label

Isnin, 3 Mac 2025

(Resipi) Paru goreng berempah

Saya kongsikan resipi paru goreng berempah cara arwah emak saya.

Paru goreng berempah sebagai menu sahur pagi tadi.

Resipi:
1 setengah kilo paru

Bahan kisar:
3 biji bawang besar 
5 biji bawang putih 
3 batang serai
Sebesar ibu jari halia
Sebiji kecil kunyit
2 sudu ketumbar 
2 sudu jintan kasar
2 jintan halus
Garam secukup rasa 
Ajinomoto (pilihan)

Cara masak, mula-mula saya rebus paru guna pressure cooker. Saya guna Primada, jadi tekan butang daging/ayam selama 12 minit.

Selepas paru direbus, hiris paru mengikut citarasa.

Selepas paru dihiris, campurkan bahan kisar dengan paru. Perap paru semalaman untuk rasa rempah yang lebih sedap.

Ketika goreng paru, saya tutup kuali supaya paru masak sempurna. Sebelum angkat paru, saya biarkan kuali terbuka supaya paru rangup dan garing.

Paru goreng berempah ni sedap dicicah dengan sambal asam. Saya kongsikan resepinya.

30 lada kering
5 biji bawang putih 
Garam
Gula
Asam jawa
Air secukupnya


Kisarkan semua bahan sambal asam, selepas itu saya masak sambal asam atas api supaya ladanya masak (takde la sakit perut). Insya-Allah sedap.

Selamat mencuba!

(Cerita) Pressure Cooker Primada 8 Liter

Saja nak share cerita dengan rakan-rakan, pressure cooker jenama Tefal saya dah rosak, jadi saya beli pressure cooker yang baharu di Lazada.

Saya beli pressure cooker jenama Primada pula sebab besar 8 liter.

Saya memang memerlukan pressure cooker untuk melembutkan daging, masak ketupat segera dan sebagainya. Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan, pressure cooker amat membantu saya memasak.

Semalam saya rebus paru dalam pressure cooker Primada ini.

Hari ini saya rebus ketupat segera pula guna pressure cooker ini.

Pressure cooker Primada ini merupakan pressure cooker ketiga saya. Mula-mula, saya guna jenama Noxxa. Selepas Noxxa rosak, saya tukar jenama Tefal. Selepas Tefal rosak, saya guna jenama Primada pula.

Antara ketiga-tiga pressure cooker, saya rasa Primada paling mudah digunakan.

Khamis, 20 Februari 2025

(Sekolah) Hari pertama sesi persekolahan 2025/2026

17 Februari merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi sesi 2025/2026. Saya bertugas sebagai guru Tahun 1. 





Video selepas tamat hari pertama sesi persekolahan. 

Penatnya hari itu, hanya Allah yang maha tahu.


 

Ahad, 16 Februari 2025

(Sekolah) Hari Pendaftaran Tahun 1 2025/2026

Semalam hari pendaftaran Tahun 1. Disebabkan saya jadi guru kelas Tahun 1, saya terlibat semalam.


Alhamdulillah, berjalan lancar.

Selesai program, saya datang ke kelas saya lagi untuk cari meja.

Belakang ni macam saya nak jadikan ruang solat.

Semoga Allah permudahkan urusan saya.

(Sekolah) Mesyuarat Kedua Sesi 2025/2026

Pada 14 Februari pula, mesyuarat kedua diadakan, sambungan mesyuarat semalam.

Saya sampai sekolah, rakan-rakan ajak bergambar di mercu tanda sekolah yang baharu.


Selepas habis mesyuarat, saya singgah di kelas saya.

Belum dapat idea nak ceriakan kelas lagi.

Video.

Alhamdulillah.

(Sekolah) Mesyuarat Pertama Sesi 2025/2026

Pada 13 Februari 2025, barulah sekolah saya mengadakan mesyuarat pengurusan pertama di Thistle Hotel. Kami tidak perlu bayar apa-apapun bermesyuarat di sini. 

Tema warna emas/kuning.



Siap dapat door gift alat tulis dan coklat.












Vlog.

Alhamdulillah.






 

(Cuti Sekolah) Putrajaya lagi

Sebelum balik ke JB pada 6 Februari, saya singgah dahulu di Masjid Putrajaya. Saya suka datang ke sini sebab cantik.

Masjid Putrajaya.





Vlog.

Selepas ke Putrajaya, barulah saya bergerak balik ke JB. Alhamdulillah.

(Cuti Sekolah) Makan sate Kajang

Pada 3 hingga 6 Februari, saya telah pergi ke Putrajaya untuk sebab-sebab tertentu. Pada 5 Februari, saya pergi ke Kajang untuk menikmati sate Kajang Haji Samuri.

Saya berada di sate Kajang Haji Samuri, Kajang.

Dah lama tak makan sate Kajang.

Saya sampai pukul 9:30 malam, restoran tutup pukul 10:30 malam.

Vlog.

Alhamdulillah, dapat juga makan sate Kajang.

Khamis, 30 Januari 2025

(Cuti Sekolah) Urusan di Melaka

Assalamualaikum. Pada hari Rabu lepas, saya pergi ke Melaka atas urusan tertentu (rahsia).

Saya menginap di Swiss-Garden Hotel Melaka.



Saya sempat singgah di Masjid Selat Melaka.







Selepas ke masjid, saya singgah di Restoran Parameswara Ikan Bakar untuk makan malam.






Saya kongsikan vlog saya dari episod 1 hingga 6.

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Alhamdulillah, selesai urusan di Melaka.