label

Selasa, 29 Januari 2019

(Lensa) Pemandangan hujan panas di sekolah

Suasana pagi di sekolah hari ini...

Hujan panas.

Gambar ini tanpa edit. Unik warna pagi hari ini. Subhanallah.

Sabtu, 26 Januari 2019

(Sekolah) Lori Milo datang lagi!

Lori Milo datang lagi di sekolah!

Selasa lepas, lori Milo ni datang. Maka, guru & muridpun dapat minum segelas Milo free.

Minum Milo, tubuh jadi sihat & kuat. Iklan Milo dulu2 :)

(Cerita) Servis kereta dapat free gift

Rabu lepas, selesai bertugas, saya ke Perodua Ulu Tiram untuk servis kereta.

Lihat, saya dapat free gift botol air sebab servis di sini.

Saya suka servis kereta di sini sebab cepat.

Jumaat, 25 Januari 2019

(Makan) Kuih gergasi RM1 sebiji

Pagi tadi, selepas selesai renew insurans kereta, saya singgah di gerai tepi jalan untuk beli kuih.

Besar2 kuih di bawah ini..

Donat

Karipap

Pau sambal

Semuanya sebiji RM1. Puas makan sebiji kuih ini. Makan pau sambal, dah macam makan sebiji burger.

(Cerita) Roti kopi Tesco hari ini 88 sen


Antara makanan yg saya suka beli di Tesco...

Roti kopi Tesco.

Sebiji hari ini 88 sen.

Saya dapat beli panas2 lagi roti ni...

Lembutnya roti ni bila makan panas2..

(Cerita) Dapat free gift renew insurans kereta

Alhamdulillah.

Saya dapat free gift sun shield kereta selepas renew insurans di Kurnia.

Boleh guna di kereta saya benda ni...

(Cerita) Renew insurans kereta sendiri

Selamat pagi!

Pagi ini saya nak renew insurans kereta. Saya buat sendiri.

Saya renew insurans di Kurnia BBU.

Selepas ini, nak renew road tax kereta pula.

Isnin, 21 Januari 2019

(Sekolah) Menceriakan tandas murid

Cerita Sabtu lepas..

Saya & ahli kumpulan saya datang ke sekolah untuk menceriakan tandas.

Langkah pertama, perbincangan dahulu.


Seterusnya, menggunting bahan2 untuk ditampal di dinding tandas.

Seterusnya, proses mengecat.

Selesai!

Jumaat, 18 Januari 2019

(Cerita) Beli mesin jahit Riino di CJ Wow Shop

Assalamualaikum.

Minggu lepas barang sampai, hari ini baru saya kongsi cerita ini kepada anda...

Saya beli mesin jahit Riino di CJ Wow Shop.

 Begini rupa mesin jahitnya...

 Ada 12 jenis jahitan.

Free gift dia banyak...

Dapat sambungan meja atau tapak mesin jahit ni...

Dapat gunting Riino.

Dapat set menjahit ni...

Dan dapat beg ni...

Nak kena belajar asas menjahit dulu ni... Bye!

(Cerita) Dah bayar cukai tanah



Selamat pagi. Pagi ini saya nak buat senarai semak tentang apa yg perlu saya bayar bulan ini.

Oh, hampir lupa! Saya kena bayar cukai tanah.

Okey, done! 

Saya bayar cukai tanah guna online je. Ada caj tambahan 50sen tapi masih jimat berbanding nak drive ke Pejabat Tanah.

Rabu, 16 Januari 2019

(Sekolah) Latihan Sukan 2019 hari kedua

Latihan Sukan 2019 hari kedua hari ini...

Latihan lumba lari..

Siapa yg laju, kita pilih terus untuk ke final.


Esok ada lagi.

(Cerita) Sampai rumah

Alhamdulillah, saya dah sampai di rumah.

Bertolak dari Felda Tenggaroh 2 Mersing pukul 11.52 malam.

Sampai di rumah pukul 1.26 pagi.

Nak tidur, esok kerja. Selamat malam.

Selasa, 15 Januari 2019

(Takziah) Pak Ngah saya meninggal dunia

Pak Ngah saya telah kembali ke rahmatullah petang tadi.

Malam ini saya ke rumah Mak Ngah saya untuk ziarah.

Saya berada di rumah Mak Ngah saya di Mersing.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّار

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞

(Sekolah) Hari ini yang padat

Selasa 15/1/19

7.20 - 9.50 pagi: 
Latihan sukan

9.50 - 10.10 pagi: 
Rehat di kantin

10.10 - 12.10 pagi:
Kelas

12.30 tengah hari:
Bertolak ke SK Tmn Rinting 2

2.00 - 5.15 petang
Mesyuarat JKD BM 1/ 019


Selesai kerja2 di sekolah hari ini. Mata pun sudah merah.

(Sekolah) Mesyuarat JKD BM 1 2019

Mesyuarat JKD BM kali pertama 2019 telah diadakan petang tadi di SK Taman Rinting 2.

Ketua2 panitia daerah saya.

Ada taman Pengakap di sekolah ini..

Mesyuarat bermula pukul 2.00 hingga 5.15 petang.

(Sekolah) Latihan Sukan 2019 bermula

Latihan Sukan 2019 bermula pagi tadi...

Latihan lompat jauh.



Esok ada lagi sampai minggu depan.

Sabtu, 12 Januari 2019

(Masak) Mi goreng

Saya tiba di rumah hari ini pukul 1.45 tghr. Selesai mandi semua, saya masuk ke dapur.

Saya masak mi goreng.

Mi goreng ni mak saya request. Bahan2 mak dah sediakan, saya tinggal blender lada je.

Jemput makan!

(Sekolah) Melabel perabot baharu

Selepas selesai Larian Merentas Desa 2019, saya melabel meja guru baharu. Perabot baharu yg sampai di sekolah mesti dilabel. Oh, lupa! Saya AJK perabot sekolah & ini salah satu tugas saya.

Saya melabel meja guru di kelas2.

Sikit lagi...

Ha, siap! Saya guna marker je..

Selesai satu tugas hari ini. Alhamdulillah.

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2019

Pagi tadi diadakan Larian Merentas Desa 2019 di sekolah saya.

Berikut gambar2 selepas larian tersebut.













Video hari ini.

Alhamdulillah, selesai.