label

Khamis, 10 Julai 2025

(Cerita) Servis kereta pertama selepas ke sesi petang

Selepas pindah sekolah dan pindah ke sesi petang, ini kali pertama saya servis kereta pada waktu pagi hari bekerja di pusat servis kereta berdekatan.

Dah lama tak datang sini, banyak yang dah berubah.

Di pusat servis ini dibuka seawal 8:15 pagi. Jadi, saya bolehlah servis kereta sebelum pergi kerja. Sesi petang, saya masuk kerja pada pukul 12:30 tengah hari.