, saya pilih air supercocoa.

Milktea pearl saiz besar. Harga RM7.45.

ESOK LASY DAY PROMOTÄ°ON.

Dah. Rasa dah cukup minum air Tealive untuk minggu ini. Bye!

Isnin, 21 Oktober 2019

(Makan) Beli Air Tealive Buy 1 Free 1

Tealive sedanh buat promosi beli 1 percuma 1. Di JB cuma ada di NSK Pandan dari pukul 3.00 hingga 6 petang. Petang tadi, saya pergi ke NSK Pandan untuk membeli Tealive ni..

Saya pilih Tealive Strawberry Puding & air percuma, saya pilih air coklat hazelnut. Sedap!

Video petang tadi..


Berbaloi datang petang sebab tak ramai orang.

Alhamdulillah. Udada Ubabye!?

Sabtu, 19 Oktober 2019

(Cerita) Menang Tempat Kedua Cabutan Bertuah Nanas Run 2019

Alhamdulillah. Saya menang cabutan bertuah tempat kedua Nanas Run 2019 pagi tadi.

Saya menang telefon pintar Samsung A30 tajaan Celcom.


Video Vlog saya...

Telefon pintar Samsung A30.

Kenangan manis Nanas Run 2019.

Selesai kisah Nanas Run 2019. Bye!

(Aktiviti) Nanas Run 2019 di Pontian

Aktiviti saya pagi tadi ialah menyertai larian Nanas Run 2019 di Dewan Jubli Intan, Pontian.

Sedikit cerita, saya lambat sampai ke lokasi larian. Jadi, bila saya sampai, peserta2 lain dah mula berlari. Walau bagaimanapun, saya tetap berlari juga.


Layan dulu video ini ...


Nanas Run 2019

Trek larian di jalan raya Bandar Pontian.






Dewan Jubli Intan Pontian.

Selepas berlari, sementara menunggu keputusan cabutan bertuah, seperti biasa... Saya bergambar dahulu.




Kit larian, dapat nanas sebiji.


Air Moma... Banyak juga air ni taja program larian seperti ini.











Sementara menunggu keputusan cabutan bertuah, saya bergambar di tepi laut ujung tambak Pontian.






Alhamdulillah, selesai acara larian hari ini.

(Aktiviti) Menginap di Hotel KK Kajang

Semasa Lawatan Tahun 6 kelmarin, kami menginap 1 malam di Hotel KK di Kajang. Alhamdulillah, saya dapat bilik yg selesa. Nyenyak juga tidur.




Hotel KK di Kajang.




Hotel ni dekat dengan Uptown Jalan Reko & berdepan dengan Sek. Rendah Sungai Kantan. 

Itu je nak cerita. Bye!

(Sekolah) Lawatan Tahun 6 2019 di Kidzania

Khamis, 17/10/19.

Tempat terakhir yg kami lawati adalah di Kidzania. Lama di sana sebab murid boleh melakukan banyak aktiviti menarik. Kami di sana dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

Ini je gambar yang ada...







Budak darjah 1 yang berani masuk ke rumah hantu.

Saya di dalam rumah hantu...






Selepas dari Kidzania, kami bertolak pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 11.30 malam.