label

Jumaat, 23 Januari 2026

(Makan) Mi goreng mamak, Al Safa Kota Masai

Salam Jumaat. Minggu ini ialah minggu yang menguji bagi saya. Petang hari ini, saya makan di Restoran Al Safa, Taman Kota Masai.

Petang² makan dekat dengan jalan raya, memang saya suka vibes ni...

Saya makan mi goreng mamak. Sedap!

Makan mi goreng mamak ni, saya teringat kerja di Metrojaya Plaza Pelangi dulu. Rehat pukul 5:00 petang, selalu makan mi goreng mamak di kedai mamak. Rasa mi goreng mamak dulu dengan sekarang masih sama.

Alhamdulillah.

Khamis, 22 Januari 2026

(Sekolah) Bantuan Awal Persekolahan 2026

Assalamualaikum. Hari ini diadakan Bantuan Awal Persekolahan 2026.

Alhamdulillah, walaupun tunggu duit sampai hampir 2 jam. Ibu bapa sanggup tunggu dengan sabar. Pertama kali BAP diberikan di dalam kelas.

Kira duit cukup dulu sebelum agih kepada ibu bapa.

Alhamdulillah, semua ibu bapa menuntut wang BAP RM150 mereka. 

Semoga tahun depan sistem BAP ini akan lebih baik lagi daripada hari ini.

(Sekolah) Hantar dokumen dan borang permohonan naik gred

 Alhamdulillah.


Akhirnya hari ini saya sempat hantar semua borang dan dokumen untuk permohonan naik gred.

Harap-harap semua dokumen dan borang saya lengkap.

Penat sediakan dokumen untuk naik gred, saya beli air coklat ais di kantin.

Semoga segalanya berjalan lancar.

Rabu, 21 Januari 2026

(Cerita) Tak tahu digigit apa?

Assalamualaikum. Saya nak kongsi cerita Subuh hari ini. Waktu saya solat subuh, betis saya perit seperti digigit sesuatu. 

Ada bekas seperti gigitan serangga. Saya tak tahu binatang apa yang gigit sebab saya cari binatang di atas sejadah, tak jumpa .

Selepas beberapa minit, kesan gigitan itu kelihatan seperti bintat.

Saya tak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Yang penting, kesan gigitan itu seperti tak memudaratkan.

(Sekolah) Sempat mohon kenaikan gred online

Alhamdulillah, saya sempat mohon kenaikan gred secara online pada waktu pagi. Hari ini ialah hari terakhir permohonan.

Terima kasih kerani yang membantu saya. Katanya pihak PPD pun banyak bantu saya pada saat akhir semalam. Terima kasih pihak pentadbir yang membantu saya.

Allah banyak beri kemudahan walaupun pada saat-saat akhir. Alhamdulillah.

Selasa, 20 Januari 2026

(Cerita) Permohonan naik gred

Assalamualaikum. Tahun ini saya dah boleh buat permohonan naik gred. Jadikan kisah saya pengajaran.

Saya tahu tarikh boleh mohon bila & saya tak sangka dan tak tahu tarikh tutup permohonan esok. Ditakdirkan hari ini saya jumpa kerani di luar tandas, saya pun tanya pasal permohonan itu.

Muka kerani itu terkejut lalu dia berkata esok tarikh tutup. Dia cuba buat sedaya upaya untuk saya mohon. Jika saya terlepas mohon, saya akan jadi calon cicir. Kalau boleh tak nak. Huhuhu...

Petang semalam saya balik kerja, sampai rumah terus saya buat dokumentari yang diperlukan.

Sampai ke malam saya uruskan borang-borang permohonan. Makan malam, saya makan tauhu bakar ini.

Semoga dipermudahkan segala urusan saya.

Isnin, 19 Januari 2026

(Sekolah) Perhimpunan Kokurikulum KRS

Assalamualaikum. Pagi tadi perhimpunan-perhimpunan kokurikulum yang dikendalikan oleh KRS.

Adapun gambar saya :)

Rasa nak beli uniform baharu la...

Ahad, 18 Januari 2026

(Cerita) Cetak planner 2026 sendiri

Assalamualaikum. Hari Sabtu saya nak pergi Mydin beli planner 2026, Mydin dah tak jual planner lagi. Nak beli di Shopee, rasa tak sabar nak tunggu planner sampai.

Akhirnya, saya cetak sendiri planner 2026. Saya download pdf daripada www.calendarlabs.com.

Planner 2026 saya.

Dari zaman belajar saya dah biasa guna planner sampai la hari ini.

Sabtu, 17 Januari 2026

(Cerita) Ambil semula buku teks tahap 2 di Mi Casa

Assalamualaikum. Hari ini saya pergi ke Mi Casa untuk ambil semula buku teks tahap 2 saya.

Selepas redep, saya simpan buku teks saya di Mi Casa. Barang-barang di sekolah lama semua saya simpan di Mi Casa.

Cara saya mengajar, saya mesti nak ada buku teks. Rasa ada yang kurang jika saya masuk kelas tiada buku teks sebab buku teks rujukan saya.

Jumaat, 16 Januari 2026

(Sekolah) Jumaat pertama di sesi pagi

Assalamualaikum. Jumaat pertama saya di sesi pagi sekolah baru. Ada bacaan Yasin dan program Makdis, Tausiyah Hadis 40.

Abaikan saya tengah buat apa di belakang dewan tu...

Salam Jumaat semua!

Khamis, 15 Januari 2026

(Sekolah) Masih guna DSKP dan RPT bercetak

Assalamualaikum. Sekolah saya masih lagi menggunakan DSKP dan RPT bercetak. Dokumen ini akan dihantar dan ditanda oleh pihak pentadbir yang mencerap kita.

Fail DSKP dan RPT saya. Saya beli fail di kedai Eco sahaja.

Saya tunjuk sikit isi dalam.

DSKP

RPT

Esok baru saya nak hantar kepada GPK pencerap saya.
 

Rabu, 14 Januari 2026

(Sekolah) Mesyuarat Unit Koko Bil. 1 2026

Assalamualaikum. Kekok rasanya berada dalam unit kokurikulum pada tahun ini sebab saya bukan orang kokurikulum pun. Tugas saya sebagai penyelaras unit beruniform pada tahun ini.

Mesyuarat santai di kantin.

Mesyuarat hari ini lebih kepada Larian Merentas Desa 2026.

Saya cuba buat yang terbaik bagi setiap tugas yang saya terima pada tahun ini.

Selasa, 13 Januari 2026

(Makan) Smash Burger, Burgertor Permas Jaya

Assalamualaikum. Malam ini saya makan smash burger di Burgertor Permas Jaya.


Smash burger ni ialah daging burger yang dipenyekkan secara manual dengan tangan.

Alhamdulillah. 

(Sekolah) Mesyuarat Panitia BM Pertama 2026

Hari ini mesyuarat panitia BM kali pertama untuk tahun 2026.

Mula pukul 12:30 tengah hari.





Selepas mesyuarat, tolong bungkus bahan untuk esok.

Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

(Cerita) Beli name tag lagi

Assalamualaikum. Name tag saya dah sampai.

Saya tempah name tag di Tik Tok. Kali ini saya beli yang jenis epoxy. Beli lagi dua name tag untuk diletak di sekolah.

Kalau lupa pakai name tag dari rumah, tiada masalah.

Isnin, 12 Januari 2026

(Sekolah) Hari Pertama Sesi Persekolahan 2026

Assalamualaikum. Hari ini hari pertama sesi persekolahan 2026. Tahun ini saya mengajar sesi pagi. Dah setahun ajar sesi petang tahun lepas, rasa macam cikgu baru di sesi pagi.

Maskot selamat datang ke sekolah.



Alhamdulillah, ramai cikgu pagi ucap selamat datang ke sesi pagi hari ini. Rasa dialu-alukan. Kepada semua guru, selamat kembali bertugas.

Ahad, 11 Januari 2026

(Cerita) Persiapan akhir sebelum sekolah bermula esok

Assalamualaikum. Esok bermula sesi persekolahan 2026. Hari ini saya buat persiapan akhir untuk esok.

Saya sediakan fail pengurusan kelas. Saya cetak jadual waktu, senarai nama murid dan jadual waktu saya sendiri.

E-RPH dah buat dan selepas ini saya nak kemas beg. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Sabtu, 10 Januari 2026

(Masak) Mi Hailam

Assalamualaikum. Hari ini saya masak mi hailam atas permintaan seseorang.


Kuah mi hailam, saya letak cendawan.


Letak lada jeruk dan bawang goreng, lagi sedap.



Video

Sebelum buka sekolah, bolehlah masak-masak di rumah. Baki cuti sekolah ada sehari lagi.

(Sekolah) Kemas kelas sebelum buka sekolah 2026

Assalamualaikum. Hari ini saya datang ke sekolah untuk kemas kelas.

Saya cuma pasang langsir, letak alas meja guru, susun meja & kerusi serta lap habuk atas meja murid. Papan kenyataan saya belum siapkan lagi.

Video

Itu sahaja.

Jumaat, 9 Januari 2026

(Sekolah) Tugas 2026

Assalamualaikum. Saya kongsikan tugas saya di sekolah pada tahun 2026.


Tugas 2026:
  1. Guru kelas 5 UIA.
  2. Guru BM 5 UIA, 5 UKM & 6 UKM.
  3. Guru Sejarah 6 UM & 6 UKM.
  4. Penyelaras KBAT.
  5. AJK SSDM.
  6. AJK Antidadah.
  7. Penyelaras Unit Beruniform.
  8. Penyelaras 1M1S Dodgeball.
  9. AJK Landskap.
  10. AJK Rumah Merah.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Khamis, 8 Januari 2026

(Sekolah) Mesyuarat Pengurusan 2026 Sehari Sahaja

Assalamualaikum. Hari ini mesyuarat pengurusan pertama di sekolah saya. Alhamdulillah, mesyuarat sehari sahaja seperti yang diarahkan oleh KPM.


Terima kasih kelab guru sediakan goodies untuk mesyuarat hari ini. Paling saya suka nombor-nombor tu sebab boleh digunakan untuk nombor giliran hari terbuka. Marker Pilot tu pun best.

Video.

Selesai mesyuarat. Saya rasa saya kena pergi sekolah untuk uruskan kelas sebelum Isnin ini.

Rabu, 7 Januari 2026

(Cerita) Sehari sebelum mesyuarat sekolah

Sehari sebelum mesyuarat pertama di sekolah esok.

Saya keluar pergi pasar. Selepas itu, saya beli waffle Cool Blog ni sebab harganya separuh daripada harga asal. Ada diskaun.

Selepas ini, saya kena pergi pasar petang sebab saya akan mengajar di sesi pagi lagi. Saya akan rindu kenangan tahun lepas di mana saya ke pasar pada pagi hari sebelum masuk kerja sesi petang.

Selasa, 6 Januari 2026

(Makan) Roti nan garlic double cheese

Assalammualaikum. Malam ini saya makan di restoran mamak.

Menu makan malam saya, roti nan garlic double cheese. Rasa dia macam makan pizza cheese.

Alhamdulillah. Selamat malam.

(Masak) Ayam Masak Kicap

Assalammualaikum. Hari ini saya masak ayam masak kicap.

Ayam Masak Kicap.



Video.

Tiba-tiba rasa nak makan ayam masak kicap dengan nasi panas. Itu sahaja sudah cukup. Alhamdulillah.

 

Isnin, 5 Januari 2026

(Makan) Jelly Herbal Koong Woh Tong Halal

Assalammualaikum. Petang tadi saya pergi Southkey Mid Valley.

Saya nampak kedai Koong Woh Tong ni dah ada Halal JAKIM. 

Saya dah lama nak cuba jelly herbal di sini. Sebab dah halal, boleh cuba tanpa was-was.

Jeli Herbal

Video. Rasanya agak pahit tetapi seimbang jika campur dengan madu. Sedap dan nyaman.

Boleh cuba lagi. Harga? Jelly saiz besar ni boleh share dengan 3 orang, harganya RM20.00.