label

Rabu, 28 Ogos 2019

(Review) Nasi lemak McD

 Hari ini saya tak sempat makan nasi di sekolah. Balik kerja, saya singgah McD untuk bungkus bawa balik... 

Nasi Ayam McD.

Harga 1 set yang ni RM16. Dapat nasi lemak, telur, ikan bilis, timun 2 hiris, sambal tumis & 2 ketul ayam serta segelas air teh lemon ais.

Nasi lemak McD ni rasanya seperti nasi lemak sebenar yg dijual digerai2 sarapan pagi. Sambal tumisnya pun rasa sambal tumis asli. Tiada yg diubahsuai. Rasanya memang rasa nasi lemak sebenar. Nasinya pun banyak & memang mengenyangkan.

Bagi saya sedap!

Alhamdulillah, puas hati makan nasi lemak McD. Saya cadangkan anda cuba juga.

Ahad, 25 Ogos 2019

(Sekolah) Festival Permainan Tradisional Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang 2019

Semalam sekolah saya menjadi  tuan rumah bagi Festival Permainan Tradisional Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang 2019. Antara pertandingan yang dijalankan ialah batu seremban, diabolo atau yoyo Cina dan sepak raga bulatan.

Saya sebagai AJK

Pagi2 bertugas sebagai AJK Pendaftaran

Pentas

Pertandingan batu seremban





Pertandingan diabolo



Bergambar bersama peserta sekolah saya


Berikut video yang sempat saya rakam...


Batu Seremban


Diabolo

Selesai festival, GPK Koko saya ajak minum2. Saya akan update di entri seterusnya...

Bersambung...

Sabtu, 24 Ogos 2019

(Sekolah) Majlis Makan Malam Persaraan Cikgu Ramadas

Semalam diadakan 
Majlis Makan Malam Persaraan Cikgu Ramadas, GPK Petang sekolah saya di Hotel Grand Blue Wave. Saya kongsikan gambar2 & video majlis semalam.

Tema pakaian, warna kuning.

Saya bersama rakan2 semeja.

Bersama orang kuat majlis 


Sedang beratur untuk mengambil makanan.

Suasana ketika mengambil makanan.

Saya ambil nasi, pasta, kambing stew, rendang daging, ayam kuzi, filet & sayur.

Majlis penyampaian hadiah.


Selepas majlis...

Wefie...

Lagi...

Sebelum balik, saya bergambar dgn Cikgu Ramadas.

Selamat bersara Cikgu Ramadas.

Video majlis makan malam semalam...


Video di Hotel Grand Blue Wave


Sekian. Selamat malam!

Isnin, 19 Ogos 2019

(Sekolah) Pelancaran Bulan Kebangsaan 2019

Pagi tadi ada pelancaran Bulan Kebangsaan di sekolah.

Antara suasana pelancaran pagi tadi...

Murid membawa Jalur Gemilang.


Gimik pelancaran.

Lagu tema Hari Kebangsaan tahun ini...

Saya suka lihat warna-warni kemeriahan suasana pagi tadi.


(Cerita) Beli produk Reckitt Benkiser di Shopee

Saya beli beberapa produk Reckit Benkiser di Shopee. Inilah barang2nya...

Pewangi bilik

Ubat nyamuk

Penyembur nyamuk

Pewangi kereta. Yang ni sangat wangi!

Waktu tu ada promosi. Jadi, saya pun belilah sebab memang guna. Alhamdulillah, dapat berjimat.

Ahad, 18 Ogos 2019

(Sekolah) Majlis Persaraan GPK Petang


Hari ini ada majlis persaraan GPK Petang sekolah saya. Saya sebagai jurugambar majlis tersebut.

Semasa majlis send off.

GPK Petang sekolah saya. Selamat bersara Cikgu Ramadas.

Majlis send off.

Berikut gambar2 saya & rakan2 pagi tadi...




Selesai majlis...



Gambar free styles!

Selesai majlis persaraan GPK Petang peringkat sekolah. Ada satu lagi majlis di hotel. Nantikan!

Ahad, 11 Ogos 2019

(Cerita) Menu pagi raya Aidiladha

Assalamualaikum. Selamat Hari Raya Aidiladha. Mesti ramai yg sedang makan enak ketika ini. 

Hari ini saya terus demam. Ini menu pagi raya Aidiladha saya.

Buah oren & anggur.

Air teh lemon suam.

Saya rasa ini pengalaman pertama saya demam pada Hari Raya. Saya makan buah & tidak mengambil sebarang vitamin. Harap2 saya cepat sembuh.

Ini dugaan buat saya. Husnuzon.

Sabtu, 10 Ogos 2019

(Cerita) Tak sihat, selesema dan hidung berair

Minggu ini minggu saya tidak sihat. Baru je lepas sembuh gastrik, kena selesema & hidung berair pulak..

Saya beli ubat di Watsons.

Esok raya haji, semoga saya cepat sembuh.

Jumaat, 9 Ogos 2019

(Cerita) Pasang RFID percuma di Tesco Tebrau

Pagi tadi saya ke Tesco Tebrau untuk pasang RFID pada kereta saya secara percuma. RFID ni pengganti kad atau Smart Tag Touch & Go. Lebih mudah & menjimatkan masa.

Saya di kaunter RFID di Tesco Tebrau.

Nak cepat urusan, bawa siap2 salinan IC & geran kenderaan. Pastikan dah ada apps Touch & Go E Wallet & ingat password nya.

Isi 1 borang & siap..

Pandu kereta ke tempat yg diarahkan. Sekejap je tampal RFID ni...

Selepas pemasangan RFID, tak boleh cuci kereta selama 2 hari.

Hasil pemasangan RFID lampu kereta.

Nak pasang RFID di Tesco Tebrau, sila datang awal pagi. Kalau lambat kena beratur panjang juga...

Selepas daftar RFID, saya basahkan tekak dgn Cool Blog coklat.

Jom pasang RFID ni selagi masih percuma. Selepas ini, jika tiada promosi lagi, sesiapa yg nak pasang RFID akan dikenakan caj RM100 katanya. Cepat bertindak sekarang!